Pelakon : Nazim Othman, Nadia Brian, Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham, Azri Iskandar.
Syarikat Produksi : Astro Shaw, Skop Productions
Penyiaran : Astro Citra
Genre : Drama / Thriller
Jumlah Episod : 8 Episod (40-45 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 11 April sehingga 30 Mei 2022
Trailer :
Berlatarkan industri perfileman di mana syarikat Wira Entertainment sebagai penerbit yang gah dipelopori oleh Tan Sri Dhameer (Ridzuan Hashim). Namun dek kerana kesihatannya yang kian merosot, dia umumkan untuk bersara dan akan melantik chairman baru.
Tak senang duduk semua orang terutamanya Delaila (Nadia Brian) kalau usaha kerasnya tersia bila Darius (Nazim Othman), anak sulung yang ambil takhta tersebut. Walaupun Darius bukan anak kegemaran Tan Sri dan Puan Sri Lily (Ning Baizura) tapi semua pekerja atau pihak lain senang bekerja dengan Darius kerana kreativitinya. Semua filem yang diterbitkan oleh Darius mendapat sambutan hangat di box office.
Dharma (Izzy Reef) yang baru saja habis belajar juga pulang dengan kekasihnya, Natalie (Nia Atasha) dipujuk untuk menjadi pengarah di Wira Foundation. Susah untuk menolak arahan keluarga tapi susah juga untuk sesuaikan diri untuk tinggal di Malaysia bila Natalie tak diterima bekerja sebagai model kerana fizikalnya.
Naskhah drama arahan Kroll Azry mungkin memaparkan tema yang segar iaitu perebutan kuasa namun lemah pada penceritaan untuk menghidupkan drama dari pelbagai pihak. Sepanjang 8 episod tak diceritakan dengan baik setiap watak penting termasuklah Darius dan Delaila sendiri. Dua adik-beradik ni nampak seperti watak yang kuat tapi tak mampu berdiri tanpa bantuan papa. Sama juga lah dengan Dharma yang berani melawan cakap tapi apartment pun papa yang beli.
Dari episod pertama suka dengan watak Delaila dan Puan Sri Lily sebab kuat dalam dunia mereka yang sentiasa diperalat oleh kaum lelaki walaupun kaum tersebut datang dari keluarga sendiri. Kesian betul dengan watak Puan Sri Lily sebab dapat menantu tak semenggah macam Emma (Alicia Amin) dan bakal menantu pemalas macam Natalie. Dah la anak-anak bawa masalah, menantu pun sama level je. Puas hati sangat bila dia tampar Emma dan bagi nasihat ‘Natalie sayang, jangan bodoh!’. Berbaloi lah Ning buat homework dari pelbagai sumber sebab lakonan dia padu.
Nak sembang pasal sinematografi dari Zulkefli Mat zin memang menarik lah dengan drone shot kota Kuala Lumpur di waktu malam dan keindahan visual dalam babak lain. Ada lah beberapa babak yang nampak lebih menarik kalau guna wide shot instead of close up.
Wardrobe team pun mainkan peranan bila menambahkan impak pada karakter setiap watak. Props team lah yang bermasalah sikit macam babak yang melibatkan duit tu nampak benar duit palsu sebab material keras. Baju kemeja putih Dharma masa dia bincang pasal majlis kahwin dengan Natalie pun beria betul comot dengan watercolour sampai ke belakang.
Soundtrack lagu Kuasa dari Joe Flizzow dengan Azlan & The Typewriter lah agak annoying sebab dia dah cantik guna Bahasa baku tapi bila chorus, dia sebut kuase. Kalau sebut kuasa boleh tinggalkan impak yang kuat pada lagu. Tapi ni personal opinion je lah.
Tak tahu lah team production akan kekalkan penulis yang sama kalau ada sekuel nanti tapi seeloknya cari yang kreatif lahirkan elemen drama dan thriller lah. Sayang dah ada barisan pelakon yang bagus dalam drama Kuasa terbitan Astro Originals dan Skop Productions tapi penulisan pula lemah. Buat plot twist sana sini lepastu terbabas. Menyedihkan juga lah sebab paparkan industri sendiri pun tak mampu come up dengan naskhah yang mantap.
Patutnya kisah cinta Arman dengan Delaila tak patut ada. Watak Emma pun patut dikurangkan sebab merepek. Lakonan Alicia Amin pun lemah dan tenggelam bila ada pelakon senior dalam babak yang sama. Watak Tan Sri Aziz merepek masa dekat episode last tu. Watak tak penting tapi tiba-tiba ada plot twist lepastu drag cerita dengan kecuaian sendiri.
Kecewa bila tengok dari awal dok build up rasa teruja nak tengok level singa Puan Sri Lily tapi dia tahap kucing daring je. Dengan watak picisan beria lah tapi bila manage syarikat habis tunggang-langgang.
Sama lah dengan Darius yang kononnya licik dan hebat tapi bila wife lari mula cari dadah dengan arak. Rasa nak kutuk berguni sebab watak Emma tu negatif dari awal sampai habis tapi Darius ni macam kena makan nasi kangkang. Kenapa dia tak mampu nak track Emma dekat mana pun kelakar. Emma nak bunuh mak dia pun dia boleh maafkan padahal duduk villa tu pun papa dia yang hadiahkan. Okay je kalau dia nak ambil hadiah papa tapi lebih padu lah kalau dia bagitahu papa dia hadiah ni sebab hasil usaha dia untuk Wira Entertainment.
Sama lah dengan babak dia mandi kononnya nak move on. Ingatkan babak dia mandi dalam shower tu sebagai simbolik dia buang diri dia yang lama and start over rupanya setakat mandi je. Lepastu meroyan balik cari bini dekat mana. Apooooo! Kalau tengok drama ni memang banyak lah perbuatan setiap watak yang menjadi persoalan. Too easy to execute and too easy to forgive. Mehhhh.
Watak sampingan macam watak Arman (Dazrin) pun menyakitkan hati juga bila tak sudah tonjolkan kebodohan dengan nyata. Tak faham kenapa Tan Sri Dhameer berkenan betul dengan Arman sampai nak kahwinkan dengan Delaila. Jaga syarikat sendiri pun gagal, buat pembentangan bajet pun gagal, tu belum sembang bab uruskan sesuatu hal. Hujungnya mesti Delaila atau Tan Sri yang kena take over. Berangin betul tengok babak dekat hotel tu bila dia yang tahu pasal kejadian tu tup tup call Delaila sebab dah trending dekat Twitter dengan gambar close-up. Dah kalau media dengan polis tak sampai lagi mesti lah dia punca berita tersebar.
Watak Atikah (Anna Jobling) je la kot yang menarik dari awal sampai habis dalam drama Kuasa ni walaupun tak faham kenapa dia wujud. Suka tengok lakonan Anna dalam drama ni. Looking forward to watch Melur Untuk Firdaus! Tibehhh
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Aduh.. Sayangnya tak execute betul-betul.. Kalau tak mesti ohsem kan..
ReplyDeleteWah ada Ning Baizura!
ReplyDeleteDrama tema macam ni mana cukup 8 episod je. Hujung tahun 90an dulu ada siri 'Idaman' pasal dunia korporat , 3 tahun baru habis
ReplyDeletehahahaha setia betul yang layan drama tu sampai makan bertahun
DeleteSetuju dengan review awak. Impaknya kurang memuaskan tapi nak tunggu juga sekuel drama ni macam mana..
ReplyDelete