Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (28:42 minutes for episode 4)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video :
‘We received ramyeon recipes for the live show. I heard we received over 40,000 recipes. We were grateful, and we didn’t want to waste them. So we’ll decide the best ramyeon through a tournament.’ – Hyunsuk
Kalau dalam Episod 3 team Rakkidol buat field trip, kali ni Hyunsuk dengan Jihoon kena masak ramyeon mengikut resipi yang diterima oleh penonton. Dari resipi tu mereka berdua kena tentukan resipi mana yang paling sedap. Resipi ciptaan Hyunsuk dengan Jihoon pun dipertandingkan juga tapi secara rahsia. Maknanya Hyunsuk takkan tahu apa resipi Jihoon and vice versa sebab semua pemberi resipi didafarkan sebagai anonymous.
Semua resipi ramyeon dalam episod ni perlu mengikut tema penaja iaitu Jjajang (black bean sauce). Nongshim sediakan banyak stok ramyeon untuk pertandingan dalam rancangan The Idol Ramyeonators. Pemenang pertandingan ni akan menerima hadiah rahsia dari team Rakkidol.
Kelakar tengok Hyunsuk masa pertandingan ni sebab dia asyik dapat resipi panjang gila dah serupa novel. Yang hantar resipi pun kemain spesifik sampai Hyunsuk dengan Jihoon jadi takut nak proceed kalau terlebih. Jihoon clumsy as always sampai Hyunsuk geram bila dia sepahkan dapur lepastu cari barang tak jumpa walhal depan mata je. Nasib baik dia masak dengan Hyunsuk, kalau dia memasak dengan Yunhyeong, sampai esok pagi pun tak habis dia membebel.
Masa pusingan kedua Hyunsuk kena masak Simple Chapaghetti tapi resipi tu buat muka Hyunsuk dengan Jihoon berkerut seribu bila makan. Reaksi macam tu sama sangat dengan reaksi Hyunsuk masa dalam Episod 0 dulu. Na PD dah tergelak tengok muka diorang.
Masuk pusingan ketiga Hyunsuk dah fed-up dah asyik dapat resipi macam thesis so dia mintak tukar dengan Jihoon tapi menyesal jugak sebab resipi Jihoon ada favorite part dia. Dari Episod 0 lagi Hyunsuk berpegang dengan prinsip dia yang ramyeon akan jadi kenyal kalau bilas dengan air sejuk lepas rendam dalam air panas.
Hyunsuk : Isn’t it complex?
Jihoon : Am I complicating it? Am I too worried about time?
Hyunsuk : I’ll take it slow.
Comel betul Hyunsuk dengan Jihoon walaupun tengah bertanding. Jihoon kalau dengan Hyunsuk memang senang sangat beralah. Kalau dengan anak-anak, keluar lah perangai agresif dia. Resipi untuk pusingan terakhir memang senang sangat. Walaupun senang Hyunsuk cakap kalau tersilap boleh jadi menu tu tak sedap ataupun jadi enak dimakan.
Masa tengok Jihoon masak Chapaghetti tu teringat pulak dekat Nasi Lemak Strawberry sebab dalam resipi tu letak strawberry jam. Betul lah cakap Hyunsuk antara jadi teruk ataupun jadi bagus sebab chapaghetti tu rasa ada yang kurang bila jam sikit tapi rasa pelik pulak bila tambah banyak sikit bagi berasa dalam ramyeon tu.
Lepas bincang secara serious dari segi rasa, presentation dan cara penyiapan, Hyunsuk dengan Jihoon capai kata sepakat untuk pilih menu yang terbaik antara semua resipi yang dipertandingkan. Nak tahu resipi mana yang berjaya menjadi juara, kena tengok sendiri lah episod ni. Thanks to team Rakkidol sebab guna lagu ciptaan Hyunsuk yang pertama, lagu 1,2 – Lee Hi ft Hyunsuk. Happy betul bila dengar walaupun perlahan je volume dia sebagai soundtrack episod ni.
Happy betul tengok episod ni sebab kelakar, bangga Hyunsuk makin pandai memasak, Sukhoon moments dan plot twist yang comel!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.