Susulan kejayaan drama ‘Dendam Seorang Isteri’ yang kekal menjadi bualan orang ramai, Astro serta pihak produksi, Radius One Sdn Bhd telah menganjurkan majlis tontonan episod-episod kemuncak drama tersebut serta sesi ‘Meet & Greet’ bersama para peminat untuk menghargai sokongan mereka di Panggung Asia, Gombak.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran barisan pelakon utama termasuk Fasha Sandha, Nad Zainal, Aidit Noh dan Wan Raja serta pelakon-pelakon lain yang turut membintangi drama ini. Kemeriahan majlis tersebut turut diwarnai dengan persembahan lagu-lagu runut bunyi ‘Dendam Seorang Isteri’ seperti ‘Kesumat’ oleh Rian Shain, ‘Geming Jiwa’ oleh Aufahanie dan ‘Getas’ oleh Heidi Moru.
Penceritaan yang memberikan tekanan yang dalam terhadap pemerkasaan wanita serta dendam-dendam yang membara menarik perhatian penonton di Malaysia dan kekal mengait mereka sehingga ke episod-episod akhir. Kini, ‘Dendam Seorang Isteri’ berjaya meraih minat dan sokongan daripada mereka sehingga menjadi drama No.1 di saluran Astro Prima untuk tahun 2022. Mengangkat tema ‘women empowerment’ dalam konflik rumah tangga, drama ini mendapat jumlah tontonan lebih daripada 5.5 juta, melebihi sasaran yang ditetapkan.
Selain itu, ‘Dendam Seorang Isteri’ juga mendapat sambutan yang menggalakkan di platform penstriman Astro apabila turut tersenarai sebagai ‘Top 10 programmes’ di aplikasi Astro GO dan On Demand selama 4 bulan berturut-turut dari Mac hingga Jun 2022 dengan jumlah masa yang dipertontonkan sebanyak 150 juta minit dan jumlah tontonan sebanyak 4.2 juta tontonan di Astro GO dan On Demand.
Kejayaan yang berterusan ini merupakan pemangkin semangat bagi Astro untuk menghasilkan lebih banyak drama yang mampu menjadi fenomena di kalangan peminat, bukan sahaja menerusi media sosial tetapi juga sebagai perbualan sensasi di kalangan netizen.
Penceritaan yang baik mampu menarik serta mendorong para penonton untuk terus mengikuti episod-episod seterusnya dan kekal menyokong sebagai peminat setia. Lantas pihak Astro ingin mengambil peluang untuk mengajak peminat-peminat tegar ‘Dendam Seorang Isteri’ untuk bersama-sama menonton dua buah episod kemuncaknya yang akan berakhir pada minggu terbabit sebagai tanda penghargaan terhadap kesetiaan dan dedikasi para peminat yang tidak putus dalam memberikan sokongan.
Keterujaan barisan pelakon drama tersebut untuk menatapi wajah-wajah peminat buat kali kedua selepas sesi berbuka puasa bersama mereka pada Ramadan lalu serta melihat reaksi-reaksi para peminat secara bersemuka ketika menonton lakonan mereka juga merupakan antara sebab utama majlis ini dianjurkan selain menunjukkan tanda penghargaan kepada sokongan mereka yang bermakna.
“Tanpa mereka, tiadalah saya di posisi sekarang. Saya rasa bersyukur kerana lakonan saya masih diterima dengan pujian yang hebat-hebat. Saya berikan yang terbaik dalam drama ini jadi saya harap mereka teruja dengan episod akhirnya”, kata Fasha Sandha yang memegang watak Amira dalam drama ‘Dendam Seorang Isteri’.
Kehadiran pelakon wanita popular, Nad Zainal di majlis tersebut turut mendapat sambutan yang sangat meriah daripada peminat dan pihak media. “Watak seperti Kirana lah yang saya dambakan sejak bergelar pelakon. Saya telah memberikan dengan sebaiknya untuk watak ini supaya ia dapat menarik perhatian penonton walaupun berwatakan jahat. Terima kasih semuanya atas sokongan yang diberikan. Tanpa sokongan ini, drama ‘Dendam Seorang Isteri’ tidak mungkin mendapat sambutan yang hangat seperti ini”, tambah Nad Zainal.
Peminat-peminat barisan pelakon ‘Dendam Seorang Isteri’ yang hadir di majlis ini turut diberi peluang untuk menghadiri sesi ‘Meet & Greet’ bersama pelakon kegemaran mereka untuk mengenali dengan lebih dalam serta merapatkan lagi tali silaturrahim antara pelakon dan peminat.
‘Dendam Seorang Isteri’ bakal berakhir dengan episod kemuncaknya yang penuh dengan plot-plot tersirat dan babak-babak yang akan merongkai pergelutan antara watak utama, Amira dan Kirana. Persoalan yang sering ditanya-tanya oleh peminat akan terjawab dalam episod akhir ‘Dendam Seorang Isteri’ yang bakal ditayangkan pada hari Jumaat, jam 6.00 petang, 15 Julai 2022.
Drama ini telah pun bersiaran selama 17 minggu pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 21 Mac 2022 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.