Cannes 2022 Fashion Files | Deepika Padukone

Thursday, 23 June 2022

Meriah tahun ni sebab Cannes dah kembali untuk meraikan dunia seni layar dari seluruh pelusuk dunia. Bertambah gembira lah industri Bollywood bila Deepika Padukone terpilih sebagai salah seorang juri filem untuk menilai semua filem yang dipertandingkan dalam setiap kategori. 

Walaupun filem Deepika flop back-to-back di box office tapi faham la jugak kenapa Cannes pilih Deepika memandangkan dia antara top actress di India dan juga popular di Hollywood. Tahniah untuk Deepika dan tahniah juga untuk stylist team dia yang revamp appearance Deepika di Cannes. 

1. Cannes Jury Dinner


Penampilan pertama Deepika di Hotel Martinez untuk sesi makan malam bersama juri filem lain ialah multi-coloured sequin dress dari koleksi Louis Vuitton's Fall 2021 yang dipadankan bersama shirt putih di bahagian dalam. 

Walaupun dress nampak kurang menarik baik close-up mahupun long shot, handbag LV dan juga boot tinggi menarik perhatian. Tak kurang juga gaya rambut dengan fresh cut yang dibiarkan bebas mencipta aura yang sesuai di kota Perancis. 

2. Sabyasachi x French Riviera 

Membawakan tema bohemian, Deepika mengenakan dress dari koleksi Tropic of Calcutta Sabyasachi di mana kemeja dari sutera Mysore dipadankan dengan seluar longgar berwarna hijau laut sedang. Deepika juga menggunakan tali pinggang berwarna coklat tembaga dengan logo harimau Benggali di bahagian tengah. 

Kemeja yang sengaja dibiarkan terbuka di bahagian atas memberi ruang untuk choker yang sarat dengan permata pelbagai warna dari koleksi Sabyasachi. Gaya rambut didandan dengan cekak dari material sutera yang sama dengan kemeja yang dipakai. Manakala pump heels berwarna emas dihiasi dengan taburan manik, sesuai dengan perhiasan di bahagian atas. 

Happy betul bila tengok Deepika post gambar ni sebab style ni cantik sangat dan sesuai dengan bentuk badan dia yan tinggi lampai. Perfect!  

3. Cannes 75th Opening Ceremony


“The sari is a story I will never stop telling. No matter where we are in the world, it has its place”-Sabyasachi Mukherjee

Custom made sari oleh Sabyasachi tampak eksklusif dengan corak abstrak melintang menggunakan tiga tona warna yang pekat iaitu putih, emas dan hitam. Sari yang sarat dengan manik dan berkonsepkan retro digabungkan dengan choli berwarna hitam. 

Rambut yang digayakan dengan hairbun tinggi dengan cekak rambut berwarna emas dari koleksi perhiasan Sabyasachi, anting-anting emas dan juga koleksi cincin pelbagai bentuk sebagai pelengkap gaya. Makeup pula lebih heavy pada bahagian kelopak mata dengan eyeliner tebal, sesuai dengan tema yang digayakan. Menariknya looks ni seakan sama dengan salah satu fashion looks watak Shantipriya dalam filem debut Deepika tahun 2008, Om Shanti Om bersama SRK. 

4. From Cartier With Love


Penampilan serba ringkas untuk sesi temu bual pada hari kedua di mana Deepika mengenakan jaket hitam bercorak asymmetry dengan lipatan kecil di bahagian dada. Jaket dari butik ArdAzAei mempunyai hook tersembunyi di bawah lapisan kain dari material sutera tenun mencipta efek stretch kepada si pemakai. Di bahagian bawah pula teknik lipatan longgar untuk keselesaan si pemakai. 

Seluar panjang high waist berwarna hitam dipadankan bersama pointed heels dari koleksi butik yang sama. Tumpuan diberikan kepada necklace Cartier berwarna silver dengan corak kepala panther. Gaya rambut messy bun dengan makeup natural memberikan pesona lady boss. 

