Production Company : T-Series, Benaras Media Works
Distributor : AA Films, Netflix
Genre : Action / Thriller
Running Time : 147 minutes
Release Date : 27 May 2022
Trailer:
Menggunakan tema geopolitik, Anubhav Sinha mengangkat permasalahan yang wujud di bahagian Utara-Timur India sejak berdekad lamanya. Kumpulan separatist yang diketuai oleh Tiger Sangha (Loitongbam Dorendra) mempunyai pengikut yang ramai di kawasan tersebut tampil ke pejabat Menteri untuk capai kata sepakat berhubung permintaannya untuk keluarkan kawasan tersebut dari negara India.
‘It’s Indian people. And it’s government. Diversity is not acceptable to you. You call us “Chinkis”. You call Kashmiris as Pakistanis, “Khalistani”, Naxalites”, etc. Local identity? You people don’t like it. In your definition, all Indians must be of the same color. That’s not a diverse democracy.’ – Tiger Sangha
Di mata Tiger Sangha, kerajaan India tak menjaga rakyatnya dengan baik dan memberi layanan yang teruk. Disebabkan itulah juga dia mengugut untuk keluar dan fahaman ini disebarkan sejak sekian lama. Aman (Ayushman Khurrana) alias Joshua adalah watak penting yang memantau kawasan tersebut dalam operasi undercover oleh Kementerian.
Kerana operasi tersebut, dia menubuhkan kumpulan Johnson atas arahan pihak atasan yang bertujuan untuk menekan puak pemberontak Long Tiger. Malangnya puak yang ditubuhkan tersasar dari matlamat asal dan bergerak sendiri dengan menentang manifesto keamanan yang dicanangkan oleh Kerajaan.
Dalam masa yang sama Aman bercinta dengan Aido (Andrea Kevichüsa) untuk dapat maklumat tentang ayahnya, Wangnao yang merupakan orang kuat dalam Johnson. Aido tahu mengenai perjuangan ayahnya tapi dia juga mempunyai perjuangan sendiri dengan melayakkan diri menjadi wakil negara India untuk sukan tinju.
Kena lah dengan tagline filem Anek – Jeetega Kaun? Hindustan! (Siapa yang akan menang? India!). Kawasan yang menjadi latar tempat utama dalam naskhah Anek tidak didedahkan lokasinya. Hanya menggunakan ‘kawasan tersebut’ setiap kali muncul dalam perbincangan mana-mana watak dalam babak tertentu. Tajuk filem juga unik kerana aNEk tak ada makna. NE merujuk kepada North East manakala A dan K berkemungkinan besar ialah Aman atau Ayushmann Khurrana sebab dia watak utama.
Naskhah Anek agak berat dengan ideologi dan perbahasan yang dicanangkan dari awal hingga ke hujung filem. Tiada hitam ataupun putih mahupun siapa yang benar dan siapa yang salah dalam naskhah Anek. Yang ada persoalan demi persoalan melalui perbahasan dan monolog dalaman. Beberapa babak menjadi medium untuk membincangkan persoalan berat tentang politik dan kehidupan. Dialog Anjaiah Bellamkonda (J.D. Chakravarthy) mengenai keamanan yang bersifat subjektif ataupun perbualan Aman dengan Abrar (Manoj Pahwa) tentang suara rakyat. Persoalan tentang kemenangan yang diraikan pun menarik perhatian juga.
‘Peace is a subjective hypothesis, Thomas. One man’s peace could be another man’s chaos.’ - Anjaiah Bellamkonda
Watak Niko mungkin adalah hasil dari pergelutan antara 3 pihak tersebut di mana anak muda menganggap perjuangan dan pemberontakan adalah sesuatu yang mengujakan. Babak dia cuba provok askar dengan melempar batu ataupun babak dia ingin menjadi penonton paling hadapan ketika bom meletup digambarkan dengan cemerlang bagaimana sesebuah perjuangan tersasar dan menjadi lemah.
Lepas bekerjasama dengan Anubhav Sinha dalam filem Article 15 (2020), kali ni Ayushmann diberi kepercayaan dengan tanggungjawab lebih berat sebagai undercover agent. Dekat awal filem dia nampak seperti seorang yang licik untuk mengawal keadaan yang terjerat dalam kemelut geopolitik tapi semakin filem bergerak, dia semakin keliru dan menimbulkan pertanyaan besar tentang pegangan dia sendiri.
Watak Aido dan semangat dia kurang menarik perhatian untuk dijadikan subplot dalam Anek. Lebih menarik kalau Anubhav Sinha cuma focus pada pergelutan Kerajaan India, puak Long Tiger dan Johnson. Subplot sukan tinju taka da plot penting, tak meninggalkan impak mahupun mempunyai plot twist menarik. Dari awal dah boleh tahu Aido akan menang dan mewakili India. Lain lah kalau kemenangan dia tak diterima dari awal filem lantas menjadikan watak Aido seorang rebel dan menyokong perjuangan Johnson.
Editing antara kelemahan besar yang mencacatkan cerita bila ada babak yang draggy dan ada pula yang dipotong sampai menimbulkan tanda tanya. Durasi Anek agak panjang terutamanya pada second half. Soundtrack juga passable.
Naskhah Anek mungkin akan jadi lebih kuat sekiranya Anubhav Sinha ceritakan dengan jelas mengenai punca terjadinya sifat rasis kepada penduduk Utara-Timur sejak zaman British. Masalah dalam filem Anek lebih kurang dengan masalah negara kita lah bila British wujudkan sistem pecah dan perintah. Sampai sekarang terkesan dengan sistem tersebut dan digunakan sebagai propaganda bebrapa pihak untuk kepentingan peribadi.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.2/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
berat jugak filem ni.
ReplyDelete