‘GAH BERNADA KAH KAH KAH’; TEMA KESULTANAN MELAYU MELAKA MEWARNAI MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MUSIM KE-3

Thursday, 14 July 2022

‘GAH BERNADA KAH KAH KAH’; TEMA KESULTANAN MELAYU MELAKA MEWARNAI MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MUSIM KE-3 | Tampil pelbagai personaliti hebat termasuk pelakon, pelawak, penyanyi serta KOLs sensasi dari pelbagai negara. 

Lawak  berelemenkan  rumpun  Melayu  menjadi  nadi  kepada  Muzikal Lawak  Superstar  musim  ke-3  kali  ini.  Apatah  lagi  gimik  yang  dilakukan  baru-baru  ini  mencerminkan nada  dan  tema  rancangan  realiti  popular  yang  menggabungkan  muzik,  lakonan  dan  komedi  lantas menyatukan  penyanyi,  pelawak,  pelakon  serta  personaliti  media  sosial  untuk  menjayakan persembahan setiap minggu.  

Sukses  yang  dikecapi  musim-musim  terdahulu  melihatkan  kemahuan  para  penonton  untuk menyaksikan para selebriti melebarkan sayap mereka ke bidang-bidang yang boleh dianggap sebagai bukan comfort zone masing-masing.  

12 kumpulan sudahpun dipilih untuk memulakan cabaran sengit yang pastinya akan mewarnai malam Jumaat  para  penonton  Astro.    Antara  keunikan  yang  diserapkan  adalah  penglibatan  KOLs  ataupun personaliti media sosial mengambil bahagian sebagai peserta. Gandingan unik ini menggegarkan lagi gabungan  ‘otai’  bersama  generasi  muda  yang  pastinya  bakal  mengujakan  peminat-peminat  komedi tanah air mahupun Nusantara.  

Musim ini memperkenalkan muka-muka baharu seperti Aya Amiruddin, Puspa Gomen, Qody Rani, Shidi Data dan DD Chronicle. Wajah-wajah dari luar negara turut mewarnai musim ini dengan kehadiran Sarip dan Amin dari Indonesia serta Kinjo dari Jepun. 

Nama-nama  regular  seperti  Roy  Azman,  Ali  Puteh,  Achey  serta  penghibur  terkemuka  negara,  Shiha Zikir turut kembali untuk memeriahkan lagi suasana musim ini.

Mengekalkan susuk figura yang cukup versatil dalam industri seni tanah air, Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom sekali lagi akan berperanan sebagai hos Muzikal Lawak Superstar. Beliau bakal digandingkan dengan hos baharu yang akan diperkenalkan pada konsert pertama kelak.

Manakala barisan juri masih diketuai Dato’ Awie yang akan didampingi muka-muka baharu termasuk pelakon dan model tersohor, Siti Saleha dan personaliti serta hos Singapura popular, Najip Ali. Shah Nizam atau lebih dikenali sebagai Shah Slam akan menggalas peranan sebagai Pengarah Muzik.  

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150, 000, naib juara pula akan meraih RM RM75, 000, tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing akan menerima RM50, 000 dan RM25, 000.

Muzikal  Lawak  Superstar  musim  ke-3  akan  berlangsung  selama  sepuluh  (10)  minggu  dan  bersiaran secara  langsung  dari  Dewan  Sri  Putra  Bukit  Jalil  mulai  22  Julai,  setiap  Jumaat,  jam  9.00  malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.   Dapatkan Pek Primary Astro serendah  RM59.99  sebulan  secara  online  di  astro.com.my  untuk  menikmati  rancangan  realiti  ini  di Astro. 

Saksikan juga MLS3 Live+ yang dihoskan oleh Jiggy dan Elly Arifin menerusi Facebook serta YouTube Gempak setiap hari Jumaat pada jam 8.30 malam.  

FORMAT RANCANGAN

12 kumpulan yang terdiri daripada kombinasi pelawak, selebriti serta KOLs akan bersaing untuk meraih kejuaraan komedi muzikal yang terhebat di Malaysia.  

