Blog Performance July 2022

Monday, 1 August 2022


Cuaca sekarang tak menentu sangat kan? Hari-hari kena belek dekat Google Weather pergerakan data cuaca macam mana. Katanya sekarang tengah musim panas tapi bila awan gelap tu terus ribut. Tidur malam pun tak selesa sebab selalu terjaga bila panas sangat. Kalau dah sejuk sangat kena gigit biawak pulak. Silap haribulan ada jugak yang sakit ni. Cuaca macam tu, blog pun sama je tak menentu.

1. PV


Kalau bulan Jun dah ada sedikit penurunan, bulan Julai jatuh mendadak sampai hilang kepala 1. Tengok dekat graf tu pun boleh nampak pola pergerakan dia macam mana. Kalau naik kemain naik, bila jatuh serupa jatuh gaung.  

2. Posts


Bulan Julai banyak dapat press release so mood nak update entry sendiri kemain malas tapi update jugak lah sikit supaya tak tenggelam terus. Nasib baik lah popular post untuk bulan Julai tak penuh dengan press release so boleh nampak lah readers dekat blog ni mencari benda lain. One thing positive side untuk bulan July bila ada PR yang mencari gara-gara update pasal Cannes. Walaupun update lambat dari schedule sepatutnya, ramai jugak lah yang baca. 

Rasanya untuk bulan Ogos akan ada banyak movie review sebab movie Hindustan dah start tayang dekat cinema balik jadi banyak lah movie yang production house peram akan keluar. 

3. Keywords

Bulan Julai punya keywords banyak ke arah drama Melayu ek padahal blog ni jarang update sebab tak banyak sumber cerita Melayu. Rumah tak ada TV maka bergantung lah dengan streaming platform tapi berapa kerat je lah cerita Melayu yang masuk dekat situ. 

Bab Disha tu mesti keluar sebab sekarang dia tengah aktif promote movie baru. Nampak gaya kena tambah lagi lah entry dekat label Fashion Files tu. Kadang malas nak update sebab diorang tak bagitau wardrobe diorang dari designer mana. Jenuh jugak nak mencari jenama dan butik yang selebriti guna. 

4. Bilangan Entry

Walaupun bilangan entry bertambah tapi tak lah rasa nak happy dengan progress tu sebab banyak press release. Boleh kata 40% entry sendiri, yang lain press release. Not complaining though because my schedule kinda hectic right now. Tak pasti lah nak cap dekat 60 entries lepastu fokus benda lain ataupun naikkan lagi bar tu sampai cecah 80 entry sebulan. 

8 comments

  1. terbaik, in shaa Allah bulan seterusnya dapat naikkan semula :)

    ReplyDelete
  2. Wow.. Still terbaik.. Keep on sharing tau Farhana walaupun press release..

    ReplyDelete
  3. Semoga terus semangat update entri banyak-banyak!

    ReplyDelete
  4. So cute banner. HEHEH Semoga terus maju walaupun dengan PR. lepas ni banyak job tepi,

    ReplyDelete
  5. Chaiyokkkk! Semoga terus bersemangat!

    ReplyDelete
  6. tahniah farhana byk tu perfoamce

    ReplyDelete
  7. thniah hehe. pv blog kita kemain sendu. haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.