TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 47 : Field Day 🎊

Monday, 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (26:53 minutes for episode 47)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Aktiviti untuk episod ni adalah aktiviti sukaneka di padang bila Treasure dibahagikan kepada dua kumpulan. 

Kumpulan Putih : Hyunsuk, Asahi, Junkyu, Doyoung, Haruto, Yedam
Kumpulan Biru : Yoshi, Junghwan, Jeongwoo, Mashiho, Jaehyuk


Jihoon tak ada untuk aktiviti sukaneka ni sebab dia sakit. Istimewa untuk episod ni bila ada tetamu jemputan yang pernah muncul dalam Episod 39. Comel sangat Hyunsuk menjerit panggil Hajun. Sama juga dengan Nayun yang rindu dekat Junghwan. Mak Nayun cakap dia selalu menyebut nama Junghwan dekat rumah. Walaupun Yewon malu-malu tapi dia tetap ingat nama Jeongwoo dengan Mashiho yang jaga dia dekat taska dulu. 


Aktiviti pertama ialah letupkan belon bila pasukan lawan kena letupkan belon yang diikat pada kaki. Awal lagi Junkyu terkeluar bila Jaehyuk letupkan belon masa dia tengah leka melayan Rowoon. Bukan budak-budak je yang main tapi Treasure pun sama naik berlari sana-sini. Doyoung dengan Jeongwoo hyper berlari acah dinosaur. 

Aktiviti kedua ialah long jumpa macam aktiviti Hari Sukan dekat Treasure Map Seaosn 1 Episod 16 - 17. Jaehyuk masih lagi guna teknik yang sama macam tahun lepas bila guna tangan untuk dapatkan jarak yang maksima. Lompat jauh ni mudah sangat untuk Haruto dengan Mashiho. Doyoung dah keluar dari national embarrassment bila dia berjaya lompat sampai 240cm. 


Aktiviti ketiga pula Pinata. Setiap kumpulan mempunyai pinata untuk dipecahkan dengan cara yang kreatif. Kumpulan yang berjaya pecahkan akan menang. Bukan budak-budak tu yang pecahkan tapi Treasure beria baling toys sampai Pinata pecah. Baby cow baling dua kali je dah bergoyang pinata tu. 


Aktiviti sukaneka berhenti sekejap untuk snacking time. Rowoon bagi biskut yang dia buat sendiri dekat semua orang. Rowoon suruh semua orang duduk dulu baru dapat biskut dia. Happy betul Junkyu layan Rowoon. Comel tengok diorang gelak sebab dua-dua pun comel. Haruto, Asahi dengan Eunsoo pun comel spend time sama-sama. Yoshi makin rapat dengan Beomha. Pendek kata semua lah comel! Kalau Bobby dengan Taeyang nak cari babysitter boleh halo halo Treasure. Pilih je yang mana nak. 


Aktiviti keempat ‘Laying Eggs’ disambung sebaik saja habis makan. Game ni mudah je bila semua ahli kena ikat kotak berisi bola ping pong dan keluarkan mengikut lubang di bahagian tengah kotak. Kelakar bila tengok Hyunsuk dah berjaya keluarkan banyak bola tapi Eunsoo masukkan balik dalam kotak. Yoshi penat bergelek sampai nak termuntah. 

Aktiviti kelima ialah lari 3 kaki kemudian tarik luncur ke garisan penamat. Masa tengah main boleh pulak budak-budak keluar dari luncur. Ada yang siap tertukar kumpulan. Dari pagi sampai ke petang macam-macam hal jadi dalam episod ni. 


Aktiviti terakhir ialah lumba lari berganti, Treasure masuk lumba lari sementara budak-budak duduk dekat tepi trek bagi moral support. Kalau diorang yang lari mesti bermacam ragam nak kena layan.  Tapi susah jugak nak jangka siapa yang akan menang kalau ada Mashiho, Doyoung dengan baby cow. Nasib baik Junkyu tak buat perangai kelakar dia masa start perlumbaan tu. 


Hari sukaneka berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang. Walaupun Treasure yang ekerja keras tapi semua hadiah tu dapat dekat tetamu jemputan comel. 

‘Today was great. Let’s make it our last sports day.’ – Asahi

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.