Movie Review | Heropanti 2 (2022)

Sunday, 24 July 2022


Director : Ahmed Khan
Writer : Rajat Arora, Sajid Nadiadwala
Cast : Tiger Shroff, Nawazuddin Siddiqui, Tara Sutaria, Amrita Singh
Production Company : Nadiadwala Grandson Entertainment
Distributor : AA Films
Genre : Action 
Running Time : 142 minutes
Release Date : 29 April 2022
Trailer :


Selepas tragedi hitam yang berlaku 2 tahun lepas, RJ (Tiger Shroff) tinggal bersama ibunya, Hema (Amrita Singh) di Yorkshire. RJ mencari kerja baru sleepas gagal sebagai bouncer di sebuah kelab malam terjumpa dengan bekas kekasihnya, Inaaya (Tara Sutaria). RJ berpura tak kenal dengan Inaaya sebab nak lari dari identiti Babloo yang dibuang bersama tragedi tersebut. 

Tak mungkin lah dia dapat buang kalau ramai yang memburu dia terutamanya ahli silap mata yang kejam, Laila (Nawazuddin Siddiqui). Walaupun sudah 2 tahun berlalu namun plan Laila masih belum terlaksana bila dia perlukan data semua rakyat India untuk curi semua wang dalam bank peribadi pada 31 Mac. 


RJ bukan lah manusia biasa ataupun anak yang baik sepertimana digambarkan Hema tapi adalah hacker terhebat yang pernah bolos sekuriti Kerajaan India. Pegawai Azaad Khan (Zakir Hussain) cuba halang RJ dari termakan kata Laila buat kali kedua. 

Penceritaan Heropanti 2 ni tak ada kena-mengena pun dengan installment sebelumnya walaupun tajuk filem sama. Watak Babloo juga diolah sejarahnya walaupun memegang nama yang sama dan berasal dari India. Karakter masih lagi sama, ada masanya cocky, ada masanya buat lawak hambar. 


Tak tahu kenapa Tiger Shroff setia berlakon di bawah arahan Ahmed Khan walaupun dikritik teruk dalam filem Baaghi 2 (2018), Baaghi 3 (2020) dan terbaru, Heropanti 2. Sayang lah nama dan imej dia dikritik kerana skrip yang dangkal. Sudah lah penceritaan lemah, latar masa juga mengelirukan sampai pening mana satu Babloo dan mana satu RJ. 

Menyampah betul kalau Bollywood buat watak hacker, mesti nak acah tangan laju hack sistem lepastu tempek sebesar skrin bila berjaya masuk sistem. Gigih sangat buat skrin untuk coding sampai naik setinggi atap. Tak boleh relax betul, dia lah terpaling hacker dalam dunia ni. 


Action stunt dah cantik sebab movement Tiger yang sharp dan semuanya nampak natural sebab Tiger lakonkan sendiri. Malangnya visual dengan kesan CGI mencacatkan penceritaan. Banyak Sajid Nadiadwala laburkan untuk filem Heropanti 2 ni sebab props yang dia guna pun kereta mewah berjenama. Belum masuk tengah cerita pun dah rasa macam Sajid Nadiadwala nak cuci duit melalui filem aksi ni.

Kalau dulu orang kutuk lakonan Tiger sebagai kayu, sekarang Sajid buktikan yang Tara Sutaria lagi teruk daripada tu. Watak dia bimbo dan sepanjang kemunculan dia cuma berlakon jadi cantik dan seksi. Dalam trailer pun dah nampak tapi mana lah tahu full movie bearable nak tengok rupanya tak. No wonder lah ramai yang cakap 0 pun terlampau murah hati untuk rating filem ni. 


For sure A.R. Rahman dapat bayaran tinggi untuk buat music album Heropanti 2 sebab lagu yang dimasukkan semuanya menarik tapi timing dia off teruk. Lepas bawak keluar peluru dari punggung terus pergi parti zombie. Jangan sembang lah masa peluru dekat punggung tu, RJ mampu buat apa. Kena serang dengan bom tangan bersepah kiri kanan pun dia steady keluar dari longgokan batu. Smartphone dia pun elok je berfungsi. 



Rasanya yang join penggambaran filem ni sebab nak dapat duit lepas tak dapat job dek Covid-19 sebab Nawazuddin yang bagus berlakon tu pun tak dapat watak yang solid. Lakonan dia tetap mantap cuma tampak lemah sebab skrip memang macam tu. Mungkin dia ada improvise tapi buat apa beria nak buat kerja ye dak? 

Sedih lah career Tiger jadi macam ni sebab dia ada potential untuk jadi lebih besar kalau cari skrip yang bagus. Nasib baik lah ada Vidyut yang memang perform tiap tahun walaupun filem dia lebih kurang sama dan predictable tapi dia ada lah juga bring something new to table. 

1. Team Production +0.2, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.3/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.