TV Show Review | iKON On-Air Episode 8: WELCOME TO iKON Inc. #1 📈🏢

Sunday, 12 June 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Kim Jinhwan, Bobby, Song Yunhyeong, Koo Junhoe, Kim Donghyuk, Jung Chanwoo
Production Company : YG Entertainment
Distributor : YG Entertainment iKON official Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 10 episodes (17:30 minutes for episode 8)
Release Date : 22 March 2022
Video : 


Tak tahu lah staff YG terinspirasi dengan content Chanwoosari bila Chanwoo menyamar jadi intern ataupun content roleplay sebagai pekerja pejabat dalam iKON Inc ni yang datang dulu. Tak pasti juga staff YG sewa pejabat untuk shoot ataupun shoot dekat bangunan YG sendiri sebab ruang pejabat agak berbeza dengan ruang pejabat dalam Treasure Map Season 2 Episode 31 masa Treasure main game X-Men. 

Anyway untuk Episod 8 ni, narrator memperkenalkan semua pekerja di syarikat iKON Inc. 


Song – Pekerja yang sentiasa merungut dan bercakap dengan nada yang kuat supaya orang lain boleh dengar rungutan dia. Song sentiasa pulang kerja on time dengan alasan kena siram pokok basil.

Dong – Ketua jabatan yang bagus dalam kerjanya tapi tak mempunyai fleksibiliti.

Jay – Director yang perasan diri dia berkarisma tapi sebenarnya pengecut. Mempunyai hati yang baik sampai pijak semut pun tak mati. 

Ku – Pengurus yang sentiasa sibuk mengipas pengarah syarikat. Selalunya menyeramkan tapi baik sangat depan pengarah. 

Bobby – Pekerja senior yang sentiasa senyum di tempat kerja. Ada khabar angin mengatakan Bobby diambil bekerja kerana smiling eyes dia. 


Jung – Intern yang selalu clueless bila masuk bab kerja. Selalu guna aegyo untuk minta bantuan pekerja lain. 

Memandangkan mereka semua bekerja di jabatan broadcasting di iKON Inc, jadi semua kena bekerja keras untuk promosikan konsert iKON. Manager Ku marah bila dapat tahu Song cuma fokus dengan Yunhyeong iKON dan bukannya satu kumpulan. Spot on betul bila JuNe tegur macam tu sebab masa teaser poster individu untuk iKON On Air keluar, poster Chanwoo yang paling rendah likes padahal tak ada masalah pun untuk like semua poster kan? iKON adalah hasil kerja berkumpulan bukan individu. 


Jay : So we’re going to promote their concert. But what’s up with all your hair colors? Are you guys the idols?
Song : Director, we lost all our hair color because we worked too much

Semua pekerja diminta untuk sediakan power point untuk bentang tentang bajet, kekuatan juga kelemahan setiap member dan strategi bagaimana iKON perlu tarik fans untuk have fun dekat konsert nanti. 


Lepas selesai semua pekerja perlu masuk ke bilik mesyuarat untuk bentangkan dan idea tersebut akan  dinilai oleh pengarah syarikat iKON Inc. Bobby dengan Song present tentang bajet yang akan digunakan nanti sebab syarikat mereka ada duit yang banyak bila dah lama iKON terperam dekat basement selama 2 tahun 6 bulan. Jadi apa salahnya kalau belanjakan tanpa rasa bersalah. Dong dengan Manager Ku pula bentangkan profile idol group iKON untuk cari di mana kekuatan setiap member. 

JuNe : It’s best to avoid arguments with him since Chanwoo is smart
Bobby : Does he have not strengths as a singer? 
Chanwoo : Two sentences is a bit harsh


Intern Jung pun buat kejutan dengan present power point dia mengenai strategi iKON pada konsert nanti. Comel betul tema slide dia guna icon memerang tapi facepalm tengok intern Jung tulis Ikon instead of iKON padahal iKONIC sensitive betul dengan ejaan iKON. Siapa yang eja Ikon ataupun IKON dikira peminat fake tup tup iKON sendiri main langar je nak tulis macam mana pun haha

Tengok pada presntation semua pekerja boleh nampak lah pengarah syarikat suka pada pekerja yang mana. Tak payah try hard pun dah boleh naik pangkat dengan mudah. Buat aegyo sikit je pengarah syarikat dah melting habis. Penat Manager Ku dok kipas pengarah syarikat sepanjang hari sudahnya pekerja lain yang dapat kelulusan dengan mudah. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.