Mee Udang Banjir Kuala Selangor

Thursday, 21 July 2022

 

Dah 13 tahun duduk Sabak Bernam tapi kalau lalu Kuala Selangor untuk balik ke Segamat ataupun Subang tak pernah lah menyinggah makan dekat mana-mana kedai. Bukan tak makan tapi dekat Sabak Bernam pun ada mee udang jugak dekat Pantai Bagan Nakhoda Omar tu. 

Minggu lepas masa nak balik tu teringin pulak nak makan mee udang sebab dah lama tak makan. Nak pergi B.N.O pun macam dah tak sempat sebab sekejap je stay dekat rumah. Tengok jalan macam sesak je, jadi singgah lah terus makan malam dekat Mee Udang Banjir Kuala Selangor ni. 

Kawasan restoran dia luas, nak parking pun senang. Restoran dia tak lah fancy mana pun, macam kedai biasa je tapi bila tengok dekat bahagian kaunter boleh nampak la board Jalan-Jalan Cari Makan. Kalau makan masa matahari terpacak tu memang menangis rasanya sebab kedai ni open air. Kipas pun tak banyak. Orang kampung okay je lah nak makan, orang bandar macam I yang selalu duduk dalam aircond ni memang berpeluh sakan. 

Masa kitorang nak order tu waiter dah bagitahu awal-awal udang harimau dengan udang galah dah habis. Yang ada udang laut je tapi besar lah saiz dia. Dah sampai dah kan, order je lah apa ada. So I order mee udang laut banjir, adik I order mee goreng udang laut. Tak lama pun nak siap sebab memang signature dish dekat sini. 


Terliur terus tengok mee udang banjir dia sebab bau dia wangi. Resipi mee udang ni pun wujud dari tahun 2005, kira resipi turun-temurun. Bukan senang lah nak dapat dekat mana-mana kedai. Mee udang ni kena la dengan selera I sebab dia tak pekat sangat dan tak ceroi sangat. Just nice je dekat tekak. Udang dia pun fresh dan besar. Semangkuk tu mengah jugak lah nak habiskan walaupun tak hirup kuah sangat sebab tak nak terlampau kenyang. 

Mee goreng udang laut tu kureng sikit sebab dia letak banyak kicap. Kalau yang suka mee goreng yang banyak kicap tu boleh lah kot order. Tapi dah datang restoran mee udang banjir kan, order mee udang banjir lah. 


Kitorang order teh ais dengan laici kang tapi cannot go sebab air dia terlampau manis. Teh ais pun banyak susu sejat dari teh. Kalau nak makan dekat sini lepasni I bawak air sendiri je haha. I ada niat nak datang lagi sebab nak makan udang harimau hshshs

6 comments

  1. Dulu makan Mi udang Mak Jah je.. ada dekat Mi ni dekat Kuala Selangor boleh la cuba

    ReplyDelete
  2. Salam. Nampak betul banjirnya udang. Bila2 kita pi Kuala Selangor boleh cari tempat nie.

    ReplyDelete
  3. air manis sangat mmg turn off huhu

    ReplyDelete
  4. Uishhh, kalau manis bebenor, memang tak lah rasanya nak minum... tapi udang tu nampak sedappp sangat 🤩 Memang kena repeat lerr gini.. heheh

    ReplyDelete
  5. Kakak saya pun dok Sabak Bernam. Kg kat Segamat. Pernah juga dia bawak makan kat resto BNO tu. Sekali je lah pernah makan situ. Sedap! Puas hati dengan mi udangnya. Yang penting udang fresh.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.