Pelakon : Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim
Syarikat Produksi : Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinemas, Astro, Six Fun Media
Pengedar : Golden Screen Cinemas
Genre : Komedi / Aksi
Durasi Tayangan : 110 minit
Tarikh Tayangan : 19 Mei 2022
Trailer :
Naskhah Tiga Janda Melawan Dunia arahan Hyrul Anuar mengisahkan tentang 3 sekawan – Midah (Khatijah Tan), Rohayu (Normah Damanhuri) dan Ani (Raja Azura) yang merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini (Norman Hakim).
Apabila beliau mengumumkan persaraannya dan bakal mengadakan konsert terakhir buat peminatnya, ketiga-tiga janda berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert yang hanya terhad kepada 100 orang. Ani berjaya dapatkan tiket tersebut tapi kerana hati busuk Datin Martipah (Rosnah Mat Aris), tiket mereka bertiga dikoyak sehingga hancur.
Gara-gara inginkan sejumlah duit yang banyak dalam masa yang singkat, Midah jual tudung dekat orang kampung termasuklah non-muslim. Rahayu pula naikkan harga barang di kedai runcit miliknya sementara Ani tambah service charge dan hidden charge di restorannya. Mengamuk Ana (Ellyza Azizi) bila dapat tahu perkara tersebut sebab orang kampung mengamuk dan mencemuh perangai ibunya.
Setelah mendapat inspirasi dari Amat (Taufiqizmer Tawaff), peniaga vape yang meraih RM30,000 sebulan, akhirnya tiga janda berjaya menghasilkan perisa vape dengan bantuan Fikri (Abbas Mahmood), si pembantu makmal. Bila perisa vape mereka laris dijual, pengedar dadah (Taqim Zaki) pula panas hati kerana stok mereka tak bergerak.
Masa trailer filem Tiga Janda Melawan Dunia ni keluar pun dah excited nak tengok sebab barisan pelakon veteran jadi watak utama. Finally something fresh, unique and progressive is coming! Berapa banyak sangat lah filem yang ketengahkan kehidupan watak 40-an ke atas. Kita selalu nampak filem yang berkisarkan remaja, pertengahan 20-an ataupun 30-an. Susah sangat nak tengok golongan umur ni dan lagi susah nak jumpa golongan 50-an terkinja nak layan konsert penyanyi kegemaran.
Jangan salah faham dengan maksud progresif yang I mentioned earlier. I tak spesifik dengan penjualan vape ataupun pergi konsert seperti yang dipaparkan dalam filem ni cuma puji sesuatu yang bagus dalam industri untuk ketengahkan kisah golongan veteran. Dalam industri hiburan atau seni perfileman bila dah berusia mesti pelakon tu tersekat dengan watak warga emas dengan kisah sendu. Sebelum ni ada franchise Hantu Kak Limah dan sekarang Tiga Janda Melawan Dunia jadi medium untuk pihak lain buka mata yang veteran juga boleh tarik audience.
Berbalik kepada movie Tiga Janda Melawan Dunia, momentum penceritaan tak jatuh langsung. Ada saja idea dari penulis untuk hidangkan hiburan baik dari watak utama mahupun sampingan. Berdekah teruk masa tengok babak Midah dengan Rahayu bergaduh tiba-tiba azan berkumandang. Terbantut terus nak balas bola api dari Midah. Sama juga dengan babak Midah bincang strategi dengan Ani untuk lawan tokan dadah.
Lakonan Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura menghiburkan ditambah pula dengan comic timing yang mantap. Kalaupun mereka bertiga bukan best friends in real life tapi masing-masing berjaya deliver watak dengan bagus. Lupa terus karakter mereka bertiga offscreen sebab yang ada hanya Midah, Rahayu dan Ani. Masa babak kelakar tak berhenti ketawa tapi bila masuk babak sedih, tersentuh hati jadinya. Menjadi betul masa Ani teringat kenangan manis dia bersama Amar (Matz Burhanuddin).
Format Tiga Janda Melawan Dunia dah macam cerita zaman dulu sebab dalam beberapa plot tu keluar lagu sama ada sebagai soundtrack ataupun medium penceritaan. Lagu tema yang dikarang oleh Hyrul Anuar mencuri perhatian dengan beat yang catchy dan lirik yang kelakar, sesuai juga dengan penceritaan. Tak sangka lagu Mi Amor tu dinyanyikan sendiri oleh Norman Hakim. Semua lagu yang digubah untuk filem ni best. Ada dekat Spotify tak ek?
Salah satu kekuatan besar filem Tiga Janda Melawan Dunia ialah sinematografi yang menarik hasil kreativiti Julian dan Oh Boon Ken bila ianya keluar dari adunan biasa. Kawasan kampung boleh nampak menarik macam port dating Ana dengan Fikri. Color grading yang digunakan jadikan beberapa babak tu cun. Busana dan props yang digunakan pun menambahkan mutu penceritaan. Filem komedi ni ditaja oleh Maxis dan Nescafe jadi beberapa babak ada product placement tapi smooth je lah macam tengok filem Korea.
Boleh kata filem Tiga Janda Melawan Dunia adalah filem terbaik untuk dekad ni sebab gaya penceritaan yang santai dan komedi yang segar. Antara naskhah yang berunsurkan hiburan tanpa tekankan mesej sosial yang berat. Plot twist pun menarik dan tak dijangka walhal plot utama naskhah ni simple je. Rasa puas spend time layan filem ni. Recommended!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought + 1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
dah tengok citer ni memang best dan kelakar. cerita dia simple je tapi plot twist dia best..haha
ReplyDeleteNak kena tengok juga nie kalau Farhana kata best..
ReplyDeleteAkak memang terhibur & gelak besar tengok cerita ni...
ReplyDeletepelakon dia tu.. confirm mmg lawak ni
ReplyDelete