Pelakon : Zizan Razak, Syamsul Yusof, Dato AC Mizal, Tania Hudson, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu, A. Galak, Mas Khan
Syarikat Produksi : Skop Productions, Astro Shaw
Pengedar : Astro Shaw
Genre : Komedi / Aksi
Durasi Tayangan : 95 minit
Tarikh Tayangan : 24 Ogos 2017 (Malaysia, Singapura & Brunei)
Trailer :
Sekuel Abang Long Fadil 1 (2014) membawa watak Fadil yang bebas dari dunia gangster dan terpaksa mencari duit sebagai gigolo. Tak sanggup melayan mak datin (Delimawati), Fadil disalah anggap pula sebagai pembunuh upahan bernama Tiger. Pembunuh upahan yang dikehendaki oleh pihak polis ni bekerja dengan Taji Samprit (A. Galak) dan anaknya Wak Doyok (Wak Doyok).
Fadil minta bantuan Yana (Tania Hudson), wartawan TVKL dan cameraman, Ali (Achey Bochey) yang sering membuat liputan kes jenayah yang dilakukan oleh Tiger. Untuk bersihkan nama dia, Fadil perlu mencari identiti sebenar Tiger. Fadil tak boleh pergi kepada pihak polis bila Inspektor Wahab (Syamsul Yusof) juga bersubahat dengan penjenayah. Dalam memburu Tiger, Inspektor Shuib (Shuib Sepahtu) juga memerhati gerak-geri rakan sekerjanya yang dianggap mencurigakan.
Taji yang belum pernah melihat Tiger beri tugas baru iaitu membunuh King Kong (Dato’ AC Mizal) yang dianggap pesaing. Wak Doyok pula curi-curi berhubung dengan Tiger dan bagi tugas untuk bunuh Taji Samprit. Habuan yang dijanjikan agak lumayan iaitu RM500 juta. Antara bersihkan nama ataupun habuan yang ditawarkan, jalan mana Abang Long Fadil akan pilih?
Walaupun ada beberapa pelakon dari filem sebelumnya masih bekerja dalam projek Abang Long Fadil 2 namun watak yang diberikan adalah berbeza sebab penulis juga pengarah nak keluar dari franchise KL Gangster. Bajet untuk filem ni lebih rendah dari projek sebelumnya bila Syafiq kurangkan penggunaan CGI dan lebihkan pada aksi dan plot utama.
Kalau sebelum ni tak berapa gemar dengan fillers dan jalan cerita yang santai oleh Syafiq dalam Abang Long Fadil 1, sekuel pula beri pengalaman yang berbeza. Dalam Abang Long Fadil 1 boleh nampak Syafiq masih bereksperimen dengan genre komedi tapi dalam installment kedua ni nampak dia dah pandai adun dengan cara dia tersendiri.
Watak Zizan juga nampak lebih menarik dan lebih kuat dari sebelumnya tapi masih menggunakan saduran yang berpegang pada nasib. Elemen misteri dan juga plot twist yang digunakan memberi kekuatan pada jalan cerita. Nampak tak kekok langsung Zizan guna senjata dalam movie sebab dia pun prep role dalam beberapa movie aksi. Postur pun nampak meyakinkan.
Masa penggambaran movie Abang Long Fadil 2, Dato Yusof Haslam bertekak dengan Syafiq disebabkan perbezaan cara kerja bila Syafiq ambil masa yang lama untuk shoot babak aksi. Tapi hasilnya memuaskan lah sebab penonton suka sampai filem ni cecah kutipan RM18 juta, mengalahkan kutipan filem Polis Evo 2 (2017).
Bukan saja skrip diberi nafas baru, Syafiq juga beri tumpuan pada soundtrack Abang Long Fadil 2 bila dia laburkan pada 3 buah lagu – Kaki Licik (Zizan Razak), Senorita (Dato’ AC Mizal feat Shuib Sepahtu dan Syamsul Yusof) dan Peace Y’all (Dato’ AC Mizal).
Sayangnya Abang Long Fadil 2 ada kelemahan bila Syafiq bawa masuk pelakon baru seperti Wak Doyok yang tak mempunyai bakat dalam bidang lakonan. Nampak agak kaku setiap kali muncul tapi dia boleh deliver kalau watak dia berbahasa Jawa. Nasib baik kebanyakan masanya dia berkongsi skrin dengan pelakon lain.
Sama juga dengan lakonan Tania Hudson yang lemah dan tak ada langsung chemistry dengan Zizan sedangkan watak mereka berdua bercinta dan perlukan kepercayaan yang kuat. Kalau Syafiq ambil Kamal Adli lakonkan watak Inspektor Wahab mungkin lebih menarik sebab lakonan Syamsul pun tak menaikkan impak pada penceritaan.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
sebab masa tu Wak Doyok tengah trending kot, sebab tu amik dia. saya pun rasa Tania Hudson berlakon kaku. huhu
ReplyDelete