TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 41 : Destiny – The Luck of Draw 🃏

Monday, 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (27:39 minutes for episode 41)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Treasure in a good mood untuk episod ni sebab diorang pergi bercuti. Tapi staff YG kata percutian ni cuma prank saja sebab Treasure akan diuji dengan takdir dan tuah dalam aktiviti “Paired For Destiny”. Sebelum perjalanan lagi aktiviti ni dah bermula bila staff YG tentukan pasangan melalui tempat duduk masing-masing. 

1. Hyunsuk & Junkyu
2. Jihoon & Yedam
3. Yoshi & Haruto
4. Mashiho & Doyoung
5. Asahi & Junghwan
6. Jaehyuk & Jeongwoo


Boleh kata pairing dalam episod ni ada yang fresh dan rare macam Asahi dengan Junghwan, Mashiho dengan Doyoung dan Jihoon dengan Yedam. Jihoon dengan Yedam memang rapat sejak trainee lagi dan masa survival show YG Treasure Box tapi sepanjang Treasure Map jarang lah satu team.

Menggunakan tema ‘Kehidupan dibentuk melalui pilihan’, maka setiap pasangan perlu pilih kad sama ada ‘Treasure’ ataupun ‘Death’ yang dipegang oleh staff setiap kali aktiviti ataupun sebelum makan. Pusingan pertama menggunakan kad pilihan adalah Luge vs Leave di mana setiap pasangan yang malang perlu turun tanpa melakukan outdoor activity. 


Memang lah kelakar tengok reaction Treasure masa nak pilih kad tu tapi kesian sangat dekat pasangan yang tak dapat join padahal aktiviti naik pedate turun bukit tu seronok kot. Bukan selalu dapat datang situ. Tak tahu lah kalau staff YG bagi jugak diorang merasa lepas habis shooting ke apa tapi haihhh kesian lah. By the way Hyunsuk comel betul dalam episod ni masa dia ride luge lepastu terbabas. Eikkkss! 

Untuk makan malam pula setiap pasangan perlu pilih kad ‘Treasure’ ataupun ‘Death’. Pasangan yang dapat ‘Death’ perlu hidupkan api. Kali ketiga pilih kad pula akan tentukan pasangan mana akan makan daging ataupun meat jelly. Haruto bijak eh guna kekacakan muka dia untuk pujuk staff YG bagitahu dia mana satu kad ‘Treasure’.

‘If you think about the probability then we might not get to eat meat.’ – Park Jihoon


Walaupun pilihan kehidupan kita salah tapi kalau dapat kawan-kawan yang baik, semuanya akan jadi baik-baik saja haaa gituhhhh! Sama lah masa makan malam ni bila member Treasure yang bernasib malang dapat merasa makan daging BBQ bila diorang berkongsi. 

Lepas habis makan semua pasangan kena cari kad dalam rumah usang yang terletak di belakang guesthouse tersebut. Dalam Treasure Map Season 1 Episod 24, Haruto menangis beria masa masuk rumah hantu tapi disebabkan dia satu team dengan Yoshi, tak ada lah dia cuak sangat. Hyunsuk lah kesian sebab dia penakut teruk. 

‘Where is Hyunsuk?! You better start praying now!’ – Park Jihoon



Lama betul Junkyu dengan Hyunsuk pergi ambil kad sampai Mashiho dah menguap luas tunggu diorang. Jaehyuk sampai tertidur dekat kerusi. Diorang berdua ni senang betul tertidur dalam apa jua keadaan pun, bising macam mana pun member yang lain, elok je tidur lena dengan comelnya macam dalam Episod 9.


Kad yang setiap pasangan jumpa dekat dalam rumah usang tu menentukan nasib diorang sama ada tidur dalam rumah dengan heater ataupun tidur dalam khemah di luar rumah. Jihoon, Hyunsuk dengan Junkyu riuh betul dapat tidur dekat dalam khemah padahal semuanya hyung line. Masa maknaes line buat video penutup dekat dalam pun boleh dengar suara Junkyu dengan Jihoon berdekah dekat luar. 


‘Today was a lot of fun. Even though I smell like our BBQ.’ - Yedam

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.