Pengarah : Osman Ali
Penulis Skrip : Naza Manas
Pelakon : Mimi Lana, Farid Kamil, Halim Radzi, Dayang Areeda, Aishah Ilias, Aleza Shadan, Fahmy Reza
Syarikat Produksi : Nuansa Sdn. Bhd
Penyiaran : Neverstar Films Sdn Bhd, TV3 (Slot Akasia), WeTV
Genre : Drama / Cinta / Konflik / Keluarga
Jumlah Episod : 16 Episod (42 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 2 Jun 2021 – 23 Jun 2021
Teaser :
Masa sekolah dulu pernah baca novel Masih Ada Rindu karya penulisan Mimie Afinie sebab novel bertemakan cinta ni diterbitkan pada tahun 2004. Bila ada drama Masih Ada Rindu tergerak hati jugak lah nak tengok sebab novel tu best. Adik-beradik kembar yang suka dengan perempuan yang sama.
Ika (Mimi Lana) berkahwin dengan Luqman Hakim (Farid Kamil) walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha (Aleza Shadan). Tentangan tu lebih pada disebabkan tak suka anak dia berkahwin masa belajar. Lagipun Zaleha suka kalau Ika berkahwin dengan Imran (Halim Radzi) yang memang berkawan dengan anaknya sejak zaman sekolah walaupun Imran pernah cekik dia disebabkan perangai baran.
Tak lama pun usia perkahwinan Ika dengan Hakim bila ajal menjemput semasa mereka berbulan madu. Bila Luqman Hadi (Farid Kamil) balik ke Malaysia dan jaga Ika dengan Adam, hati Ika terbuka sekali lagi untuk berkahwin. Zaleha sengaja cipta konflik antara anak dan menantu supaya Ika berkahwin dengan Imran.
Makin kusut rumahtangga mereka bila Nasha (Dayang Areeda) juga mula mengganggu Hadi supaya Imran cemburu. Ika pula keliru dengan hati sendiri sama ada dia rindukan Hakim ataupun betul-betul sayang dengan Hadi.
Lama juga ambil masa untuk habis tengok drama Masih Ada Rindu sebab tak gemar sangat dengan olahan Osman Ali. Watak Hadi dan Hakim pula digalas oleh Farid Kamil. Nak kata pengarah suruh dia ikut skrip sepenuhnya, tak juga sebab pelakon lain semuanya boleh get into character especially Aleza Shadan.
Mungkin sebab dia terlampau kaku untuk genre drama romantik kot. Kalau dia berlakon genre action elok je dia deliver. Nasib baik lah Mimi Lana memang pandai berlakon, tak lah rasa mendatar je scene diorang. Ayat romantik ni memang lah cringe nak sebut tapi tengok drama Korea, Hindustan, Hollywood elok je hero hembus sebab diorang in character. Kita pun jadi terbuai sama bila tengok. Babak Imran sembang pasal perasaan dia terhadap Nasha pun elok je Halim Radzi deliver tapi Farid nampak keras.
Nasib baik lah sub plot Nasha dengan Imran agak kuat dalam drama ni. Sebelum ni dah pernah tengok lakonan Dayang Areeda dalam drama Mr. Bibik (2021) jadi tak hairan lah kalau dia boleh lakonkan watak Nasha yang posesif dan pendendam. Cara dia hasut Hadi menjadi betul nak pula kalau cakap Hadi bodoh sebab percayakan Ika.
Jalan cerita drama Masih Ada Rindu lebih kurang sama dengan drama tipikal yang lain. Pasangan suami isteri main tarik tali lepastu ada salah faham. Ada orang ketiga yang kacau sampai lead pairing bergaduh.
Ada juga penulis masukkan kepercayaan syirik dengan kesihatan mental terjejas untuk tambah pengajaran tapi tak suka babak keluarga Ika berbincang pasal masalah rumah tangga. Masa tu Wani (Aishah Ilias) kata perkahwinan dia takkan ada masalah bila ada anak padahal suami dia memang gatal dan baran.
Drama Masih Ada Rindu ni berlatarkan beberapa kawasan cantik di Terengganu sebab tu kebanyakan rumah cantik dengan senibina masyarakat setempat. Rumah Nasha dengan Ika pula dekat dengan kawasan perairan. Resort tempat Imran beekrja pun cantik sebab ada kawasan pantai berpasir yang cantik. Syok lah Ika dengan Hadi boleh stargazing tiap malam.
Soundtrack drama ni pun guna lagu Nukilanku - Aisha Retno dan Cinta - Marsha Milan yang sesuai dengan jalan cerita. Editing je lah kadang-kadang macam tak cantik sangat hasilnya. Dekat hujung macam rushing sangat nak tutup cerita Imran dengan Nasha ataupun Wani dengan Badrul. Kenapa Imran muncul tapi tengok dari jauh je pun tak faham padahal tak perlu datang pun tak apa.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing + 0.5 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.4/10
Dah lama tak blogwalking sini :)
ReplyDelete