Drama Review | Alchemy of Souls : Part I (2022)

Wednesday, 31 August 2022


Director : Park Joon-hwa 
Writer : Hong Jung-eun, Hong Mi-ran
Cast : Lee Jae-wook, Jung So-min, Hwang Min-hyun, Joo Sang-wok, Oh Na-ra, Yoo Jun-sang, Yoo In-soo, Lee Ha-yool, Jo Jae-yoon, Arin, Shin Seung-ho, Im Chul-soo, Park So-jin
Production Company : Studio Dragon, High quality
Distributor : tvN, Netflix
Genre : Period Drama / Action / Romance 
Running Episodes : 20 episodes (60-80 minutes per episode)
Release Date : 18 June 2022 - 28 August 2022
Trailer :


Berlatarkan kawasan bernama Daeho, Alchemy of Souls memaparkan kisah 4 orang pemuda yang mempunyai kuasa untuk melindungi rakyat Daeho. Rakyat menggambarkan perwatakan masing-masing seperti 4 musim – Jin Cho-yeon (Arin) dari keturunan Jinyowon mewakili musim bunga, Park Dang-gu (Yoo In-soo) dari keturunan Songrim mempunyai tenaga kuat seperti musim panas, kebijaksanaan dan kemuliaan Seo Yul (Hwang Min-hyun) dari keturunan Seo seperti matahari terbenam di musim luruh manakala Jang Uk waris keturunan Jang yang menawan seperti salji di musim sejuk. 

Keturunan diraja mengharamkan penggunaan sihir atau ilmu hitam dan Alchemy of Souls yang paling berbahaya selepas menimbulkan pembunuhan besar-besaran di Daeho 200 tahun lepas. Sesiapa yang mempunyai Soul Ejector boleh bertukar nyawa dengan orang yang dikehendaki. Ramai yang berebut kuasa Alchemy of Souls sebab perlukan fizikal badan yang muda, bertenaga dan sihat. Namun sihir ini berbahaya bila badan yang bertukar memerlukan tenaga yang banyak sampai bertindak untuk membunuh orang kebanyakan dengan ‘makan’ nyawa mereka. 


Naksu (Ko Yoon-jung) adalah pembunuh upahan yang mempunyai kuasa hebat namun setelah cedera teruk akibat diserang oleh Songrim, dia bertukar nyawa dengan Mu-deok (Jung So-min), si buta yang dijual ke pusat hiburan. Di sana dia berjumpa dengan Jang Uk dan dibeli dengan harga tinggi untuk dijadikan hamba. 

Jang Uk tahu siapa Mu-deok sebenarnya dan perlukan bantuan untuk buka pintu tenaga yang dikunci oleh ayahnya, Jang Gang (Joo Sang-wok) sebelum menghilangkan diri. Kelahiran Jang Uk adalah salah satu rahsia hitam di Daeho kerana ayah dia yang sebenar adalah raja dan Jang Uk lahir dengan kuasa Bintang Diraja. Hanya Park Jin (Yu Jun-sang) dan Jin Mu (Jo Jae-yun) yang tahu perkara ini. Sementara Park Jin melindungi Jang Uk, Jin Mu pula menggunakan pelbagai cara untuk kuasai Alchemy of Souls dan menggunakan sesiapa saja untuk capai impian dia untuk kekal berkuasa di Daeho. 


Penceritaan Alchemy of Souls hasil karya Hong sisters yang terkenal dengan drama Goblin (2012) Master’s Sun, Hotel De Luna (2020) bersifat straight-forward dan mudah difahami walaupun bersifat fantasi dan fiksyen. Namun terdapat beberapa kekeliruan dari awal hingga ke hujung di mana Jang Uk merupakan anak raja sedangkan hanya nyawa yang bertukar bukannya jasad. 

Sama juga dengan nyawa ayah Naksu yang bertukar. Kalau yang jadi gila sebelum dibunuh oleh 4 pendekar ialah nyawa yang ditukar jadi di mana nyawa ayah Naksu? Paling mengelirukan bila nyawa Naksu dan Mu-deok boleh hidup bersama dalam satu jasad. Kalau Master Lee (Im Chul-soo) kata badan yang mengawal nyawa di dalam jadi kenapa Naksu tak dapat tepis sihir Jin Mu dan jadi gila? Watak Jin Ho-gyeong (Park Eun-hye) pun boleh tahan jugak bermasalah bila dia kata dia kenal anak dia sebab naluri ibu kuat tapi dah berapa kali anak dia datang rumah pun dia tak perasan. Berdiri depan mata pun dia tak kenal jugak. Tsskkk


Idea yang bertemakan ilmu magik yang diamalkan di Daeho ni menarik dengan sinematografi memukau dipaparkan dari awal sehingga habis cerita walaupun ada masanya VFX yang digunakan kurang meyakinkan. Kelompongan cerita dan beberapa persoalan juga mungkin akan diceritakan dalam Alchemy of Souls Part 2 : Light and Shadow yang akan diterbitkan Disember 2022 nanti. 

Walaupun genre drama terbitan Studio Dragon dan High Quality lebih kepada aksi dan drama tapi cerita tak lah terlampau berat sebab penulis masukkan banyak juga elemen komedi. 20 episod mungkin kelihatan banyak dari drama yang lain dengan durasi yang panjang setiap episod tapi wajar lah sebab watak pun banyak dalam drama ni. Cukup ruang untuk setiap watak berkembang dalam waktu yang diberikan. 


Lakonan untuk setiap watak pun tepat bila menyerlah dengan watak dan perwatakan masing-masing. Kemahiran berpedang dengan teknik berlawan pun nampak kemas dan cantik. Happy betul bila watak Putera Raja Go Won (Shin Seung-ho) muncul sebab dia suka guna kening dan riak muka. Kelakar setiap kali dia terpedaya dengan helah Mu-deok especially scene katak emas dengan arak kayu manis. Tak pasti apa yang penulis nak buat dengan watak putera raja dalam Part 2 tapi kalau dia berubah jadi jahat memang penulis sengaja cari pasal lepas kes Jang Gang yang muncul secara sia-sia dan kes Mu-deok yang terjun ke tasik. 

Tertawan dengan watak Seo Yul sebab sejenis yang tenang dan lembut antara semua ahli sihir di Daeho, kesian pula tu cinta tak berbalas. Tak berbalas satu hal, kena berkorban untuk kawan baik sendiri satu hal lagi. Jangan penulis buat dia bercinta dengan So-i dekat part 2 sudah lah, confirm mengamuk semua orang. Mungkin ramai yang terkena second-lead syndrome tapi I tetap suka dengan hero Alchemy of Souls especially bila Lee Jae-wook sebut Mu-deok-ah! Boleh kata enjoy tengok drama ni sebab Jae-wook dengan putera raja. 


Tak sabar nak tengok Part 2 sebab nak tahu mana nyawa Shaman Choi pergi lepas keluar dari badan Permaisuri. Teaser dekat hujung episod 20 pun timbulkan banyak pertanyaan selain curious untuk tahu apa lagi barang terlarang yang tersimpan dalam bilik rahsia milik Jinyowon. December come fast! 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.4/10

2 comments

  1. Bu diziyi severek izledim ancak bölüm 2 izleyeceğimi düşünmüyorum mu deok özleyeceğim...

    ReplyDelete
  2. Lepas baca nie terus rasa nak tengok tapi bila tahu bersambung rasa macam... Nantilah kita fikir-fikirkan.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.