Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (25:08 minutes for episode 5)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video :
Seawal jam 7 pagi Jihoon dengan Hyunsuk dah sampai ke Pelabuhan Daecheon, Boryeong, Chungcheong Province untuk naik bot. Misi mereka berdua dalam episod ni ialah makan ramyeon dengan ketam biru yang segar ditangkap dari laut dalam. Nak pergi tangkap ketam pun bergaya betul outfit diorang berdua sebab pakai baju berjenama. Hyunsuk melaram dengan baju Louis Vuitton Jacquard Damier Fleece Blouson.
Jihoon cakap dia tak pernah mabuk laut sebab dia ibarat orang laut padahal yang jadi tentera laut tu ayah dia. Bab nak jack diri sendiri tu laju je.
Banyak-banyak episod Rakkidol, Episod 5 yang terpaling teruk sekali terliur tengok diorang makan ramyeon. Dalam rancangan The Idol Ramyeonators sebelum ni Kang Hodong dah naik bot untuk pergi tangkap snow crab tapi malang betul nasib dia bila cuaca hujan. Terpaksa lah kapten bot tu patah balik sebab berisiko dengan ombak besar.
Hyunsuk : It’s pretty fast
Na PD : This isn’t full speed. It’s moving slow because the port is near.
Dekat tengah laut tu boleh pulak ada sistem barter bila terjumpa bot lain. Dah boleh imagine dah betapa sedapnya ramyeon diorang nanti sebab ada sotong segar. Bosan duduk dekat bot tu Hyunsuk dengan Jihoon menjerit semua nama anak-anak diorang yang tengah sedap tidur dekat rumah bila eomma dengan appa keluar berkerja.
Masa ni beria lah gelak padahal Hyunsuk dengan Jihoon jerit nama Mashiho dengan Yedam sebab dua member ni on hiatus lepas Trace. Mashiho ambil masa untuk berehat sebab masalah kesihatan sementara Yedam pergi sambung belajar. Bila tengok balik, rasa sedih part Sukhoon menjerit nama Mashidam ☹
Jealous tengok Hyunsuk dengan Jihoon dapat tangkap ketam biru sebesar tapak tangan dan disebabkan tengah musim jadi kebanyakan ketam ada telur. Na PD cakap yang ada telur tu yang mahal kalau beli dekat pasar sebab telur ketam sedap sangat.
Sebelum makan blue crab ramyeon, kena lah buat kerja dulu buang ketam dari jarring. Lambat jugak lah Hyunsuk dengan Jihoon nak pick up work rhythm nelayan dekat situ. Lambat pun tetap bekerja, tetap dapat pengalaman berharga. Makan lepas penat buat kerja barulah terasa nikmatnya kan?
Masa diorang asingkan ketam tu, enjin bot dah mati jadi bot berayun kuat lah bila terkena ombak. Baru lah Jihoon terasa mabuk laut tu. Hilang terus mulut bertih dengan energy dia sampai Na PD suruh dia tidur kejap sementara tunggu enjin hidup balik. Tak lama lepastu Hyunsuk pula kena mabuk laut. Comel betul muka diorang bila pening atas bot.
Na PD : Jihoon wouldn’t go on a boat for a while. Not even a paddle duck boat.
Jihoon : I’m not even going to Busan.
Na PD bagitahu mabuk laut ni boleh hilang lepas diorang makan ramyeon nanti. Disebabkan Sukhoon dah bekerja keras asingkan ketam dari jaring, kapten bot tu cari ketam biru yang ada telur untuk masuk dalam ramyeon. Berapa banyak ketam yang Hyunsuk dengan Jihoon nak makan tu terpulang pada diorang.
Bukan diorang je yang happy, yang tengok ni pun happy sekali sampai pergi ke NSK cari ketam nak masuk dalam maggi. Serious talk, kalau tengok The Idol Ramyeonators Episod 5 mesti terliur nak makan. Tak boleh nak pilih sama ada maggi ketam ataupun maggi kepah putih segar yang paling sedap.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.