Movie Review | Jersey (2022)

Sunday, 19 June 2022


Director : Gowtam Tinnanuri
Writer : Gowtam Tinnanuri
Cast : Shahid Kapoor, Mrunal Thakur, Pankaj Kapur
Production Company : Allu Entertainment, Dil Raju Production, Sithara Entertainments, Brat Films
Distributor : Balaji Motion Pictures, Pen Marudhar Entertainment (India), Yash Raj Films (overseas), Netflix
Genre : Sports / Drama
Running Time : 170 minutes
Release Date : 22 April 2022
Trailer:


Official remake kepada movie Telugu, Jersey arahan Tinnanuri mengisahkan tentang kehidupan pemain kriket, Arjun Talwar (Shahid Kapoor) dalam kumpulan Punjab. Kehebatan Arjun menjadi tumpuan ramai sehingga dia terpilih masuk dalam pasukan kriket India tapi Arjun ambil keputusan untuk berhenti kemudian berkahwin dengan Vidya (Mrunal Thakur). 

Arjun bekerja sebagai penyelia pembekal makanan tapi digantung kerja kerana disyaki mengambil rasuah. Untuk ikat jamin saja, dia perlu sediakan Rs50,000 kepada pihak peguambela. Mana nak cari duit dengan gaji dia dan Vidya yang cukup makan saja? Nak cari kerja lain pun nama dia dah busuk walaupun dia tak ambil rasuah. 


Jurulatih Arjun, Sir Baali (Pankaj Kapur) datang berjumpa untuk pujuk Arjun bekerja sebagai pembantu jurulatih pasukan kriket Punjab. Arjun dah beberapa kali tolak tawaran tersebut walaupun anak tunggalnya, Kittu (Prit Kamani) berlatih kriket setiap hari selepas waktu sekolah. Akhirnyaa selepas beberapa kali segan meminta duit sana-sini, Arjun buat keputusan untuk kembali ke padang selepas 10 tahun berhenti dari dunia kriket. 

Bukan perkara yang mudah bila usia dia sendiri jauh bezanya dari pemain lain yang lebih muda namun bakat dan kehebatan Arjun tak pernah pudar. Kerana Arjun, pasukan Punjab boleh masuk ke pusingan semi-akhir Piala Ranji.


Lepas nama Shahid Kapoor dipuji kerana lakonan dia dalam movie Kabir Singh (2019), ramai yang tertunggu kemunculan movie Jersey. Mampu tak lakonan Shahid berdiri sama tinggi dengan lakonan Nani dalam Jersey Telugu? Nak buat perbandingan pun I tak tengok Jersey Telugu tapi lakonan Shahid tak pernah gagal menusuk ke hati. 

Bukan Shahid je pandai berlakon malah Prit Kamani pun faham tugas dia sebagai Kittu. Suka tengok babak Arjun dengan Kittu sebab comel sangat watak diorang anak-beranak. Masa dia tengok Arjun keluar padang tu nampak bersinar betul pandangan dia. Terserlah rasa bangga ada ayah yang hebat dalam kriket. Masa Kittu senyum bila kawan dia bagitahu Arjun Talwar masuk surat khabar pun comel.

 
Menangis masa Kittu suruh Arjun main kriket sebab cara dia bagi semangat dekat ayah dia campur dengan pandangan terharu Arjun. Tak perlu orang luar atau peminat untuk bagi kata semangat pun sebab dunia Arjun ada Vidya dengan Kittu. Kalau semangat dia hilang, diorang berdua lah penaik semangat dia. 


Selain dinamik lakonan Shahid dan Prit, chemistry Shahid dengan Mrunal pun nampak cantik sangat onscreen. Terserlah sangat dalam lagu romantik Maiyya Mainu hasil gubahan komposer Sachet-Parampara. Ditambah dengan sinematografi cantik hasil kerja Anil Mehta yang mempunyai pengalaman selama 28 tahun. Dia tahu kelebihan dan kekurangan subjek dia jadi tak hairan kalau hasilnya menawan. Wardrobe dan props team pun main peranan sebab menghidupkan suasana tahun 90-an. Shahid nampak handsome sangat dengan hairstyle panjang, nampak sepadan dengan Mrunal yang manis bila senyum. 



Bila tengok pada tajuk cerita, poster, genre mahupun trailer mungkin ramai yang assume movie Jersey adalah mengenai sukan kriket dan cabaran kehidupan Arjun Talwar sebagai pemain kriket. Sebenarnya mesej Jersey melangkaui semua tu sebab naskhah Jersey adalah tentang pengorbanan ayah terhadap permintaan naif si anak. Sebab tu pengarah lebih memberi ruang kepada watak Kittu dari Vidya. 

Walaupun movie Jersey well-packed dengan elemen drama dan kasih sayang keluarga tapi durasi agak panjang dengan beberapa babak yang tak perlu macam babak Arjun melepak dengan kawan dia. Mungkin emosi akan lebih mendalam kalau penulis karang watak Arjun tanpa serlahkan keburukan dia. 


Watak Kittu dewasa pun tak dilakonkan dengan baik sebab pelakon baru tu nampak kayu dan tak mampu nak pickup impak yang Prit tinggalkan. Huge letdown lah sebab babak dia agak penting di awal dan hujung movie. Sepatutnya boleh menangis teruk tapi jadi mehhhh sebab dia kayu dan tak ada screen presence yang tinggi. Kalau emosi pun sebab berbaki dari lakonan Shahid dan Prit. 

Sayang juga movie Jersey tak dapat moral support dari rakan artis hanya kerana Shahid tak nak berlakon dalam movie Yodha arahan Shashank Khaitan di bawah terbitan Dharma. Kalau Karan Johar all out promote Kabir Singh, malangnya semangat yang sama tak dicurahkan untuk movie Jersey. Just in case you guys nak layan movie ni, boleh la tengok dekat Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10

1 comment

  1. Dah masuk list. Minat Shahid Kapoor dari start tengok dia dalam Vivaah.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.