TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 37 : Behind The Scenes It’s Okay, That’s Friendship 🚨

Monday, 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (27:29 minutes for episode 37)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Macam I cakap dalam review web drama It’s Okay, That’s Friendship di Episod 36, boleh je kalau staff YG shoot drama tu sampai 30 minit sebab reaction video sampai 27 minit. Dekat dalam episod ni Treasure bagitahu watak dan dialog yang perlu dilakonkan dalam web drama tersebut. 

‘Oh gosh! This is too cringey…..’ – Haruto


Kesian betul Mashiho ada satu dialog je. Kesian tengok dia cari dengan Jeongwoo dalam buku skrip tu. I boleh faham kalau dia ada banyak dialog tapi bila masuk editing part, kena potong sebab Mashiho tak boleh nak carry ke apa. Haihhh

Sebelum start shooting Treasure berkumpul dengan director untuk script reading session. Masa baca skrip masing-masing macam cringe habis nak sebut dialog diorang. Bila shooting macam-macam hal jadi. Bab tersasul dan lupa dialog tu perkara biasa lah sampai kena retake banyak kali. Hyunsuk sampai terjatuh dari kerusi sebab gelak banyak sangat. 


Team production banyak kali bagi moral support sebab Jeongwoo, Jaehyuk, Haruto dengan Junkyu cringe dengan highlight scenes. Jeongwoo sampai rabak mental nak berlakon dengan Jaehyuk. Jaehyuk sampai cuak kalau fans membahan dekat socmed. 

Walaupun ambil masa yang lama nak siapkan web drama ni bila Treasure masih baru tapi staff dengan team production baik je melayan kerenah diorang. Tu belum masuk part suhu rendah sebab tengah musim sejuk. Masa shooting terpaksa pakai kostum yang disediakan walaupun sejuk teruk. 


Banyak scene ambil masa untuk dilakonkan sebab tahap cringe yang melampau sampai Treasure depressed. Tapi cringe macam mana pun diorang tetap bagus deliver onscreen sampai web drama tu nampak cantik je flow dia. Cameraman dengan editor pun kreatif sebab tahu angle mana dan shot jenis macam mana nak guna sepanjang web drama tu. 

Dekat minit ke 9:03 tu staff YG dapat ilham untuk web drama The Mysterious Class (2021) ke? 

‘I might have nightmares’ – Junkyu


Kelakar tengok Hyunsuk buat live reaction dekat shooting site masa scene Doyoung, Jeongwoo dengan Jaehyuk. Stress punya pasal sampai lari keluar dari situ. No wonder lah tak ada Teume yang membahan teruk sangat sebab taknak Treasure murung haha

Masa Treasure buat reaction video untuk web drama tu kelakar sebab diorang sendiri tak sanggup nak tengok cringe scenes dalam web drama It’s Okay, That’s Friendship. Sambil tengok reaction tu diorang bagitahu TMI untuk beberapa scenes lepastu rasa nak tengok balik web drama untuk yang entah kali keberapa haha


Muka Asahi bila team production guna lagu Orange hasil gubahan dia sebagai background score tu kelakar. Teringat reaction Asahi masa cringe tengok aegyo member lain dekat pajama party dalam Treasure Map Season 1 Episod 9 dulu. Terseksa habis. 

Haruto dengan Junkyu geli masa berlakon cringe scenes diorang, masa reaction video pun kemain murung tapi sepanjang Treasure Map ataupun vlive diorang lah yang paling sweet sekali sampai ada kapal HaruKyu. 


Anyway lepas tengok web drama ni dan Treasure Map Season 2 baru perasan yang Park Jeongwoo makin handsome. Masa dalam YG Treasure Box nampak betul muka kanak-kanak belum baligh. Bila dah besar ni makin handsome. Sama lah dengan baby cow. Walaupun editor-nim asyik babykan dia, tapi dah hilang dah muka comel tu. Muka Haruto pun makin sharp. Doyoung pun sama. Maknae line dah besar dan handsome. Fuhhhh

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.