Sejak nampak video Tiktok tentang kebaikan mineral silika kepada badan, memang selalu beli air Spritzer berbanding air mineral jenama lain. Air minuman Spritzer je yang ada kandungan mineral silika.
Bagi yang tak tahu, mineral silika adalah mineral semulajadi yang ditemui dalam bentuk kristal dan boleh didapati dalam makanan atau minuman yang mampu diserap oleh tubuh badan kita. Kalau mineral semulajadi haruslah ada dalam sayur, buah-buahan dan air mineral semulajadi.
Tak pasti kenapa air mineral lain tak ada tapi yang pastinya air mineral Spritzer memang ada kandungan silika. Sebab tu penutup botol dia warna hijau. Kalau nampak penutup botol berwarna putih, yang tu adalah air suling. Kalau berwarna biru yang tu air mineral jadi lebih baik pilih yang berwarna biru atau hijau. Air tapisan Cuckoo atau Coway pun ada kebaikan mineral kalsium, potassium, magnesium dan sodium tapi tak ada la silika sebab sumber air yang berbeza.
Kebaikan mineral silika ni penting untuk pembentukan kolagen dalam badan. Kalau selalu ambil silika, rambut, kuku ataupun kulit akan jadi lebih sihat. Sistem pencernaan pun bertambah bagus sebab zat dari air mineral ni akan diserap oleh bakteria baik di kawasan perut dan usus. Sebab tu lah Neelofa minum Evian bila kandungan mineralnya penuh dengan mineral silika.
Kita yang orang biasa ni minum air Spritzer pun dah okay tanpa perlu berbelanja mahal untuk supplemen atau produk kilang. Tengok dekat bahagian 'Kandungan Mineral' pada botol air Spritzer pun dah nampak mineral silika sebanyak 53.6mg/l dalam botol 600ml. Harga saiz botol kecil pun 2 ringgit lebih je bergantung pada kedai mana korang beli lah. Kalau beli dekat stesen petrol, tinggi sikit lah harga dia.
Tapi kandungan tu pada packaging lama sebab Spritzer baru saja lancarkan packaging baru yang lebih tinggi silika dengan kuantiti sebanyak 60mg/l tapi yang tak syoknya kuantiti air dah berkurang kepada 550ml. Kandungan kalsium yang bagi khasiat kepada oral pun dah berkurang dari 3.1mg/l kepada 2.4mg/l. Bentuk botol dan warna pun dah berubah. I prefer yang lama sebab lagi cantik haha
Jenis punca air dan lokasi air dihasilkan masih lagi sama di Lot 1446, Jalan Reservoir Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping, Perak. So far dekat mana-mana kedai yang I pergi semuanya ada dua edisi sama da yang baru atau yang lama jadi ada kebebasan untuk pilih nak beli yang mana satu. Tapi benda ni bukan benda besar pun sebab misi utamanya nak ambil kebaikan mineral silika secara berterusan supaya badan lebih sihat.
baharu saya tahu kebaikan silika kepada kesihatan manusia
ReplyDeletei pun suka juga air mineral spritzer ni. tak kisahla harga dia mahal tapi rasa dia lagi sedap dari mineral water yang lain.
ReplyDeleteaida memang beli spritzer ijau.
ReplyDeletejika takde spritzer kat rak, baru ambil brand lain.
trusted.
Tk infonya
ReplyDeletelepas ni bolehlah cari air mineral ni
Sy pun suka spritzer. Mmg x jemu minum. Rasanya yg sedap bbanding air lain.
ReplyDelete