TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 57: Jeju Island Trip

Monday, 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (21:48 minutes for episode 57)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Selepas bekerja keras untuk acara Treasure Café dalam Episod 56, YG staff bawa Treasure pergi bercuti di Pulau Jeju. Memandangkan Treasure pergi bercuti jadi staff provide self camera untuk setiap member untuk diorang rakam aktiviti di sana. 

‘I’m going all out for this T-log. With our flex coupon, we wanted this meaningful trip to Jeju. The group decided after discussing it. And it’s taken on my home turf, T-log. That makes me happy. T-log is love! – Choi Hyunsuk


Perjalanan Treasure agak mencabar lah untuk ke Pulau Hyeongje sebab kena naik bot meredah ombak besar dan kuat. Asahi peluk kuat kasut dia sebab taknak kasut dia basah. Mashiho sampai tergolek sana-sini sebab badan dia kecil. Nasib baik ada Jaehyuk tolong jaga member lain. 

Excited betul Junkyu bila dah jumpa pulau sebab boleh main air, berenang dan menyelam dengan Doyoung. Sementara Hyunsuk tak sudah bercakap pasal pengalaman dia untuk Treasure Map Season 2 sebab dia dapat buat banyak aktiviti. Jeongwoo pula nak menangis sebab nak main air tapi Jaehyuk tak nak. Entah kenapa dia tunggu Jaehyuk padahal Junkyu dah ajak main air sama-sama. 


Asahi : What now? Should we get in water? If we get in the water, so will that kid. That kid wanted to take a dip. You see that long-built kid?
Jaehyuk : Haruto?
Jeongwoo : Are we really going in? All four? Let’s go chopstick! 

Pulau Hyeongje ni kecil je tapi sesuai lah untuk snorkeling sebab boleh jumpa banyak ikan dan bagi makan sekali. Punya lah tak ada aktiviti sangat sampai squad 0104 happy main dengan rumpai laut. Lepas puas main air, Treasure makan abalone dengan daging bakar. 


‘The shrimp taste so fresh because they’re alive. They’re flapping in my mouth.’ – Doyoung

Memang sakan lah Treasure makan sebab dah penat main air. Jaehyuk kata kalau Asahi mati dekat sebelah dia pun dia tak perasan sebab sedap sangat. Terdiam Asahi dengar pepatah dia. Habis makan Treasure dapat pilih bilik untuk tidur malam tu. Kalau bernasib baik dapat bilik yang besar, kalau nasib malang duduk lah beramai-ramai dalam bilik sempit. 

Sama macam dalam Episod 48 bila baby cow bawa buku teks pergi bercuti sebab dia kena ulangkaji pelajaran. Dapat bilik ada katil besar pun Junghwan tak boleh tidur sebab dia kena study untuk exam. Haruto pilih bilik yang sama dengan Jeongwoo sebab dia cam kasut kawan baik dia. 


Jihoon, Hyunsuk dengan Yoshi happy dapat satu bilik. Sebelum tidur diorang layan persembahan iKON dengan Lisa dekat Kingdom : Legendary War (2021). Punya lah excited tengok persembahan At Ease sampai Jihoon terhantuk kepala dekat shelf. 

Pagi esoknya Treasure bangun awal pagi lepas subuh sebab kena daki bukit untuk tengok matahari terbit. Junghwan bagi semangat dekat Junkyu yang tak ada tenaga kalau mendaki macam dalam Treasure Map Season 1 Episod 26. Walaupun tak nampak sangat matahari sebab awan tebal, Treasure bergambar dan buat ucapan khas untuk Treasure Maker dekat atas bukit tu. 


‘We’re half way through 2021 so for the rest of 2021 and year 2022, we hope we can make a great comeback and we can have fun on stage.’ - Hyunsuk

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.