TV Show Review | iKON On-Air Episode 2: Hidden Killer Game 😎🔫

Sunday, 12 June 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Kim Jinhwan, Bobby, Song Yunhyeong, Koo Junhoe, Kim Donghyuk, Jung Chanwoo
Production Company : YG Entertainment
Distributor : YG Entertainment iKON official Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 10 episodes (20 minutes per episode)
Release Date : 22 March 2022
Video : 


Seperti yang Twin Monster cadangkan dalam Episod 1 untuk iKON buat aktivit fizikal seperti game, staff YG buat Hidden Killer Game. Seorang pembunuh bersembunyi antara mereka semua. Lebih kurang macam Mafia Game tapi yang ni menarik sikit sebab killer dan citizen bebas beraktiviti di waktu siang. Citizen perlu buat mission yang diberi manakala killer perlu mencari citizen untuk dibunuh tanpa dedahkan identiti sebenar. Citizen yang dibunuh tak boleh bercakap dengan citizen yang masih lagi hidup. 

credit to owner :
@5unfl0wer__

Untuk game ni semua member iKON pilih nama samaran untuk game:

Koo Ju-Orange – crazy for missions
Chung Pink – working with brains
Song Navy – full of passions
Kim Stripe – everything goes through me
Dong Blue – 103% sweetness
Sponge Bob – the mysterious guy


‘We have to do mission but let’s not focus on the mission too much. We have to make it fun.’ – Yunhyeong

Mission yang disediakan oleh staff YG ialah betulkan jam yang rosak, potong buah epal dengan tangan, makan 7 keping biskut kering sambil bersiul, bottle flip, sapu daun kering di laluan, letak 3 botol hand sanitizer di beberapa tempat, dart challenge dan banyak lagi.


Tengok iKON belah epal kepada dua bahagian dengan tangan tu teringat masa diorang buat mission yang sama dekat Weekly Idol tahun 2018. Bobby yang power masa tu, sekejap je dah boleh belah dua.  Tapi sebab dia power yang tu so staff YG tak bagi mission tu dekat dia. Comel je DK dalam episod ni, happy betul dia dapat main game. Main secara individu pulak tu. Terserempak dengan Jinhwan pun sengih je dia sampai orang tu naik seram. 

Masa Bobby buat mission dia, ternampak ada dance studio untuk Baby Monster. Ikutkan tahun ni girl group baru, Baby Monster akan debut. YG kata girl group baru ni ibarat 10 orang Kim Jennie. YG dah start promote dalam variety show group lain means betul lah YG akan launch tahun ni. Bertambah lagi satu ahli keluarga dalam YG Family. 


Bila ada citizen dibunuh terus semua buat meeting tergempar untuk bincangkan tragedi ni. Semua kena cari siapa pembunuh tersebut. Bobby syak Chanwoo sebab dia macam fishy tapi Chanwoo kata dia dekat dalam studio busy siapkan mission. Bila JuNe bagitahu ada citizen kena bunuh baru dia tahu pasal tu. Walaupun JuNe yang jumpa mayat tu tapi dia still lagi blur dengan peraturan game, sama je macam dalam iKON’s Type (2022). 

Jay : JuNe what are you doing?
JuNe : I just eat dried cookies
Jay : It would be such a plot twist if it’s actually JuNe is the hidden killer.
JuNe : It’s not me. 


Masa tengok game ni pun dah tahu siapa killer dia sebab cara dia sus sangat. Yang penting bukan JuNe lah sebab dia dengan blur dia pastu dia tak ambik port pun siapa pembunuh tu. Dia happy siapkan mission dia je. Comel je Chanwoo merajuk dengan Jay sebab tak percaya cakap dia. 

Disebabkan kehadiran staff baru ni juga international fans boleh layan iKON On-Air sama waktu dengan Korean fans sebab subtitle Bahasa Inggeris dan Indonesia disediakan pada video. Visual untuk variety show iKON On-Air pun high quality sebab setiap member ada cameraman tersendiri untuk rakam pergerakan dan aktiviti masing-masing sepanjang rakaman. Suara pun jelas lah sebab ada microphone, bukannya guna konsep self-vlog. 


Berjaya ke tak citizen cari siapa pembunuh misteri tu kena lah tengok sendiri iKON On Air di Youtube channel iKON. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.