Cabaran mingguan akan diberikan berdasarkan lokasi dan peserta-peserta harus menyediakan persembahan mereka denga apa yang ditetapkan. Peserta-peserta diberikan kebebasan untuk menghasilkan karya mereka dengan apa jua jalan cerita namun penceritaan sketsa mereka haruslah berlatarbelakangkan lokasi tersebut.  

Pemenang mingguan diberikan peluang untuk memilih MYSTERY REWARD termasuk pemilihan live props, giliran persembahan, satu star advance dan giliran komen daripada juri. Manakala kumpulan yang tersenarai sebagai bottom 3 perlu mempersembahkan lagu denda yang akan ditetapkan. 

Selesainya setiap persembahan, pihak juri akan memberi komen dan STAR (Bintang) untuk persembahan mereka. Bintang maksimum adalah 5 untuk setiap juri bagi setiap persembahan. Penjurian pihak juri merangkumi 50% daripada permarkahan keseluruhan. 

Manakala 50% yang selebihnya datang daripada undian dalam talian. 20 kredit diberikan untuk setiap pengundi bermula hari Sabtu hingga Khamis dan 50 kredit akan diberikan kepada mereka pada hari Jumaat. Pengundi boleh melayari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.  

Kesemua markah juri dan undian dalam talian akan dijumlahkan untuk menentukan pemenang mingguan serta bottom 3. Kumpulan yang mendapat markah terendah akan disingkirkan. 

SENARAI PESERTA MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2022 

1.  KUMPULAN BAHROY : NIZAM JENTIK JENTIK, SHASHIC IEWAN & ROY AZMAN 

2.  KUMPULAN OOD: MAN RL, CHIWAN & ZAHID 

3.  KUMPULAN ARTEH: HAS, DEWA & QODY 

4.  KUMPULAN BENJO : NOXX HAZWAN, FILZAH AZMI & KINJO 

5.  KUMPULAN SOBAT: CHE MAT, NAJUA P. RAMLEE & DD CHRONICLE 

6.  KUMPULAN WISEL : WAN GEGAU, SALMAN AL-FARISI & ISKANDAR NORZAMAN 

7.  KUMPULAN ABIOSO : SARIP, AMIN & PUSPA GOMEN 

8.  KUMPULAN NGAM : ACHOK CHILOK, WAN WALA & AYA AMIRUDDIN 

9.  KUMPULAN UBI : FAD BOCEY, SHARIF ZERO & NAME 

10.  KUMPULAN JOKI : GOMOK GAHAI, FUAD NASIRR & BEBY ACHA 

11.  KUMPULAN SELIT : AJO, AZMIR AZIZ & SHIDI DATA 

12.  KUMPULAN CILI: ALI PUTEH, ACHEY & SHIHA ZIKIR 

KENYATAAN RASMI PENGURUS SALURAN ASTRO WARNA, IDLAN ZAHARI 

“Keunikan utama yang menjadi paparan untuk musim ketiga Muzikal  Lawak  Superstar  adalah  kepelbagaian  dalam pemilihan  peserta-peserta.  Ramai  muka-muka  baharu  yang bukan  berasal  daripada  industri  hiburan  digandingkan dengan  muka-muka  otai  dan  senior  baik  dari  segi  dunia lakonan mahupun dunia komedi.  

Pemilihan  muka-muka  baharu  ini  melambangkan  kemahuan saluran  Astro  Warna  dalam  menarik  golongan  muda  ke saluran kami. Demografik ini amat penting untuk pihak kami dalam  mengembangkan  sasaran  penonton  di  Astro terutamanya untuk genre komedi atau sketsa komedi secara khususnya.  

Malah  kebanyakkan  muka-muka  fresh  ini  merupakan golongan  content  creator  atau  personaliti  media  sosial  berpengaruh  yang  mempunyai  pengikut- pengikut  dari  generasi  yang  kami  sasarkan.  Kami  berharap  agar  penampilan  golongan  ini  mampu menarik minat generasi sasaran kami untuk menonton kandungan-kandungan hebat yang dipaparkan menerusi Astro Warna.  

