Drama Review | Stranger Things 2 (2017)

Wednesday, 24 August 2022


Director : The Duffer Brothers
Writer : The Duffer Brothers
Cast : Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Charlie Heaton, Cara Buono, Matthew Modine, Noah Schnapp, Joe Keery, Linnea Berthelsen, Dacre Montgomery, Cara Buono, Sean Astin, Paul Reiser
Production Company : Netflix
Distributor : Netflix
Genre : Science Fiction / Drama
Running Episodes : 9 episodes (45 minutes per episode)
Release Date : 27 October 2017
Trailer :


Mana-mana series pun akan kembangkan barisan watak utama atau beberapa watak sampingan kalau dah masuk musim kedua, sama juga dengan Stranger Things dari Duffer Brothers ni. Boleh nampak Stranger Things (2016) dah mula berkembang dan menarik perhatian ramai bila ada pertambahan satu episod. 
Will Byers (Noah Schnapp), Mike Wheeler (Finn Wolfhard), Dustin Henderson (Gaten Matarazzo) dan Lucas Sinclair (Caleb McLaughlin) teruskan kehidupan mereka tanpa Eleven (Millie Bobby Brown). Gadis berambut merah masuk ke sekolah mereka dan digelar Mad Max (Sadie Sink) kerana game skills dia yang power di arcade. 


Sementara Lucas dan Dustin sibuk mengejar perhatian Madmax, Mike sibuk mencari Eleven, Will pula rasa terasing dan rasa ada sesuatu yang tak kena dengan badan dia. Rasa seram sejuk dan kaku. Dia cuba bagitahu Mike tapi kawan baik dia anggap tu cuma serangan trauma gara-gara hilang diculik ke dunia The Upside Down. Will tak rasa tu cuma ilusi atau halusinasi dan Joyce (Winona Ryder) juga rasa anak dia terancam. Mereka namakan makhluk tersebut The Mind Flayer. 


Dalam masa yang sama, Eleven keluar mencari ibu kandung dia dan terserempak dengan Kali a.k.a Eight (Linnea Berthelsen) yang boleh mengawal minda orang lain. Eight adalah hasil ujikaji Dr. Martin Brenner (Matthew Modine) sama seperti Eleven tapi kelebihan kuasa mereka berbeza. Masa tengok Eleven berjumpa dengan Eight dah rasa teruja sebab Eleven dah jumpa geng dia satu hal, Eleven dah tak perlu habiskan tenaga dia seorang saja untuk selamatkan Hawkins satu hal lagi. Kesian sangat tengok hidung atau telinga dia berdarah setiap kali dia guna kuasa. 


Penceritaan Stranger Things musim dua bertambah menarik dengan kehadiran The Mind Flayer sebab dunia The Upside Down cuba dengan lebih gigih lagi untuk tawan Hawkins. Kalau raksasa dalam musim pertama adalah makhluk yang mudah untuk ditewaskan, The Mind Flayers pula lebih rumit dan berbahaya bila ianya berhubung kait dengan Will. Kalau askar cuba musnahkan sarang The Mind Flayer, Will akan tanggung rasa sakit yang sama. 

Selain character development 4 sekawan dikembangkan dengan lebih mendalam, suka tengok perubahan pada watak Steve Harrington (Joe Keery) yang sebelum ni digambarkan seperti loser tapi bangkit lebih solid dalam musim kedua. Friendship Steve dengan Dustin nampak menarik dengan comedic timing dari Dustin yang menghiburkan. Berbeza dengan hubungan Steve dan Nancy (Natalia Dyer) yang dah mula goyah sebab Jonathan (Charlie Heaton). Dekat previous season pun dah nampak hint ni tapi terkejut bila Nancy pilih Steve dekat hujung tu. 


Walaupun Duffer Brothers masukkan watak Billy Hargrove (Dacre Montgomery) tapi dia cuma pencuci mata untuk beberapa watak di Hawkins. Belum pasti apa tujuan Duffer Brothers tambah watak Billy. Kalau dalam previous season ada Steve yang kacak bergaya, season dua ada Billy yang cool. More like daddy cool. 

Kalau sebelum ni Duffer Brothers tak nak guna CGI pada raksasa Demogorgon, berbeza dalam musim kedua bila The Mind Flayers sepenuhnya bergantung pada kesan khas. Fizikal dan sifat dia macam kepulan asap dan angin pun susah nak dihasilkan supaya nampak asli dan natural. 


Musik latar Stranger Things terikat dengan audio zaman 80-an yang terarah pada synth-heavy genre di mana Michael Stein dan Kyle Dixon cari 50 buah lagu dari tahun 1930-an hingga 1980-an. Music score Stranger Things hasil karya menambahkan lagi impak pada penceritaan. 

Overall musim kedua adalah eksperimen dari team production untuk menguatkan watak di Hawkins dengan penonton sebab banyak bermain dengan emosi. Penulis ketengahkan PTSD pada watak Will dan Nancy, kembangkan watak Hopper dan Eleven yang hilang orang mereka sayang, geng 4 sekawan yang makin rapat selepas kehilangan Will dalam musim pertama. Cliche juga penulis matikan watak di hujung cerita supaya bagi laluan kepada dua watak ni bercinta sekaligus tambah elemen drama sedangkan dekat babak tu ada part yang sengaja drag macam tertinggal pistol. 


Sama macam musim pertama, persoalan besar masih lagi belum terjawab tentang ujikaji Dr. Martin Brenner sama ada ujikaji dia akan membantu Hawkins ataupun akan jadi ancaman. Tengok pada perwatakan Kali, tak mustahil kalau dekat musim ketiga nanti dia team up dengan Eleven dan rosakkan dunia. Atau mungkin juga Eleven akan kawal Kali untuk bantu dia selamatkan Hawkins. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

1 comment

  1. Asyik bertangguh je nak tengok seasons 2 ini.. Best pula baca review Farhana nie.. Nantilah sambung..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.