Lay’s x KFC Hot & Spicy Chicken

Tuesday, 30 August 2022

 
Sejak minggu lepas ternampak banner Lays x KFC dekat luar premis KFC belakang rumah ni. To be frankly honest, I tak berapa gemar pun dengan chips jenama Lay's walaupun Ranbir Kapoor jadi duta sejak berdekad lamanya. Jadi bila KFC buat kolaborasi dengan Lay's ni I jadi mehhhhh tapi disebabkan masa tu lapar, order je lah kan. 

Dalam gambar mungkin nampak menarik lah tapi bila buka kotak tu rasa macam hmmmm apoooo. Ayam goreng dekat mamak nampak lagi menyelerakan. Tengok rupa pun dah tahu KFC tabur serbuk pedas dekat atas ayam tu sampai oren jadinya. 


I beli set dinner plate sebab tu ada 3 ketul ayam, satu soft drink dengan mash potato dan coleslaw. Sedih betul sekarang dah tak ada ban dalam set ni. KFC ni makin lama makin menyedihkan. Nak beli Bucket awal tu tapi bila tengok semua bucket ada ayam KFC bersalut potato chips Lay's ni terus kembang tekak. Nasib baik lah dalam Zinger Box ayam dia normal. 


Dalam poster KFC ni warna air Lemonade dia hijau pekat tapi bila sampai air dia warna kuning cair. Memang lah gambar tu untuk tujuan ilustrasi sahaja tapi kalau jauh betul perbezaan warna tu memang wajar lah untuk dipertikaikan. 


Bila makan ayam ni memang tepat lah sangkaan tu, rasa serbuk bersepah. Masin MSG pulak tu. Chips dia tak lah crispy sangat pun sampai boleh krup krap bila makan. KFC Nachos jauh lebih sedap. Nasib baik Lay's x KFC ni limited edition je, cepat lah sikit habis kolaborasinya. 

3 comments

  1. akak baru p makan tadi, ayam dia terlebih masin sebab tabur keropok lays tu, yang sedih coslaw xde hahaha dia bagi mash potato 2 aduhaiii... makan jer bukan selalu sebulan sekali

    ReplyDelete
  2. Kalau KFC memang tak sanggup beli online, sanggup walk in sebab kualiti dia. Dah la asyik bagi salah order

    ReplyDelete
  3. Ada nampak tapi tak tergerak nak beli sebab macam overprice.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.