Movie Review | Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022)
Wednesday, 24 August 2022
Pengarah : Zulkarnain Azhar, Frank See
Penulis Skrip : Josiah cheng, Keoh Chee Ang
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Sara Ali, Iman Corrine, Anas Ridzuan, Fezrul Khan, Scha Al-Yahya, Aqasha, Azira Shafinaz, Sangeeta Krishnasamy
Syarikat Produksi : Golden Screen Cinemas, FXHammer Films, Multimedia Entertainment, SixFun Media
Pengedar : Golden Screen Cinemas
Genre : Aksi
Durasi Tayangan : 103 minit
Tarikh Tayangan : 25 Ogos 2022
Trailer :
Mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib a.k.a Rock (Nas-T) dan mentornya, Mejar Adnan a.k.a Lejen (Adi Putra) yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang berada dalam perang saudara antara Namburi Utara dan juga Namburi Selatan.
Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh puak militan kerana Lejen cuba untuk selamatkan budak lelaki dari Namburi Selatan. Mengetahui perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi Hornbill untuk menyelamatkan mereka semua.
Zafran (Aiman Hakim Ridza) pujuk Tuan Hassan (Aqasha) untuk masukkan dia dalam operasi tersebut walaupun nama dia dalam pemantauan kerana langar protokol TUDM. Nak tak nak, pihak atasan terpaksa setuju kerana Mantis adalah pilot terbaik mereka. Pihak militan Namburi pula mempunyai jet CIG dengan kekuatan peluru berpandu. Mustahil untuk PASKAU begerak tanpa juruterbang yang hebat seperti Mantis.
Naskhah Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang diterbitkan oleh Golden Screen Cinemas berlatarkan di sebuah negara fiksyen tapi cukup untuk menjelaskan ketegangan yang berlaku di negara tersebut. Sepanjang movie ni ditayangkan boleh nampak TUDM main peranan besar dengan menjadi sumber rujukan para penulis dan juga pengarah. Banyak jargon tentera udara digunakan lantas menguatkan lagi penceritaan.
Memandangkan naskhah Air Force adalah genre aksi jadi penulis tak beratkan sangat pada plot atau character development. Banyak elemen drama dimasukkan tapi tak dikembangkan sebaiknya. Personally for me lebih mendalam kalau beberapa watak guna Bahasa Melayu daripada speaking. Macam babak Natrah (Sara Ali) sedar ada darah dekat tangan. Feeling tu lagi sampai kalau dia menjerit ‘Darah!’ berbanding ‘There’s blood, there's blood’.
Ada babak yang ada potential untuk tambah impak pada ketegangan atau drama bila Susan (Iman Corrine) halang Gaban (Luqman Hafidz) dari tembak militan. Susan betul, Tuai (Pablo Amirul) pun betul. Patutnya dekat situ Tuai kena bagitahu lah kenapa PASKAU perlu tembak walaupun dia tu budak sebab aras ancaman tetap sama. Kalau budak tu tembak diorang, semua mati. Selagi namanya ancaman, semuanya berbahaya. Medan perang tak sama dengan dataran biasa.
Naskhah ni pun tak banyak sembang pasal strategi jadi ada masanya lost dengan plan diorang. Masa Brigadier Jeneral Rahim (Esma Daniel) puji Layla bagus tu pun entah apa yang dia puji beria entah. Patutnya kurangkan babak dekat dalam control room tapi lebihkan lagi pada babak Mantis dengan Spoon.
Lakonan semua pelakon memang bagus dengan lontaran suara dan vokal yang jelas. Tona suara setiap pelakon guna pun sesuai dengan situasi. Masa Lejen tanya Rock ‘kau nak rempuh tu?’ pun dah nampak betapa bahayanya laluan di gunung berbanding terowong. Dari nada suara dia pun dah rasa gerun padahal sebelum tu rasa yakin bila Rock nak guna laluan gunung.
Sebelum ni tak suka dengan Aiman tapi dalam Air Force nampak dia selesa dengan watak Zhafran. Aiman pandai guna kelebihan figura fizikal dia dalam beberapa babak macam babak Zhafran tunggu dengan motorbike dia. Menyerlah betul aura dia. Nas-T dan Pablo pun menyerlah dalam watak masing-masing. Terharu masa tengok Gaban jerit dekat Tuai supaya gerak sekali bukannya menyerah dekat situ. Ada la beberapa momen yang buatkan empangan pecah.