Kepelbagaian mahupun diversiti diteruskan lagi dengan pembabitan peserta-peserta dari luar negara termasuk dari Indonesia dan Jepun. Sudah semestinya bagi peminat-peminat Muzikal Lawak Superstar tidak sabar untuk melihat bagaimana mereka  menyesuaikan diri dengan lenggok komedi serta aura persembahan di negara kita terutamanya Kinjo yang berasal dari Osaka, Jepun.  

Selain  daripada  muka-muka  baharu,  musim  ini  turut  melihat  kemunculan  cucu  kepada  Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam meneruskan legasi keluarga yang berbakat besar dalam pesada  dunia  hiburan.  Sesungguhnya  pihak  Astro  tidak  sabar  untuk  melihat  Najua  P  Ramlee meneruskan legasi keluarganya di pentas kami.  

Pemenang Anugerah Top Top MeleTOP Wanita untuk Anugerah MeleTOP Era 2021, Shiha Zikir turut kembali untuk bersaing pada musim ini. Shiha sememangnya tidak pernah menjauhkan diri daripada cabaran-cabaran  termasuk  menyertai  program  realiti  muzikal.  Beliau  merupakan  seorang  artis  yang mempunyai sikap ingin mencuba dan mahu membuktikan kemampuan dirinya walaupun ramai sudah mengiktirafnya sebagai antara penghibur yang versatil di negara kita. 

Jika  ada  yang  perasan  baru-baru  ini,  sekumpulan  ‘bangsawan’  kelihatan  berjalan-jalan  di  sekitar  ibu negara termasuk LRT KLCC serta ruangan makan di kompleks membeli-belah terkemuka negara, Suria KLCC.  Yang  menariknya,  mereka  bertutur  dalam  Bahasa  Melayu  klasik  serta  berbusana  ala  zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bagaikan blast from the past, ramai tertanya-tanya siapakah mereka dan apakah yang mereka lakukan?  

Sesungguhnya  hari  ini  merupakan  jawapan  kepada  semua  pertanyaan  di  ruangan  media  sosial.  Ya, gimik yang dilakukan adalah untuk Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 dan saya ingin mengucapkan syabas kepada semua pihak terlibat yang menjayakan pelaksanaan gimik tersebut. Saya sendiri turut menerima mesej mahupun pertanyaan yang sama, namun jawapan saya pada waktu itu ‘Tunggu dan lihat di Astro Warna pada 22 Julai kelak.’  

Saya  ingin  mengambil  kesempatan  ini  untuk  mengucapkan  setinggi-tinggi  penghargaan  bagi  pihak Astro kepada penaja utama kami, Oppo yang sudi menaja musim terbaharu ini. Sesungguhnya, saya berharap agar kolaborasi ini berkekalan dengan jayanya.  

Akhir  sekali,  ucapan  terima  kasih  ingin  saya  lafazkan  kepada  semua  pihak  produksi,  barisan  artis, pengurusan serta tenaga kerja yang bakal menjayakan rancangan realiti komedi muzikal ini yang akan bersiaran langsung bermula pada minggu hadapan.  

Kami  tidak  sabar  untuk  meneruskan  kecemerlangan  rancangan  LIVE  yang  berunsurkan  komedi, sekaligus  meneruskan  kejayaan  Maharaja  Lawak  serta  musim-musim  terdahulu  Muzikal  Lawak Superstar. Kami berharap edisi kali ini akan mengujakan para penonton  Astro dan peminat-peminat komedi tempatan.”  

HADIAH KEMENANGAN MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2022 

Juara : RM 150,000 dan sebuah trofi 

Naib Juara: RM 75,000 dan sebuah trofi 

Tempat Ketiga: RM 50,000 dan sebuah trofi 

Tempat Keempat: RM 25,000 dan sebuah trofi 

MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2022  

Facebook Rasmi - Portal Zon Lawak

Tanda Pagar Rasmi - #MuzikalLawakSuperstar #MLS3

Instagram Rasmi - @ZonLawak 

1 comment

  1. Wah! banyak muka baharu DD chronicle ada content creator pun ada nak tengoklah nanti

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.