Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (34:58 minutes for episode 56)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video :
Hari yang dinantikan telah tiba selepas Treasure belajar memasak dan sediakan minuman mengikut menu pilihan juga hias café mengikut konsep Treasure di Episod 55. Treasure Maker yang datang ke café ni boleh minta Treasure buat persembahan ringkas, bergambar, minta autograf dan berbual. Treasure juga sediakan secret menu dengan pelbagai mission untuk Treasure Maker.
Sebelum first batch datang semua ahli Treasure sibuk dengan mengemas dan sanitize café untuk pastikan café bersih dan selamat. Treasure juga rehearse ambil pesanan dari Treasure Maker supaya semua berjalan lancar. 4 orang sebagai penyambut tetamu, 4 orang ditugaskan sebagai barista, 2 orang di kaunter sandwich dan yang lain sebagai pelayan. Excited dan nervous dalam masa yang sama.
Doyoung : One scoop and a half is enough
Jeongwoo : Who are you talking to? Who exactly?
Doyoung : Ohhhh I was just talking to myself
Dalam dua episod ni terserlah betul perangai pelik dan kelakar Doyoung. Sorang-sorang pun jadi. Junkyu dengan Jihoon hyper sebab happy dapat jumpa Treasure Maker. Yoshi shy shy cat. Untung la Treasure Maker Korea dapat jumpa Treasure face to face, dapat perform depan Treasure aaa jealous!
Junkyu : This Princicity Toast is cook by Mashiho so he ask if it’s okay
Treasure Maker : Ohhh it’s so good. It’s delicious!
Kalau buka café dah jadi perkara biasa lah tertukar order ataupun tersalah ambil order jadi Treasure pun tak terlepas juga dengan minor mistakes macam tu. Belum masuk tak jumpa barang yang dicari lagi. Dalam sibuk bekerja pun Haruto dengan Asahi sempat lagi menari untuk bagi support dekat member yang memasak. Doyoung pula tabur pickupline dekat Treasure Maker.
Doyoung : Are you guys from Disneyland?
Treasure Maker : Sorry?
Doyoung : You guys looks like princesses.
Masa first batch Treasure okay lagi tapi bila masuk second batch, Junkyu dah mental breakdown sebab busy basuh pinggan, mana nak siapkan order lagi lepastu nak tunaikan permintaan Treasure Maker. Jihoon dengan Doyoung pula hampir bakar pan sampai menggigil Hyunsuk dibuatnya. Haruto dengan Jeongwoo pula buat toast terlebih tapi nasib baik lah semua member tengah lapar. Boleh lah habiskan toast yang lebih tu.
Jaehyuk : Do you want to ask me anything?
Treasure Maker : You’ll be Treasure for a long time and keep working hard. But if you ever feel this isn’t your road, I’ll root for anything you want to do. You always have my support.
Untuk batch ketiga pula Treasure dah belajar dari kesilapan masa first dan second batch jadi diorang lebih bertenang untuk serve semua Treasure Maker yang datang. Comel tengok Haruto temankan Yedam nyanyi lagu Peaches – Justin Beaber depan fans sebab dia segan nyanyi sorang-sorang.
Sama juga dengan batch keempat bila Treasure dah hilang nervous dan siapkan semua order dengan jayanya. Untung lah siapa yang datang batch terakhir sebab dapat layanan special sikit dari Treasure siap ada mini fan meeting.
Walaupun penat sebab bekerja dari awal pagi sampai petang tapi pengalaman Treasure Café berharga untuk Treasure. Dapat jumpa peminat dan dapat moral support buat Treasure lagi bersemangat.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.