Mushroom Chicken Grill 15 May Cafe, MyTown Sedap!

Sunday, 31 July 2022

 

Semalam keluar jalan-jalan dekat MyTown, Cheras sebab nak mencari hadiah dan makan dekat 15 May cafe ni. Sebelum ni dah banyak kali nampak tapi tak pernah sempat nak menyinggah. Semalam memang dah masuk dalam schedule gituhhhh. 

15 May cafe ni berkonsepkan ala picnic di Seoul jadi cafe dia memang jenis santai macam kita tengok dalam K-drama. Dekat bahagian atas penuh dengan fairy lights dari sepan kaunter sampai lah ke bahagian belakang cafe. Patutnya minggu lepas pergi cafe ni sebab ada cupsleeve event untuk birthday Jaehyuk Treasure tapi minggu lepas ada hal lain. 






Dekat cafe ni boleh pilih seat yang mana jadi pilihan hati. Ada seat bawah kanopi dengan batu putih di lantai ataupun seat yang menghadap bahagian luar. Awalnya kitorang duduk bahagian belah kiri kedai sebab situ je yang kosong tapi sebab brother tu ambik space banyak sangat sampai nak bawak keluar kerusi pun susah, rezeki kitorang lah dapat pindah ke bahagian dalam. Selesa sikit lah sebab kerusi dia nampak kuat nak menampung lemak kitorang. 


Ni antara menu dekat 15 May cafe, semuanya nampak sedap tapi mulut ada 1 je yang nak makan so I beli mushroom chicken chop. Tajuk entry chicken grill kan? Sebab yang sampai chicken grill haha


Untuk drinks I order iced hazelnut latte and my sister ordered strawberry honey soda. I tak berapa gemar lah air strawberry so yang ni a big no for me. Iced Hazelnut Latte dia sedap, kena dengan tekak sebab tak pekat sangat dengan kopi dan tak banyak dengan susu. 

Mushroom Chicken Grill dia memang thumbs up tapi I rasa macam makan mash potato IKEA sebab cafe IKEA dekat sebelah je. Gravy mushroom tu sedap sebab pekat dengan isi cendawan. Dia bagi banyak jugak dalam mangkuk tu so tak dapat nak habiskan sebab masin. I pun tak suka makan kuah belemoih penuh dalam pinggan tu. Rasa sayang pulak tak habiskan. 



Dah habis makan boleh lah bergambar sebab cafe tu kosong terus. Props dekat dinding tu boleh guna untuk bergambar tapi kena simpan balik lepas habis guna. Next time kalau ada cupsleeve event lagi dekat sini I confirm join sebab dah tahu dah menu dia menarik dan sedap. 

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.