Menu Baru Marrybrown QQ Popper Ambil Inspirasi Menu Popular Cameron Highland

Thursday, 23 June 2022

credit to Marrybrown Facebook Page


Minggu lepas scroll dekat Grab belek Marrybrown ternampak pula menu baru Marrybrown QQ Poppers. Nampak menarik sebab berwarna ungu. Tengok bebola ubi ni teringat masa pergi Cameron Highland asyik ulang beli sebab sedap. 

Bagus lah Marrybrown bawa menu baru yang comel ni dalam restoran mereka sebab Marrybrown adalah restoran tempatan jadi kena lah angkat menu tempatan juga. Marrybrown QQ Poppers ni ada dua jenis, satu berwarna ungu dengan isi ubi keledek oren dan bebola ubi berwarna oren pula diisi dengan ubi keledek berwarna ungu. 


Dalam gambar nampak cantik lah tapi in real life comot sikit lah bebola ubi tu. Bab rasa tu tak jauh beza pun dengan bebola ubi biasa sebab bahan yang sama jugak lah digunakan. Ubi keledek dengan tepung gandum. Tak masin sangat dan tak manis sangat, just nice je dekat lidah dan tekak. Bebola ubi ni sedap makan masa tengah panas je, kalau dah sejuk dia jadi liat. 

Satu pek Marrybrown QQ Poppers ada 8 bebola dengan harga RM7.90, lebih mahal berbanding bebola ubi dekat Cameron Highland. Kenapa mahal? Entahlah. Mungkin sebab minyak masak dah naik harga dan bakal ditarik pula subsidinya. 


Selain Marrybrown QQ Poppers, I try jugak makan loaded potato bowl Marrybrown ni tapi masin nau ayam dia. Nasib baik lah tak banyak sangat isi dekat dalam bowl tu. Rugi duit je kalau tak habis. 

5 comments

  1. Suka betull makan qq poppers ni, om suka makan yg wrne purple tu

    ReplyDelete
  2. color dia cantik nampak menarik juga untuk dimakan tapi i tak minat sgt MB, tak kena dengan selera..

    ReplyDelete
  3. biasalah tu, harga fast food memang slightly mahal dari street food

    ReplyDelete
  4. Selalu je nampak tapi berkira-kira nak cuba sebab harga dia.. Hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.