TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 36 : It’s Okay, That’s Friendship 🎬

Monday, 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (20:33 minutes for episode 36)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Selesai ujibakat dalam Episod 35, Treasure dapat skrip untuk watak yang diagihkan kepada semua ahli Treasure. Tak faham kenapa staff YG kata web drama padahal cerita ni satu episod je dalam Treasure Map Season 2. Patutnya short film lah kan? 

It’s Okay, That’s Friendship mengisahkan tentang sepasang kembar, Junkyu dan Doyoung yang berpindah ke sekolah baru. Hari pertama di sekolah tersebut mereka dikenalkan dengan Treasure 5 yang menjadi pujaan ramai. 


T5 ala Boys Over Flowers lah ada group F4 macam tu. Dalam Treasure 5 ada anak-anak orang kaya atau berpengaruh yang memilik rupa paras menawan. Park Jeongwoo anak kepada pengetua sekolah yang terkenal dengan chocolate skin. Ada yang kata Jeongwoo makan coklat banyak sangat sampai kulit dia jadi gelap seprti warna coklat. 

Jaehyuk pula anak kepada pengusaha food delivery manakala Asahi adalah anak kepada pemilik syarikat beer yang dieksport secara global. Orang kata pandangan mata dia lebih memabukkan dari bir jadi sebab tu lah Asahi selalu pakai shade di sekolah. 


Haruto pula pewaris kepada pemilik Hilteum Hotels yang mempunyai rangkaian sebanyak 5.5 trillion hotel di dunia. Junghwan pula anak kepada setiausaha syarikat milik ayah Haruto. Walaupun dia tak lah famous macam Haruto tapi dia tetap terkenal dengan muka kacak.

 Junkyu duduk sebelah Haruto dan di belakang Junghwan sementara Doyoung di hadapan Jaehyuk dan Jeongwoo. Konflik mula berlaku bila Junkyu rimas dengan perangai Haruto tapi Haruto cemburu bila Junkyu rapat dengan Junghwan. Doyoung yang suka dengan keramahan Jaehyuk dianggap pengacau bila Jeongwoo terasa dipinggirkan oleh Jaehyuk. 


Hyunsuk menyesal mention pasal bromance dekat staff YG masa dia dapat tahu ada web drama akan diterbitkan dalam Tresure Map Season 2. Bukan level biasa staff YG buat skrip bertemakan persahabatan ni sebab dah level cerita cinta gay. Cringe jugak lah tengok drama ni tapi suka tengok Junkyu dengan Haruto. Nampak real lah sebab sebelum ni Doyoung bagitahu dalam vlive yang Haruto ideal type Junkyu. 

Chemistry Jeongwoo-Jaehyuk dan Haruto-Junkyu memang menjadi lah sampai meremang tengok bila diorang buat adegan sweet. Ditambah pula dengan sinematografi ala drama romantik Korea, makin menjadi-jadi lah level cringe tu. 


Pengarah pun tahu kelemahan dan kekuatan para pelakon jadi dia tahu shot mana yang sesuai untuk setiap scene. 20 minit terasa singkat untuk web drama yang sarat dengan pelakon yang menawan. Kelakar tengok Asahi yang muncul sebagai filler dan menghidupkan elemen komedi. Untuk music score pula team production guna kesemua lagu Treasure yang dah release sepanjang tahun 2020 hingga 2021. 


I got two complaints. Firstly, atak yang tak dibahagikan dengan sama rata macam Mashiho yang cuma ada satu line saja sepanjang It’s Okay That’s Friendship. Sama juga lah dengan Yoshi dan Yedam. Jihoon boleh dapat sampai 3 watak sampingan dengan dialog yang panjang. Nasib baik lah diorang pulun berlakon masa Treasure 5's introduction tu walaupun visual agak blur. 

Second and last sekali bila durasi cerita ni tak panjang sangat. Patutnya pengarah shoot sampai setengah jam dan kembangkan watak Junghwan dengan ayah dia. Ada potensi dekat situ untuk jadi instense drama bila Jihoon lebih utamakan perhatian dia dekat Haruto sampai anak dia terasa hati. Watak sampingan yang lain pun boleh dikembangkan lagi atau tambahkan plot. Tak puas lah 20 minit je!


Dalam web drama ni boleh nampak lah kenapa Haruto pegang watak utama bila lakonan dan expressions dia on point. Walaupun genre ringan tapi aura dan screen presence dia tinggi. Sama juga dengan Junghwan yang memang dah ada experience berlakon masa kanak-kanak. Intense scene antara Haruto dengan Junghwan tu pun terasa macam betul walhal offscreen dua-dua sejenis yang manja dan cengeng. 

Boleh nampak lah pelaburan YG terhadap Treasure berbaloi sebab semua pandai menyanyi, menari, berlakon dan visual genius. Kudos to team production and Treasure for this web drama! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. Mungkin drama pendek itu satu permulaan.. Mana tahu lepas ini diorang betul-betul berlakon web drama..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.