Pelakon : Sheila Dara Aisha, Morgan Oey, Dion Wiyoko, Ferry Salim, Eriska Rein, Jenny Zhang, Tansri Kemala
Syarikat Produksi : Starvision Plus, Indie Pictures, Imajinari, Fosa Pictures
Pengedar : Disney+ Hotstar Indonesia
Genre : Drama / Misteri
Durasi Tayangan : 83 minit
Tarikh Tayangan : 3 Disember 2021 (JAFF), 23 Disember 2021 (Indonesia), 6 Mei 2022 (Disney+ Hotstar)
Trailer :
Kisah bermula dengan kekusutan Pak Budiman (Ferry Salim) dan isterinya, Sherly (Jenny Zhang) dalam mencari ikhtiar untuk dapatkan dana bagi membayar semula hutang mereka. Rumah agam mereka menjadi cagaran kepada pelaburan berisiko tinggi tersebut. Belum selesai masalah besar, datang lagi satu masalah bila Tika (Sheila Dara Aisha) perkenalkan diri sebagai anak perempuan Budiman.
Sherly lebih percaya dengan kata-kata Tika dari suaminya sendiri kerana dia pun tahu Budiman pernah selingkuh 20 tahun lalu. Selain skandal Budiman yang mengejutkan semua ahli keluarga, Tika juga beritahu tentang hubungan Laura (Eriska Rein) dan Andre (Morgan Oey).
Dek kerana status Tika sebagai anak luar nikah dan hidup sebatang kara setelah ibunya meninggal lantas dihantar ke rumah anak yatim, dia minta Pak Budiman bayar sebanyak 100 juta rupiah sebagai pampasan. Jika jumlah tersebut dibayar maka dia akan pergi dan hilang tanpa membuat kecoh langsung. Jumlah yang diminta agak tinggi untuk Pak Budiman tunaikan dek kerana keadaan mereka yang terjerat dengan hutang.
Naskhah Teka-teki Tika merupakan debut genre kepada pengarah dan juga penulis Ernest Prakasa kerana sebelum ini beliau lebih cenderung dengan genre komedi. Walaupun Teka-Teki Tika merupakan naskhah thriller namun masih banyak juga babak yang sarat dengan komedi santai. Watak Jane (Tansri Kemala) diwujudkan untuk elemen kelakar. Berdekah bila dia cakap Andre anjing tanpa rasa bersalah.
Tengok gambar keluarga dekat belakang tu pun dah boleh nampak siapa tulang belakang keluarga
Durasi naskhah yang berunsurkan misteri ni agak pendek dari filem kebiasaannya kerana durasinya sepanjang 83 minit saja. Kata Ernest naskhah ni terhasil akibat stress dengan pandemik Covid-19 yang berpanjangan. Disebabkan rasa ingin bebas tu terlahirlah naskhah yang menyindir budaya korupsi yang wujud di negara Indonesia.
Kira power lah pengarah jenis kreatif ni sebab mampu hasilkan karya yang bagus dan menarik walaupun stress. Naskhah ni ringkas saja plotnya tapi tinggalkan impak yang kuat. Sampai sekarang masih terasa lagi penangan watak Tika yang muncul untuk menegakkan keadilan pada mangsa.
Sinematografi hasil karya Arfian menambahkan lagi mood dan momentum penceritaan kerana tona warna yang digunakan tampak menarik ala filem Knives Out (2019). Mungkin sebab tu lah ramai yang letak expectation tinggi sebab terpedaya dengan promo material. Music score dari Rooftopsound terikat dengan tema misteri yang dibawakan oleh beberapa watak. Cukup untuk menghadirkan rasa saspen dan menyesakkan.
Walaupun jalan cerita Teka-Teki Tika ni menarik dengan misteri dan plot twist tapi tetap ada kelemahannya juga bila tak banyak pun elemen misteri dan teka-teki yang diketengahkan. Senang sangat nak tahu watak mana yang membantu Tika untuk dapat maklumat atau rahsia gelap dalam keluarga tersebut dan tebakan tu juga betul bila muncul plot twist di hujung cerita.
Sama juga lah dengan misteri rahsia Pak Budiman yang disimpan selama 20 tahun bila perwatakan dia berubah selepas berbincang bersama Arga (Whani Darmawan). Kalau setakat selingkuh rasanya mana-mana lelaki pandai simpan rahsia sampai tiba masanya untuk ketahuan. Tapi kalau dosa yang lebih besar, apatah lagi tanpa sengaja, perlukan lebih masa untuk tenangkan diri.
Mungkin ada yang suka dan ada juga yang rasa kecewa sebab berbeza dari yang dijangka. I totally love this movie sebab kreativiti team production. Cuma macam terlampau awal bila filem bergerak ke target seterusnya yang lebih besar sedangkan pengarah perlu build up lagi watak Tika untuk jadi watak heroin kegemaran penonton. Mungkin boleh tambah dua filem prekuel sebelum berpatah kembali ke timeline yang diceritakan dalam installment pertama. Yes I have a strong hunch that this movie gonna be a powerful franchise! All the best!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.4/10
complicated juga masalah family tapi itulah Pak Budiman tu yang suka cari masalah buat skandal siapa suruh. nampak macam best boleh masuk dalam list :)
Ohh wowo...thanks for this detailed movie review here, Siennylovesdrawing already long time didn't Check out & watch Indonesian movie, will watch this. Cheers Siennylovesdrawing
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Menarik Review Farhana.. Macam boleh masuk list filem ini..
ReplyDeleteWow ok serious must watch movie ni! Genre trailer yg mysterious macam ni, memang best sangat! Gue nggak sabar mau nonton ni!
ReplyDeleteAkak tertarik dengan pelakon-pelakon mereka yang cantik dan kacak lah. Hehehehe. Mesti cerita ni best kan. nanti nak tengok!!!
ReplyDeletenice review, suka baca review yang santai dan padat macam ni. nak tengok jugalah , suka juga movie indon. cinematography memang cantik kan
ReplyDeletemenarik juga jalan cerita sebab ianya misteri.. masuk dalam list jugalah filem ni hehehe
ReplyDeletecomplicated juga masalah family tapi itulah Pak Budiman tu yang suka cari masalah buat skandal siapa suruh. nampak macam best boleh masuk dalam list :)
ReplyDeleteDah ada ye dalam Disney Hotstar? Nak tengoklah. Suka cerita ada plot twist ni
ReplyDeleteDisney+ Hotstar Indonesia je, Malaysia rasanya tak ada
DeleteMenarik jugak ceritanya, boleh masuk list nak tengok nanti. Kagum betul dengan org yg tengah stress pun boleh buat keje seni nih.
ReplyDeleteOhh wowo...thanks for this detailed movie review here, Siennylovesdrawing already long time didn't Check out & watch Indonesian movie, will watch this. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteTeka Teki Tika, menarik baca review. Mesti best . nanti ada masa boleh tengok Teka Teki Tika
ReplyDeleteThanks for sharing this review, i love this kind of story line and will add it into my to watch list
ReplyDeleteTerima kasih atas reviewnya. Namapk menarik filem ni. Pelakon pun cantik2 belaka. :)
ReplyDeleteFrom nama cerita, dengar macam horror thriller, but then macam komedi pun ada kan.
ReplyDeleteOoo indonesia cite ni yaa.. okay nanti boleh masuk list..
ReplyDelete