Movie Review | Kukira Kau Rumah (2021)

Sunday, 10 July 2022


Pengarah : Umay Shahab
Penulis Skrip : Monty Tiwa, Umay Shahab, Imam Salimy
Pelakon : Prilly Latuconsina, Jourdy Pranata  
Syarikat Produksi : Sinemaku Pictures, MD Pictures
Pengedar : Antenna Entertainment (Malaysia, Singapura & Brunei Darussalam)
Genre : Drama / Psikologi
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan :  
Trailer :


Filem yang ditayangkan di Jogja-NETPAC Asian Film Festival 2021 arahan Umay Shahab ini mengisahkan tentang pertemuan Pram (Jourdy Pranata) dan Niskala (Prilly Latuconsina). Pram menganggap senyuman Niskala terpaling menawan lantas buatkan dia jatuh cinta. Pram yang kesunyian merasa bahagia bila melihat Niskala. 

Kehidupan Pram sebagai pelajar yang bekerja separuh masa di kafe Antologi dihiasi dengan gubahan musiknya yang bersifat indie dan akustik. Dia rasa dunia tak beri peluang untuk persembahkan karya walhal musik dia sama saja genre dengan band pujaan pelajar di kampus tersebut iaitu Amigdala. Niskala saja yang beri perhatian di saat orang lain menghindar. 


Kerana Niskala, dia jumpa kekuatan untuk naik ke atas pentas dan perdengarkan musiknya kepada ramai. Makin rapat mereka berdua makin jatuh cinta jadinya tapi perhubungan mereka dihalang oleh teman rapat Niskala. Dinda (Shenina Cinnamon) merayu supaya tinggalkan Niskala kalau betul sayang. Sama juga dengan Oktavianus (Raim Laode) yang rapat sejak kecil. Kata mereka Niskala tu berbeza dengan manusia normal. 

Memandangkan genre Kukira Kau Rumah bersifat drama dan psikologi jadi penceritaan sangat perlahan. Salah satu kelemahan juga kerana plot naskhah ni tak banyak malah dialog juga minimal. Tak mampu nak faham kesakitan Niskala yang mempunyai sakit mental sejak kecil. Simptom yang ditunjukkan juga tak banyak. Sebab tu juga kisah cinta Pram dan Niskala tu lemah. Chemistry mereka berdua juga kurang menyengat. 


Kalau Niskala rimas dengan kehidupan dia, kenapa Pram tak bawa dia lari jauh dan taarifkan definisi terbang dengan cara lain? Banyak lagi cara lain selain dari literally terbang. Tak tahu lah silapnya pada penulis atau pengarah yang terlampau terhadkan terbang dan kebebasan tu hanya pada satu arah saja. Kalau perlu watak tu untuk mandiri maka biarkan mereka mandiri. Keluar dari kota, kejar impian bersama, ubat kemurungan dengan cinta. 

Naskhah Kukira Kau Rumah tampak lemah bila watak Pram dibiarkan kosong dan tak ada impaknya. Musik dia juga tak meninggalkan kesan kepada sesiapa walhal musiknya bagus. Liriknya mendalam dan puitis terutamanya title track Kukira Kau Rumah tu sendiri. Walaupun Prilly menang pelakon wanita terbaik tapi dia pun tak mampu nak paparkan watak Niskala dengan bagus bila penulis tak kembangkan dengan baik. 



Sayang lah penulis atau pengarah tak acknowledge dan kembangkan lagi masalah mental yang dialami Pram sedangkan dia juga datang dari broken family. Dari awal lagi dia kesepian tanpa teman. I nampak lah musik Pram berubah lebih ceria lepas Niskala datang dalam hidup dia. Dari lagu tentang kehidupan di bawah kerajaan manipulatif bertukar kepada lagu cinta. Tapi kan lebih baik kalau dijelaskan perasaan atau perubahan tu pada monolog atau dialog.

Positifnya, naskhah Kukira Kau Rumah mempunyai mesej tersirat dalam bila Pram yang mencari bahagia pada Niskala kerana luarannya nampak bahagia padahal hakikatnya hidup Niskala pun kusut dan sakit. Kebahagiaan tu terletak pada diri kita sebenarnya. Kalau kita tak mampu bahagiakan diri sendiri jangan lah letak tanggungjawab tu pada orang lain. 


Sama juga dengan babak Niskala bagitahu salah Dedi (Kiki Narendra) bila terlampau mengongkong kerana sakit yang dialaminya. Dia pun tak minta dilahirkan sebagai manusia yang sakit dan berbeza dengan anak yang lain. Dekat situ boleh nampak silap ibu bapa dan stigma dalam masyarakat bila pesakit sakit mental ni perlu dikurung dan dijauhkan dari orang lain walhal mereka pun boleh hidup mengikut definisi normal orang kebanyakan. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10

3 comments

  1. citer psikologi macam ni best layan kalau pelakon dia boleh tunjuk emosi dia melalui ekspresi muka dan body. kalau tidak kita pun termenung juga nak habiskan sebab emosi tu tak sampai..haha

    ReplyDelete
  2. Saya tak habis tengok cerita ni. Habis dekat part tahu perempuan tu mental. Lepastu mcm tak menarik nak sambung kan sebab dia macam nampak ibu bapa yang kurang support betul betul anak dia tu

    ReplyDelete
  3. Sepinggan nasi lauknya ikan,
    Disaji TokWan buat hidangan;
    Ganguanl emosi bukan mainan,
    Kalau tertekan dapatkan bantuan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.