5. Louis Vuitton Red Carpet 


Full set attire berwarna merah dari Louis Vuitton dipilih untuk hari ketiga penampila Deepika sebagai juri di Cannes. Dress satin custom-mademenyerlah untuk di bahagian atas tapi tak berapa gemar dengan bahagian skirt yang kembang di bawahnya. Mungkin cantik kalau kain tu lebih terletak mengikut bentuk kaki Deepika supaya tak mengganggu cape di bahagian belakang dress. 

Outfit ni nampak cantik kalau off red carpet tapi bila berjalan di karpet merah, nampak tak ada beza lah dengan karpet tu. Kalau close up shot boleh nampak Yianni Tsapatori bagi perhatian pada gaya rambut Deepika yang menggayakan stail pony tail dengan twist yang ketat di bahagian tengah. Kalung berlian dari Cartier serlahkan kejelitaan Deepika. 

6. Street Look


Deepika memilih turtleneck hitam dengan lengan panjang dan dipadankan bersama seluar pendek berwarna kelabu. Anting-anting bebola hoops berwarna emas dan Spring Gold Bracelet with Diamonds dari Estaa Gems sebagai perhiasan. Hairstyle bun dan loafer hitam untuk melengkapkan gaya feminin dalam persalinan kasual dari Louis Vuitton untuk berjalan-jalan di kota Perancis! 

7. Classic Black


Tak lengkap majlis kalau tak peragakan gaun berona hitam dan sama juga dengan Deepika bila dia memilih untuk berdandan serba ringkas dalam persalinan gaun hitam dari Alex Perry. 


Antara tumpuan terbesar pada majlis makan malam tersebut adalah koleksi perhiasan dari Cartier di mana pereka menggunakan bentuk abstrak yang sama untuk juntaian rantai leher, anting-anting dan juga cincin bersaiz besar. Gaya rambut diikat kemas dan kuku dicat merah sebagai penyeri. 

8. Summer Chic


No wonder lah ramai yang kata wardrobe Deepika dekat Cannes ibarat katalog butik ternama dunia bila dia banyak guna pakaian dari butik Louis Vuitton but who can blame her for that? Deepika adalah actress India pertama yang terpilih sebagai duta butik berjenama ni. 

Sekali lagi Deepika memilih pakaian kasual dari Louis Vuitton dengan kemeja printed dalam filter B&W dipadankan bersama skirt pendek berona pink fuchsia. Hairstyle masih lagi sama, bun yang diikat tinggi dengan makeup look neutral dan heavy di bahagian mata. 

9. Urban Cool


Salah satu favorite outfit I masa Deepika dekat Cannes! I was like wowwww, she looks hot! Mungkin sebab gaya rambut dia sesuai dengan outfit dari Louis Vuitton. Tona warna pun mainkan peranan juga bila jacket dengan zip tebal dan poket bersaiz besar ni menggunakan warna coklat tortilla. 

Top floral printed mewujudkan konsep spring yang sesuai dengan tema makan malam Louis Vuitton X Vanity Fair. I find it cute bila Deepika guna balik boot tinggi yang dia pakai masa dinner dengan para juri. Senyuman dia pun cantik, jadi aset berharga juga pada fashion looks ni. Gahhhhh perfect!

10. Polka Dot Peeps!


Walaupun gabungan dua warna ni kita selalu nampak di tepi jalan setiap kali PRU muncul tapi tetap nampak berseri dan cantik bila dipakai oleh Deepika. Gaya ringkas dari padanan top dan seluar dengan material satin, corak dan warna yang sama menghasilkan unsur retro dan feminin. I wish she opted  something new for her hairstyle. By the way, it's Louis Vuitton.

11. Hey Veronica....


Kalau sebelum ni Deepika create balik looks dia dalam filem Om Shanti Om, kali ni watak Veronica dari filem Cocktail (2012) muncul di red carpet Cannes untuk tayangan perdana filem ‘Decision to Leave’. Veronica antara watak yang menaikkan nama Deepika dalam karier dia di Bollywood. 

Tapi watak Veronica lebih cantik dan daring sebab gaya rambut dia dibiarkan lepas beralun sementara Deepika masih dengan hair bun tinggi. Dress custom made dari Louis Vuitton mencuri tumpuan dengan penggunaan manik hitam seakan pelepah burung. 

