Pelakon : Iedil Dzuhrie Alaudin, Hairul Azreen, Henley Hii, Farali Khan, Chew Kin Wah, Tony Eusoff, Coby Chong
Syarikat Produksi : ACT 2 Pictures
Pengedar : Sony Pictures Malaysia
Genre : Aksi / Drama
Durasi Tayangan : 124 minit
Tarikh Tayangan : 19 Mei 2022
Trailer :
Lama tunggu Netflix tayangkan movie The Assistant yang ditayangkan di Far East Film Festival (FEFF) sebab karya Adrian Teh satu hal, naskhah aksi pun satu hal lagi. Tengok trailer macam gempak jugak lah sebab Adrian bekerja dengan Hairul Azreen yang bagus dalam genre ni.
The Assistant mengisahkan tentang Zafik (Iedil Dzuhrie Alaudin) ingin membalas dendam terhadap pembunuh isteri dan anak lelakinya setelah keluar dari penjara. Zafik berjumpa dengan Dato’ Sam (Henley Hii), kawan baiknya untuk bekerja sebagai pemungut hutang dan menetap di rumah Kuan (Chew Kin Wah).
Sambil dia bekerja, sambil Zafik siasat kes pembunuhan keluarga dia. Masa tu juga dia sering berjumpa dengan Feroz (Hairul Azreen) yang kenalkan diri sebagai sepupu kepada arwah isteri Zafik. Sofia (Farali Khan) pula perhatikan gerak-geri Zafik kerana sarang Rodney (Tony Eusoff) diganggu dek kerana kes lama tersebut.
Dekat minit awal lagi dah boleh agak siapa watak Feroz. Mungkin sebab judul filem naskhah baru Adrian Teh atau mungkin juga sebab mengejut sangat watak Feroz masuk berjumpa dengan Zafik. Tak pasti lah kalau Adrian Teh sengaja tak sorok sangat ataupun dia tak pandai simpan rahsia. Tak kisah lah yang mana satu, elemen misteri dia tak menarik dan bila plot twist muncul pun tak rasa terkejut. Bukan takat watak Feroz je, siapa pembunuh isteri dan anak Zafik pun mudah sangat nak teka cuma tak pasti motifnya apa sebab tu layan sampai habis.
Penceritaan The Assistant agak perlahan juga lah untuk filem aksi ditambah pula dengan plot yang tak dikembangkan dengan menarik. Kebanyakan masanya rasa cringe dengan beberapa watak utama sebab tak selesa dengan bahasa baku yang digunakan. Kenapa tak guna bahasa pasar je macam watak Dato’ Sam? Tu belum masuk part Hairul buat signature laugh. Bila Iedil yang gelak tak la rasa geli sangat, nampak nice lah bila dia deliver. Bab aksi memang Hairul boleh tapau tapi bab lakonan, kena cari watak yang sesuai dengan dia.
Watak Sofia dah menarik lah dekat awal cerita sampai lah dia dapat task untuk tembak Zafik dekat hujung tu. Tengok pun dah tahu peluru tu pergi mana. Bodyguard yang tengok pun takkan lah tak tegur pistol Sofia acu ke mana. Bila watak Zafik hidup balik rasa macam hambar sangat sebab dah nampak dengan jelas tak kena dekat tempat sepatutnya. Ingatkan Sofia geng Zafik rupanya tak pun, bertambah frust layan filem ni.
Sinematografi terikat dengan jalan cerita walaupun ada babak yang macam exaggerate untuk tunjuk betapa berkuasanya Dato Sam tapi okay lah. Yang tak okay bila Adrian Teh masukkan babak terjun dari KLCC dengan bantuan CGI. Kalau CGI dia mantap, syok lah nak layan tapi bila CGI lemah, kenapa nak masukkan jugak? Apa impak pada penceritaan atau watak utama?
The only part yang I suka dalam The Assistant bila Yasmin (Hanis Zalikha) sebab dia ada aura dan screen presence yang kuat. Mungkin sebab stunt dia cantik, cara dia main pedang tu nampak kemas. Walaupun muncul 10 minit saja tapi I dah manifest Hanis Zalikha berlakon dalam naskhah bergenre aksi macam movie Bulan dan Pria Terhebat (2020) ataupun join universe KL Gangster dengan Abang Long Fadil.
No wonder lah ramai yang kecewa dengan filem The Assistant sebab banyak sangat kelemahan dalam cerita padahal expectation agak tinggi lepas Adrian hasilkan karya PASKAL (2018), Wira (2019), Pasal Kau (2020) dan Hantu The Movie (2021).
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 5.4/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Nasib ending disudahi dengan si cantik Hanis Zalikha, hehe.
ReplyDeletePart Hanis tu best.. Sha tengok dah.. okaylah..
ReplyDelete