Cewah kemain tajuk entry gaya clickbait kan haha. Lepas berjalan dekat IKEA menyinggah pula dekat SSF Home sebab my mom nak tengok bunga dengan pokok tiruan dekat sini sebab banyak betul pilihan dekat dalam kedai ni. Dari jauh lagi macam memanggil sebab diorang letak pokok bunga merimbun yang besar dekat bahagian pintu masuk.
Rambang mata lah tengok pelbagai jenis bunga dan pokok tiruan dalam pelbagai saiz. Warna pula memang terang sebab tu nampak cantik. Nak jenis bunga apa, semua ada tinggal duit ada dengan tak je. Sembang pasal harga memang bukan harga mampu milik lah walaupun cantik.
Lagi satu tak bestnya SSF Home ni tak letak harga kecuali special promotion on that day. Boleh lah nak tanya staff dekat situ tapi staff pun tak nampak muka. Kalau ada dekat situ takkan nak suruh dia sebut harga untuk setiap jenis bunga? Mungkin konsep SSF Home ni ambil je barang letak dalam troli lepastu bayar dekat kaunter. Kau mampu?
Kalau tak mampu, buat je lah macam kitorang ambil gambar sana sini je lah. SSF Home dah ada 40 branch dengan showroom yang cantik di Malaysia dan showroom SSF dekat MyTown ni adalah yang terbesar di Kuala Lumpur jadi banyak lah barang yang dijual dekat sini. Showroom pun banyak juga tapi macam tak boleh relate lah sebab showroom orang kaya. Pasu dia saja dah 700 hengget. Okay gurau, yang tu harga macam tu sebab pasu eksklusif. Ada je yang murah tapi kena pandai cari lah.
Nak kata barang dekat SSF Home lebih eksklusif ataupun unik tu tak lah jugak sebab ada yang lebih kurang sama je design dia boleh jumpa dekat IKEA, Kaison ataupun Shopee dengan harga yang lebih murah. Towel dekat bawah ni pun boleh jumpa dekat Lotus. Bab kualiti tu rasanya tak jauh beza pun lah. Yang penting serap air. Kalau beli tuala mandi mahal tapi tak serap elok baik buat kain buruk je.
Banyak masa dekat sini habiskan dengan bergambar dekat showroom je. Please jangan jajjjjjj!
Antara showroom yang sempat kitorang singgah atau bahasa mudahnya sesat mencari jalan keluar....
Rasa terinspirasi dengan wall deco dia sebab sebelum puasa pernah beli wallpaper tapi disebabkan dinding tinggi sangat, tak tercapai pulak nak tampal. Tangga pulak tunggu masa nak patah je sebab tak mampu nak tampung berat badan gamaknya. Buat style macam ni pun nice jugak ek. Anyway we had fun in here dan dapat juga jawapan kenapa ramai yang masuk sebelum kitorang tu geleng kepala bila keluar hshshs
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.