Sinematografi dari Tan Teck Zee menggunakan grading tone yang menarik sesuai dengan cuaca panas terik di Namburi. Makeup effect yang digunakan pun nampak real dan menggerunkan. Cuma dalam beberapa babak ada masanya kamera bergegar macam babak dalam terowong. Kalau guna teknik pan pun okay je, biar PASKAU je yang lawan militan, kamera tak payah ikut berlawan sekali. Sama lah dengan shot masa Layla (Sangheeta Krishnasamy) berjalan tu, tak perlu beria pun nak tunjuk name tag dia sebab kabur. Ambil shot kaki dia berjalan terus masuk dalam bilik tuan je patutnya.
Dalam babak Mantis di Namburi pun nampak lemah CGI yang digunakan tapi boleh ignore je lah sebab skills yang dipaparkan lebih menarik. Tak pasti lah misi keamanan di Namburi ni berlaku pada tahun bila sebab gaya pemakaian dan props semuanya nampak macam zaman sekarang. Walaupun negara Namburi tu cuma fiksyen tapi biarlah ada latar masa yang tepat. Pakaian Hana tu dekat flashback scenes dengan zaman sekarang tak ada beza.
But it's not a big deal pun sebab kekuatan naskhah Air Force ni ada pada plot, lakonan, stunt dan juga faktor lain yang menjadikan Air Force menarik untuk ditonton bersempena Hari Kemerdekaan ni. Tahniah kepada team Air Force The Movie sebab berjaya hasilkan sebuah lagi naskhah bertemakan badan beranggota selepas KL Special Force (2018), Polis Evo (2015) dan PASKAL (2018). Semoga lebih banyak kisah hero tak didendang ni diceritakan pada orang awam.
p/s : My review might be a bit bias since I anak askar dan pernah kerja dekat TUDM jadi kebanyakan scene rasa dekat di hati. Tak sangka hangar tempat buat site inspection setiap minggu dulu masuk dalam movie haha
1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 6.8/10
Nak tengok filem ni sebab ada Nas T. Hehe. To me dia talented tapi jarang dapat big break. Maybe filem ni nak guna konsep show not tell tapi terlebih plak
Bagusnya cara review, terasa semangat nak tengok juga. Masa tengok iklan tertarik sebab pemilihan pelakon lelaki. Atleast tak ambil pelakon yang bukan-bukan
Serabut dgn si Johan Ashari tu dalam cerita ni, apahal tah tak reti2 nak kawal emosi. Haha. Rasa nak marahhhh je tgk, ahaha. Suka dgn Nas-T dan lain-lain. Mantap.
hahaha geram gak tapi faham la kenapa dia jadi macam tu. lepas jatuh tu jumpa mayat orang namburi selatan pastu macam takde harapan nak balik so anxiety triggered dia punya ptsd
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Nak tengok filem ni sebab ada Nas T. Hehe. To me dia talented tapi jarang dapat big break. Maybe filem ni nak guna konsep show not tell tapi terlebih plak
ReplyDeleteHa'ah happy tengok lakonan NasT dari awal sampai habis. Haha mungkin lah kot tapi aksi dia tak banyak sangat untuk tampung kelompongan babak drama tu
DeleteBoleh layan ni nanti sebab saya suka cerita askar.
ReplyDeleteBagusnya cara review, terasa semangat nak tengok juga. Masa tengok iklan tertarik sebab pemilihan pelakon lelaki. Atleast tak ambil pelakon yang bukan-bukan
ReplyDeleteha'ah pemilihan pelakon memang sesuai dengan semua watak. Nampak lah semua pelakon masuk bengkel dan training dengan tudm
Deletewah menarik jalan cerita ni farhana genre aksi..
ReplyDeleteOh, anak askar rupanya FJ. Kita dah beli tiket pada 31 Ogos. Terpaksa tengok lambat sebab tarikh tayangan ni berada di luar kawasan la pulak.
ReplyDeleteSaya dah tengok, memang best, berdebar2, aksi2 yg menarik, sedih ada, cemas, bersemangat dan kagum. Terbaik
ReplyDeleteSerabut dgn si Johan Ashari tu dalam cerita ni, apahal tah tak reti2 nak kawal emosi. Haha. Rasa nak marahhhh je tgk, ahaha. Suka dgn Nas-T dan lain-lain. Mantap.
ReplyDeletehahaha geram gak tapi faham la kenapa dia jadi macam tu. lepas jatuh tu jumpa mayat orang namburi selatan pastu macam takde harapan nak balik so anxiety triggered dia punya ptsd
DeleteRindunya TUDM.. Dulu arwah abah keje kat sini tapi bukan askar..
ReplyDeleteTak tengok lagi filem ini..
gigih kita search "air force" kat blog ni sebab nak baca review FJ..hahahahahhahahha
ReplyDelete