TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 42 : Slow Life

Monday, 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (27:39 minutes for episode 41)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 



Bersambung dari Episod 41 dengan vacation Treasure di kawasan luar bandar. Staff kejut Treasure bangun dan bagi misi untuk buat T-pyramid dalam masa 3 minit tapi memang mustahil lah cerita dia sebab memasing mamai lagi. Mashiho dengan Junkyu paling susah nak bangun pagi. Kelakar betul tengok Asahi kejutkan member lain, muka tak ada simpati langsung. 

Sama konsep macam Treasure Map Season 1 Episod 15 bila Treasure kena sediakan makanan sendiri menggunakan semua perkakas dan peralatan yang ada di guesthouse tersebut. Ada bahan mentah yang disediakan dan ada pula yang kena cari sendiri. 


Junghwan : Didn’t we do this before? Did we make only two meals? 
Asahi : Then today it’s gonna be one meal only.
Jeongwoo : Let’s make it one meal!

Sebelum mulakan aktiviti Treasure perlu tukar pakaian kepada pakaian orang kampung. Happy betul Asahi bergaya dengan pilihan baju dia. 


Lepas pilih baju Treasure kena buat fashion show depan staff. Hyunsuk siap buat parody U Mad- Bobby untuk ramp walk dia. Member yang lain pulak faham the assignment. Lepas fashion show Treasure berbincang nak masak menu apa untuk makan tengahari. Lepas perbincangan serius, Treasure buat keputusan untuk masak jeon dengan sujebi. 

Jaehyuk : This is what I think. You know how we’re peeling potatoes? We should feel sorry for them.
Hyunsuk : Yeah, we’re peeling their skin.


Sama macam dalam Episod 15, Jaehyuk dengan falsafah atau pandangan pelik dia sementara Haruto dengan Asahi haruslah member yang tak tahu nak buat apa selain dari main dan mengacau orang lain. Sementara Hyunsuk dengan Jaehyuk kopek kulit kentang, Jihoon potong zucchini, Mashiho, Junkyu, Junghwan, Doyoung, Yedam dengan Yoshi buat doh untuk sujebi. Mashiho lepaskan stress dia prepare doh tu sampai Jihoon brag skills pun dia tak dengar. Lepas doh siap, diorang simpan untuk biar kembang selama 15 minit. 

Dekat TikTok banyak betul video Asahi dengan Jeongwoo angkut air dalam kuali untuk masukkan dalam periuk besar. Setiap kali nampak video tu setiap kali tu jugak lah berdekah sebab Asahi kelakar. Jeongwoo pulak sama naik je mengusik. 


Comel je Asahi dengan Jeongwoo pergi cerita dekat eomma Hyunsuk pasal ‘kerja keras’ diorang. Sebagai mak yang sayang anak, diorang berdua dapat sambung tidur. Tapi kena marah dengan appa Jihoon, mencicit masing-masing keluar pergi tolong yang lain. 

Lepas air dah mendidih, Jihoon masukkan kicap manis tapi rasa dia pelik dekat tekak. Sudahnya dia berlari ke belakang ambil perencah ramen sebagai penyelamat. Bab memasak tak pernah lah tak kecoh. Masa tarik doh tu pun Junkyu tibai tarik doh sampai besar sama saiz dengan dumpling. Beza betul Yunhyeong masak sujebi dengan Treasure masak haha. 


Habis makan sujebi, Jihoon buat latte strawberry sebab dia tengok dekat TikTok tapi Hyunsuk macam ragu-ragu dengan rasa minuman tu. 

‘The flavor is strawberry at first. You taste milk, strawberry then nothing.’ – Hyunsuk

Hyunsuk main peranan betul sebagai mak Treasure bila dia layankan je anak-anak nak makan apa untuk tengahari tu walaupun dia tak suka pun makan sujebi. Dia nak buat pancake pun tak boleh sebab tak ada butter. 


Dekat dalam episod ni Asahi, Jeongwoo dengan Jaehyuk makin rapat lepastu jadi trio comedians dalam Treasure. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.