Blog Performance June 2022

Friday, 1 July 2022


Habis dah setengah tahun yang pertama untuk tahun 2022. Ada yang dah achieve goal masing-masing ke? Ataupun ada yang terkandas ke sebelum pertengahan tahun? Selalu kalau kat sekolah dulu, sekarang tengah musim ujian pertengahan tahun tapi sekarang timing sekolah pun dah lari apatah lagi mission masing-masing ye dak? 

1. PV

Sebelum ni aim nak makin menaik tapi sekarang makin menurun pulak. Tak lah banyak tapi tetap ada penurunan. Kalau tengok graf yang Adsense atau Google Analytics hantar mesti arrow ke bawah warna merah. Tengok dekat statistic blogger je kekal tenang sebab warna sama walaupun angka berbeza haha

Tapi tak boleh nak buat apa sangat lah sebab busy dengan kerja bila lawyer maternity leave. Cari staff baru pun tak ada yang datang interview. Terpaksa lah cover kerja yang datang mendadak. So far okay lagi, boleh lah bertahan lagi. Hopefully tak sakit sebab penat sangat. 

Agak-agak bila dapat mencecah 3 juta ek? Bulan depan? 2 bulan lagi? hahaha

2. Posts


Jauh beza dengan bulan Mei bila ada post yang mencecah sampai 9k untuk bulan Jun. Mungkin sebab sharing pasal legal dengan dunia selebriti kot. Sekarang kan tengah ramai yang mula bagi perhatian dengan beberapa kes selebriti. Ramai jugak ek yang cari movie Hindi dekat sini. Ke sebab Best Bollywood Movie tu dekat Featured Post ek? Kekeke

3. Keywords


Tapi sebab memang ramai tengah mencari kot sebab tengok dekat keywords pun banyak yang relate dengan Bollywood sampai ada 6 keywords berbeza. Okay, datang semangat balik nak update movie review cerita nustan. Tapi makin banyak pulak keywords tak elok dicari ye hmmm scary

4. Bilangan Entri

Orang selalu tanya macam mana boleh update banyak entry dalam sebulan. Jawapannya press release dan intisari rancangan haha. I'm not proud with that ye sebab tak banyak pun review dapat buat bulan ni. Entry pasal makanan pun sebagai filler je itupun I update pendek tak cecah 300 patah perkataan pun. Macam mana Google nak detect ye dak? Banyak benda nak update tapi tu lah, masa tak ada. Otak pun dah lemau bila penat. 

Anyway, terima kasih kepada yang datang berkunjung. Akan cuba dibalas sebaiknya walaupun makan masa sikit. Take care everyone :)

5 comments

  1. Good job.. Aha gituuu~ walau apapun.. proud la dpt konsisten terus menulis. Kalau saya, dah busy. Malas ler nak menulis lagi... But, menulis our passion. Why nak tinggalkan. Ehh

    ReplyDelete
  2. Semoga semakin rajin update blog. Sama juga PV makin jatuh, nak menulis semakin malas

    ReplyDelete
  3. Still.. Good Job Farhana.. Paling suka review filem bollywood.. walaupun dah jarang tonton tapi suka je baca review dari Farhana..

    ReplyDelete
  4. Semoga terus sukses di dunia blogging :)

    ReplyDelete
  5. tahniah, fana.
    aida always kagum dgn blogger boleh maintain byk entri.
    aida ni, baru naik dari bercuti panjang blogging :)
    ha ha ha ha ha pantang la ada hal skit, aida ni ke laut lah blogging nya.
    makan bulan kosong dgn cerita :) ha ha ha ah ha...

    good job, fana.
    teruskan menulis ek.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.