12. Over Dramatic Saffron


Setiap kali tengok dress custom made dari Ashi Studio ni teringat video Brut bila Deepika struggle nak berjalan dekat red carpet sebab juntaian dress dia . But still she looks gorgeous with different summer tone. Details pada bahagian bahu dan dada antara tarikan utama dress ni. Lebih cantik kalau anting-anting batu kuarza berwarna emerald dari Farah Khan World ni lebih panjang dan bersaiz ekstra besar, sama level dengan drama pada baju Deepika. 

13. French Floral


Kembali lagi dengan bun tinggi untuk dress Richard Quinn yang sarat dengan corak bunga mawar bersaiz besar. Kombinasi warna yang digunakan memang cantik tapi bila heels pun menggunakan corak dan warna yang sama, nampak tak sesuai. Anting-anting dari koleksi Superstar Burst oleh Estaa Gems sebagai pelengkap gaya. 

14. Straight of the Runway !!!!!


Sebagaimana epiknya filem Elvis di Cannes, sama juga lah dengan penampilan Deepika Padukone sebagai juri filem pada tahun ni. Bow to the Queen I must say. Persalinan busana berona hitam dan emas dari Louis Vuitton diberi tumpuan yang sarat di mana kolar bersaiz besar mempunyai sulaman tersendiri sebagadi bahagian bahu dan hiasan bulu hitam di bahagian lengan. 

Hairstyle yang berbeza dari semua penampilan Deepika dengan perhiasan anting-anting berwarna hitam dan juga cincin mengikut konsep yang sama dari Amaris. Tatarias menggunakan smokey eyes melengkapkan lagi gaya menawan pada majlis tersebut. 

15. Bid Adieu


Majlis makan malam terakhir Cannes yang ke-75 ditaja oleh Chopard dan Deepika memilih custom made Ashi Studio dengan sepasang pantsuit dengan design yang unik di bahagian bahu dan dada. Kreatif untuk bahagian atas tapi lebih menarik kalau Ashi Studio but fit atau skinny untuk bahagian seluar. Nampak tak cantik bila seluar tutup pointed heels tu. 

16. Regal White


Abu Jani Sandeep Khosla sekali lagi memukau mata dengan rekaan dia selepas kemunculan terakhir Sonam Kapoor di Cannes pada tahun 2019. Kali ni saree custom made berwarna putih gading yang sarat dengan renda bermotifkan organza dalam lipatan bersaiz besar ni diberikan kepada Deepika Padukone. Baik dalam studio mahupun di luar studio, saree ni tetap memukau pandangan. Bila tengok bahagian belakang pula renda organza tu mainkan peranan sangat bila nampak fluffy. 




Bukan saja saree malah choli yang dipadankan juga cantik bila ianya diperbuat dengan hiasan berlian pada setiap garisan tulang. Choker dari himpunan mutiara direka seperti kolar membawa elemen konservatif dan seimbangkan pakaian Deepika pada majlis tersebut. Moden tapi masih lagi terikat dengan sifat tradisional. 

Personally I tak suka dengan hairstyle bun dengan belahan tengah sebab bahagian belakang kosong jadi tak salah kalau Deepika buat semi ponytail ataupun Indian braid. Nampak lebih feminin jugak lah kalau guna hairstyle ni. 

17. Minting French


Finally Deepika saying goodbye to Cannes after a week with stylish appearances. Nampak comel sangat Deepika pakai suit dan seluar berwarna hijau mint dan padankan bersama sneakers putih. Hairstyle dia pun biar lepas buatkan Deepika tampak lebih muda, segar dan berseri. Kalau dah semedang kena puji dekat sana, siapa tak happy sampai berseri kan? 

You guys rasa penampilan mana yang menawan di mata dan hati? Jangan lupa komen dekat bawah tau ;)

3 comments

  1. tergelak baca komen awak pasal baju polkadot tu. Sari dan street look tu cantiknya

    ReplyDelete
  2. Beautiful Fashion! Love Deepika so much

    ReplyDelete
  3. Kebanyakan pakaian dia memang kena dengan dia tapi paling suka dua yang terakhir memang menyerlah betul kecantikkan dan sweet deepika ini..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.