Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (23:31 minutes for episode 44)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video :
Permulaan episod 44 agak kreatif bila Jaehyuk, Jihoon, Junkyu dengan Hyunsuk ingat ada T-log tapi kena prank sebab ada projek besar untuk mereka berempat. Tak pasti mana ahli Treasure yang lain. Mungkin ramai yang balik jumpa keluarga kecuali diorang berempat.
‘Are you spending our 12-member budget for just four members?’ – Kim Junkyu
Staff YG gelarkan projek besar dalam Episod 44 dengan The Good Brothers Project tanpa dedahkan apa aktiviti yang mereka berempat kena buat. Hyunsuk tak sudah tanya soalan sebab dia curious dan overthinking dengan misteri yang didedahkan oleh staff. Lama juga dia membebel sorang depan kamera sampai dia dah mengantuk teruk.
Keesokan paginya mereka berempat naik bas menuju ke destinasi rahsia. Dalam perjalanan tu banyak jugak lah episod teka-teki dari mereka berempat. Disebabkan Hyunsuk membebel lama semalam, dia tertidur dalam bas. Bila dah sampai ke stesen indoor skydiving tu Hyunsuk dah cuak sebab dia takut ketinggian. Junkyu lebih banyak diamkan diri.
Jihoon terkejut bila Hyunsuk excited nak buat skydiving tapi Hyunsuk confident dia boleh buat sebab dia tengok dalam TikTok tak lah menakutkan sangat. Lagipun ada instructor yang akan teman dekat dalam tu. Dari luar tengok macam seronok tapi bila dah masuk dekat dalam agak seram lah sebab bunyi angin tu kuat sangat.
Tempat kedua untuk Brave Brothers Project ialah paragliding. Hyunsuk dah mula murung sebab paragliding lebih menakukan dari indoor skydiving. Perjalanan nak naik ke puncak pun agak jauh sebab gunung tu tinggi. Angin kuat ke pemandangan cantik ke Hyunsuk tetap hilang jiwa untuk buat aktiviti tu. Jihoon tak sudah membahan Hyunsuk.
Jaehyuk yang pertama naik paragliding tu walaupun dia cuak sebab angin kuat. Pakcik instructor tu tenangkan dia sebab paragliding best. Lagipun ada orang yang berpengalaman temankan setiap seorang jadi tak lah diorang risau sangat. Jaehyuk siap goyang kaki dekat atas sambil buat video untuk Teumes dan member Treasure.
‘He flew out there. I should hurry and go back home’ – Hyunsuk
Junkyu tergelak bila pakcik instructor tu cakap suara Jaehyuk paling kuat sebab takut lepas pakcik tu kata dia akan sengsara masa buat aktiviti ni. Sebelum buat paragliding Hyunsuk takut sampai kemurungan tapi bila dah terbang dekat atas dia lah yang paling happy sampai buat muka comel bila landing. Hyunsuk menyesal dia takut tanpa sebab sedangkan tak ada apa pun yang menyeramkan dekat atas tu.
Junkyu dengan Jihoon paling happy lah sebab diorang memang suka outdoor activities. Jihoon relaks je walaupun trainer tu cakap dia baru dapat lesen 2 hari lepas. Kalau Hyunsuk dah menangis panggil mak dah. Seronok betul Jihoon dalam Treasure Map ni sebab masa Season 1 dia boleh buat bungee jumping lepastu dalam season 2 dapat main luge dekat Episod 41 lepastu buat indoor skydiving dengan paragliding pulak. Hopefully Season 3 nanti ada aktiviti menarik untuk Treasure.
Selain happy tengok Hyunsuk dah kurangkan level penakut dia, sweet tengok Jaehyuk hantar message video dekat bff dia, Asahi dengan Jeongwoo, comel juga tengok Jihoon dan Junkyu. Punya lah rapat sampai Jihoon dah faham macam mana nak tolong Junkyu convey apa dia nak cakap depan camera. Setiap kali Junkyu struggle, Jihoon mesti yang paling laju tolong Junkyu. Walaupun Junkyu dah makin rapat dengan Haruto dan Mashiho tapi friendship diorang tetap kuat.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.