Lega Dapat Makan Potato Corndog Di CU

Saturday, 25 June 2022

Craving nak makan potato corndog ni gara-gara nampak video live Felix Stray Kids makan sambil buat ASMR. Sebelum ni pernah makan corndog dekat Family Mart tapi dekat CU je ada jenis potato ni. Tak tau lah kalau ada dekat tempat I memang tak ada so I gamble je beli dekat CU. 

Bahagian belakang

Bahagian depan bersalut dengn sos samyang dan cheese

Selalunya tekstur corndog lembut sebab sosej bersalut tepung je tapi bila ada potato ni dia jadi rangup so bila makan ada feel dalam sikit bila kunyah. Tu yang terliur teruk bila tengok Felix makan. Masa taip ni pun terliur balik. Mungkin esok kena pergi CU lagi untuk beli potato corndog. 

Harga untuk satu potato corndog ni RM8.99 and personally for me memang worth it sebab saiz dia besar lepastu sosej dia pun besar. Tepung dengan kentang memang karbohidrat makanya bila makan akan terasa kenyang lah. Sebelum ni makan untuk breakfast, kenyang sampai waktu lunch. Cuma sos samyang dengan cheese tu lah I tak suka banyak macam tu. Lepas ni kena order supaya letak sikit je sebab tak suka belemoih atau banjir. 


Alang-alang dah menyinggah CU, I try juga minum iced latte dia. Well, not bad lah dia bancuh dan coffee beans dia sesuai dengan tekak. Cup dia pun comel jugak. Lepas ni kalau pergi CU dah tahu nak beli apa hehehe


Masa menyinggah dekat CU ni ternampak Jeju Series promo. Menarik jugak K-Corn Sausage Party Pack tu sebab boleh jimat RM10. Nanti macam nak try Burger hitam CU ataupun chiffon cake dia. Looks nyummmm!

5 comments

  1. Tak pernah try CU lagi. Family Mart orang dok ckp best pun IDK apa nak dibeli dlm tu.

    ReplyDelete
  2. Ramai kata sedap ekk.. nanti nak try laaa.. belum pernah lagi ni masuk CU hahahaha

    ReplyDelete
  3. Pergh!! Mengancam.. Dah tahu nak cuba apa klau ke CU.. tq share Farhana..

    ReplyDelete
  4. Teringin nak cuba makanan di CU tapi tak ada cawangan berdekatan.

    ReplyDelete
  5. terliur jugaaaakkkk.... okey petang ni gi CU.. :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.