Sebelum ni I dah pernah update
Fashion Files Urvashi masa dia promote movie Pagalpanti tapi I memang tak suka sangat dengan kebanyakan style dia and I rate her quite bad lah. Tahun ni bila Urvashi terpilih untuk debut di karpet merah Cannes, dia nampak cantik sangat. Tak pasti kalau dia tukar stylist atupun tak, yang pastinya dia berjaya curi perhatian ramai.
"After representing as Indian actor at Cannes and getting international recognition, it feels good. I always wanted to represent India in a graceful manner and what exactly I did at Cannes film festival." - Urvashi Rautela
1. Fly to Cannes
For airport looks yang semakin menjadi trend sekarang, Urvashi pilih sleeveless top berwarna silver metallic dipadankan dengan leather pant hitam dan transparent wedges. Dari segi konsep, macam ala futuristik dan moden. Urvashi nampak selesa dengan rambut lurus belah tengah dan natural makeup. Muka berseri dah nampak dari jauh sebab dia happy nak debut dekat Cannes. I'm happy for her too!
2. Cannes Vine
Kemunculan pertama Urvashi di tayangan perdana filem 'The Legend' adalah white fluffy dress dari label Tony Ward Couture. Menggunakan konsep buah anggur yang terkenal di kota Perancis sebagai simbol dan corak utama. Dekat bahagian bahu kiri dan pinggan kanan Urvashi ada gugusan buah anggur berwarna silver. Urvashi guna aksesori dari label Messika’s Exotic Charms dan diamond cuff bracelet dari butik Kate Moss.
Masa first time tengok dress fluffy ni I ingatkan designer guna konsep awan dengan matahari sebab dress dari material organza ni dibikin kembang seperti awan. Anting-anting yang Urvashi guna pula berbentuk bulat berceracak macam matahari. Urvashi pun berseri macam sunshine gittewww. Tak kisah lah konsep yang mana sekalipun, Urvashi berjaya tarik perhatian ramai dan outfit dia dilabel sebagai Best Dress untuk Hari Ketiga Cannes.
3. Casual Beret
Jarang nak nampak artis Bollywood pakai beret. Mungkin I ada terlepas pandang tapi I pernah nampak Sonam pakai dalam photoshoot tapi sekali dua je lah. I tak tahu Urvashi pakai beret dari designer mana even the whole outfit pun tak tahu dari siapa sebab dia tak update dekat Instagram. But this outfit is a winner for a casual look at French. Makeup Urvashi pun simple, serlahkan keayuan wajah dia.
4. Windy White
Untuk photoshoot, Urvashi pilih satin dress dari koleksi terbaru label Dany Atrache Couture berwarna putih gading. Dress tanpa lengan ni sesuai sangat dengan cuaca yang berangin di French Riviera. Rekaan dress ni agak unik sebab ada attached cape di belakang dan belahan tengah di bahagian belakang betis. Bahagian kolar pula ada aksesori yang sarat berwarna perak tembaga dengan batu permata.
Strap heels dengan tenunan tangan dari Atana berwarna krim jadi padanan yang cantik untuk satin dress yang dipakai. Lagi cantik kalau Urvashi pakai cuff bracelet warna emas atau perak sebagai perhiasan pada tangan.
5. Neon Feather
This look is a mess. Tak tahu Urvashi pilih outfit ni untuk pergi mana but it's a horror. Teringat pulak wardrobe Aish pakai pant suit neon pink. Bezanya Urvashi ada bulu di bahagian lengan kemeja. Bahagian tengah pun rengsa. Apart from that blazer, I suka dandanan rambut dia dan makeup tipis sebab dia nampak feminin.
6. Blooming Black
Mini dress dari koleksi “Blooming souls” ALI YOUNES SS 2021 Couture Chapter agak mehhh sebab long trail tu nampak macam kain lap kaki. It just look undone and hectic. Macam lebihan kain perca kumpul jadi long trail.
Tahun lepas Medison Beer pakai dress yang lebih kurang sama cuma bezanya dress tu ada proportion yang cantik. Bila dia pakai nampak tak tenggelam sebab designer bagi ruang untuk tonjolkan badan yang ramping. Material untuk ropol pun designer guna kain organza jadi sebab tu lah effect dia berbeza. Untuk dress Urvashi ni ropol tu terlampau atas sampai nampak dia tenggelam dalam renda tu.
Strap heel Stepheny Black Nappa dari butik Enrico Cuini berwarna hitam dengan perhiasan aksesori emas menjadi pilihan. Rambut disanggul rapi dengan belahan tengah serlahkan leher jinjang Urvashi. Another minus from this outfit ialah koleksi aksesori dari Nour by Jahan sebab anting-anting dia berbentuk lonjong bersaiz besar. I prefer Urvashi pakai ear cuff berbentuk kepak, sesuai dengan dress dia yang ada bulu pelepah. But I love her diamond choker from Nour by Jahan. Stunning!
7. Golden Girl
Urvashi dijemput ke amfAR Gala, majlis makan malam yang ditaja oleh Chopard. Outfit berwarna emas dari atas sampai bawah ni redeem balik lah red carpet look dia sebelum tu. A simple dress tapi sarat dengan pelbagai details yang serlahkan bentuk badan dan seri wajah Urvashi. Makeup pun sesuai dengan konsep pakaian dia bila menggunakan warna yang lembut. Hairstyle pun sesuai walaupun ponytail ringkas untuk beri laluan pada bahagian atas dress. It just perfect!
8. Multi-Colored, Multi-Concept
At first I thought that's Zendaya! Outfit ni ada mixed feeling sikit sebab kadang nampak cantik, kadang nampak tak sebab dia mixed colors dan mixed concept dalam satu attire. Mungkin kalau tak ada pelepah pink dengan kuning tu nampak cantik la kot sebab bahagian atas dah cantik dah. Handbag a bit misfit, mungkin cantik kalau warna putih biar match dengan pointed heels tu. Love the heels, hair, nude makeup and extra size shade.
9. White Heart
Di karpet merah tayangan perdana filem Elvis, Urvashi menggayakan dress semi transparent berwarna putih dari label Mila Nova. Dress ni agak sarat dengan manik dan glitters sebagai hiasan ditambah pula dengan ruffle di bahagian bawah dress dan juga trail panjang yangberalun lembut.
Selain dress yang cantik, pointed heel berwarna putih juga mencuri perhatian dengan ikatan reben di bahagian buku lali ala princess Disney. Koleksi perhiasan dari Chopard dengan anting-anting berbentuk hati juga menambahkan aura penampilan Urvashi.
10. Chopard Cannes
Rasanya Urvashi pakai dress yang sama dari Mila Nova sebab event ni lepas Urvashi photoshoot dengan dress dekat karpet merah Elvis tu. Bezanya dress ni tak ada ruffle tapi ada long trail dengan manik yang sama. Kalau close up pun boleh nampak trail ni tersorok di bawah ruffle. Sepatu pun sama, Nova White Lace dari butik Enrico Cuini, hairstyle pun sama. Bezanya Urvashi tukar anting-anting yang besar dan sesuai dengan tema dress dia. Anyway this outfit looks dreamy.
Overall Urvashi buat yang terbaik dan keluar dari kepompong lama and I must applaud her for that. Masa buat entry ni bila belek lama-lama, muka Urvashi ni ada iras Nadia Brian kan? Mungkin sebab bentuk muka dengan pipi pauh tu kot.
She look like a princess :) thanks for your sharing...
ReplyDeleteWarna putih sesuai dengan dia ni. Pakai leather naik flight selalunya tak comfortable. Demi fesyen. Business class ok la.
ReplyDelete