Lifestyle Collective by I Love Bazaar, MyTown, Cheras

Sunday, 31 July 2022

 

Lepas lunch dekat 15 May cafe semalam ternampak ada bazaar dekat ruang depan IKEA, di lobi LINK. Alang-alang nak masuk IKEA, kitorang singgah la kejap tengok apa ada dekat Lifestyle Collective by I Love Bazaar ni. Bazaar dia tak besar pun tapi banyak juga la gerai yang turut serta. Ruang untuk satu bazaar pun kecil je, cukup lah untuk display semua barang niaga. Kalau tak cukup, boleh belek social media diorang ye dak?



Mana-mana bazaar pun haruslah ada tudung dan pakaian. Dekat sini ada Kesum.co & Empat Bunga. Brand ni kan brand kepunyaan Sharifah Rose tu? Berdekatan dengan booth ni ada jual aksesori anting-anting dengan bracelet. Since I tak pakai anting-anting maka terpaksa lah tengok je. Nak beli untuk birthday Kak Nora pun lambat lagi sebab birthday dia bulan 10. 






Selalu nampak patung seni KAWS ni tapi tak pernah minat pun la untuk beli sebab tak ada tempat pun nak letak dekat rumah. Harga dijual di bazaar ni RM55 tapi tak tahu untuk saiz yang mana satu. Harga termasuk aksesori dan warna. Cantik jugak lah seni corak dekat patung KAWS ni sebab gabungan warna dia menarik - hitam, putih, coklat teh tarik. Ke dia terinspirasi dengan milk tea boba ek? 


Berhadapan dengan KAWS ni ada booth jual telekung tapi telekung dia keluar dari telekung warna putih. Dia guna kain motif bunga ataupun corak batik. Material telekung ni lembut sangat, sejuk pulak tu. Next time pergi nak beli lah sebab semalam lupa nak singgah balik. Telekung dekat rumah dah tunggu masa dah. 


Berkenan dengan telekung warna biru ada corak bunga daisy ni. Kalau keluar jalan-jalan bawa telekung ni pun tak rasa berat sebab kain dia jenis ringan dan flowy. Kain gelap ni senang bila solat sebab tak nampak bayang kalau seluar atau kain kotor. 


Of course dekat bazaar ni ada jual makanan juga tapi kitorang tak beli atau merasa pun sebab baru lepas makan. Nak makan tester pun perut dah penuh sangat. Next time nak try rasa scones yang famous dalam Kampung People 2 tu. 



Ada juga peniaga yang jual essential oil candle handmade dengan garga RM29.00. Candle holder yang cantik-cantik tu berbeza harganya. Tapi jar yang seller guna tu pun dah cantik kalau untuk jadikan hadiah ataupun hiasan dalam bilik. Sejenis perangai beli candle untuk jadi hiasan bukannya untuk nyalakan hshs

Dekat hujung bazaar ni ada peniaga jual Kunafa dengan harga RM10 satu pek. Nampak macam chef Arab sebab peniaga tu macam arabian. Ye ye je kan tembak rambang, sekali dia Pakistan hshs. Like I said earlier, I tak pergi pun merasa tester sebab dah kenyang. Next time kalau ada lagi nak try beli sebab tak pernah lagi makan Kunafa walaupun ramai yang dah tergilakan makanan signature Arab ni. Macam manis sebab ingredient dia banyak bahan yang manis. 

Anyway siapa yang dekat dengan MyTown boleh la pergi ke Lifestyle Collective Bazaar ni pada 24 dan 25 September 2022 nanti. 

3 comments

  1. Bazaar yang menarik.. Kunafa tu teringin juga nak rasa..

    ReplyDelete
  2. Berkenan pula tengok telekung bercorak begitu...

    ReplyDelete
  3. tengok ni teringat mama dulu mmg suka window shopping tempat2 macam ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.