Movie Review | Histeria (2008)

Sunday, 10 July 2022


Pengarah : James Lee
Penulis Skrip :  
Pelakon : Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya, Yana Samsudin, Naftalya, Yuhana Yahya, Norisz Ali, Ainul Aishah, Adi Putra, Vanidah Imran, Adlin Aman Ramli, Kazar Saisi, Ramli Hassan
Syarikat Produksi : Tayangan Unggul
Pengedar : Astro Citra
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 91 minit
Tarikh Tayangan : 18 Disember 2008 (Malaysia) 
Trailer :


Kisah bermula dengan babak geng The Pink Ladies yang terdiri dari 6 sekawan – Alissa (Scha Al-Yahya), Murni (Liyana Jasmay), Junita (Yuhana Yahya), Tini (Naftalya), Marina (Ainul Aishah) dan Kerek (Norisz Ali) yang bergurau dirasuk hantu selepas berkumpul di busut besar yang terletak di dalam hutan, di kawasan belakang sekolah.

Akibatnya mereka berenam didenda untuk bersihkan blok lama sekolah tersebut selama 3 hari pada cuti semester. Semua aktiviti mereka berenam akan direkodkan oleh Zeta (Yana Samsudin), ketua pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Teja. Cikgu Helmi (Adi Putra) dan Ustazah (Vanidah Imran) juga akan menjaga mereka selama 3 hari tersebut.


Tak lama pun untuk mereka berenam diganggu oleh makhluk yang diseru kerana “tuan baru” mempunyai dendam yang tersendiri. Junita pula gatal tangan kacau punjut yang ditanam oleh tukang kebun (Kazar Saisi) di kawasan hutan. Dalam punjut berwarna kuning tersebut ada tulang, rambut dan sirih. Junita minta Murni untuk cari di internet sebagaimana dia mencari mantera menyeru roh sebelum ini. 

Jalan cerita filem Histeria yang dibikin oleh James Lee terbitan Tayangan Unggul ni bersifat straight forward dan pace yang laju. Setiap babak ada isinya yang tersendiri sama da diolah dalam elemen seram mahupun entertainment kerana telatah The Pink Ladies. Main plot yang berkisar tentang jembalang yang mempunyai tuan juga diselitkan sub-plot tentang buli dan juga guru pedofilia menjadikan naskhah ini lebih menarik untuk ditonton. 


Dulu Histeria pernah kena bash sebab ada babak lesbian bila watak Zeta luahkan perasaan pada Alissa. Sama juga dengan Murni yang clingy dengan Alissa atau cemburu tengok kemesraan Zeta. Tapi realitinya macam tu lah kalua duduk sekolah berasrama perempuan, mesti ada yang develop perasaan macam tu. Yang dipaparkan tak teruk pun tapi cun la jugak bila tengok something yang realistik.

Except jembalang dia lah sebab digambarkan sebagai raksasa bergigi tajam ala predator alien. Mungkin sengaja nak tambah rencah supaya nampak menggerunkan ataupun mungkin jembalang memang ada yang macam tu. I tak tahu sebab tak pernah jumpa hshs. 


Sinematografi dari Helmi Yusof kebanyakannya menggunakan warna kelam untuk menghidupkan elemen seram dan misteri. Filem ni tak banyak jumpscare yang tak berkaitan tapi memang bikin saspen lah dalam babak tertentu. I rasa sesetengah scene boleh nampak menarik kalau tak guna close up shot sebab nak tengok reaksi watak lain. 

Ngeri tengok keadaan semua mayat sampai ada yang terburai isi perut. Darah tu nampak real tapi dekat episode hujung dia kelihatan pudar macam air perwarna. Boleh tengok dekat babak Marina di hujung filem ada beza dengan masa dia baru dibunuh oleh jembalang. Ni bukan spoiler tau sebab dekat awal movie pun Murni dah bagitahu semua watak dah mati. 


Semua pelakon dalam filem Histeria ni hidupkan watak yang digalas sebaiknya sebab semuanya nampak natural depan kamera kecuali watak Cikgu Helmi, Detektif Polis (Nam Ron) dan juga watak Pengetua (Adman Salleh). Patutnya bagi je watak Pengetua tu dekat Adlin Aman Ramlie sebab screentime dia pendek je. Kesian betul dia kena marah dengan Bomoh (M. Rajoli) sebab The Pink Ladies buat prank. 

Impressed dengan lakonan Ramli Hassan sebagai pakar psikiatri sebab cara dia jelaskan tentang keadaan Murni yang menghidap Paranoid Schizophrenic tu lancar je. Nampak menarik lah babak tu walaupun sarat dengan fakta sains dan psikologi. Dia muncul sekejap je tapi tinggalkan impak pada penceritaan. 


91 minit rasa puas bila tengok naskhah bermutu dari James Lee dengan penceritaan yang menarik walaupun mungkin idea bukanlah sesuatu yang baru. I saja tengok balik movie ni sebab tengah layan drama Histeria The Series terbitan Astro Originals. Memandangkan drama tersebut sekuel kepada Histeria 2008, jadi nak ambil feel lah dari filem asal. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10

2 comments

  1. Oh, patutlah FJ review movie lama. Baru tahu pasal ada siri Histeria tu.

    ReplyDelete
  2. best juga filem ni memang tak jangka ending dia. baru nak sedih bila kawan dia semua mati rupanya dia yang dok seru benda tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.