TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episod 48 : The Golden Bell Challenge 🔔

Monday, 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (27:48 minutes for episode 48)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Game baru diperkenalkan dalam Episod 48 dengan berkonsepkan kuiz. Setiap ahli Treasure perlu teka senario seterusnya yang berlaku dalam video yang akan ditayangkan oleh staf YG. Setiap ahli akan diberikan hint dan peserta yang berjaya akan menang hadiah. 

‘The human memory is interesting. I didn’t remember until seeing this. It makes me wonder about people.’ – Park Jihoon


Video yang ditayangkan adalah video yang dirakam selepas vlive birthday Hyunsuk. Staff bagitahu Treasure bebas buat apa saja sepanjang hari dan rakam aktiviti pada hari tersebut. Lebih kurang macam T-log tapi tak perlu bercakap dengan kamera. Jihoon syak staff YG buat content yang sama dengan Episod 20 - 21 bila diorang observe reaksi Treasure. 

Soalan pertama pun dah ramai yang salah sebab tak boleh nak jangka dan tak ingat pun apa yang jadi masa tu. Mashiho pun terkejut dengan video yang dia tengok sebab dia jawab lain padahal hari kejadian dia buat sebaliknya. Soalan yang staf bagi berbentuk objektif dan juga subjektif. 

‘What are we doing for today? You guys a re being reliable… I mean suspicious.’ – Hyunsuk


Dalam video tu tak sudah Treasure tanya dekat staff apa diorang kena buat sbab macam pelik sangat rakam tapi tak ada apa-apa aktiviti. Comel betul baby cow kena makeup dengan MUA, dia buat split macam pelakon Korea selalu buat bila makeup sebab staff kebanyakannya rendah. 

Lama juga Treasure ambil masa untuk hadam kenapa diorang stay dekat guesthouse tapi tak ada aktiviti sampai staff bagi mesej supaya buat je apa diorang nak dekat dalam rumah tu. Jaehyuk cuba buat game beregu tapi soalan dia bertahan sampai 3 je padahal ahli Treasure yang lain dah excited nak teka lagi. 


Sementara tunggu makanan yang ditempah sampai, Treasure buat arm wrestling. Mashiho warm up dengan Haruto. Senang sangat Mashiho nak tapau sebab tangan dia kuat walaupun fizikal paling kecil dalam Treasure. Tapi semua orang terkejut bila baby cow kalahkan Mashiho. Terkejut Mashiho kalah satu hal, terkejut maknae comel diorang dah besar satu hal lagi. 

Kalau bersantai dekat guesthouse macam dalam episod ni Hyunsuk selalunya duduk diam je tengok anak-anak dia. Jihoon ikut mood, awal-awal dia aktif main lepastu dia pun join Hyunsuk tengok yang lain. Yedam dengan Junkyu paling senang nak jaga sebab suka tidur. Yang paling hyper haruslah Jeongwoo, Asahi, Jaehyuk dengan Haruto. Comel je baby cow bawak buku teks sekolah sebab dia kena study untuk exam. 


‘Junghwan can you concentrate in here?’ – Hyunsuk

Dalam rakaman tu kerap betul Asahi menggaru badan dia. Entah dia gatal ke ataupun dah habit dia garu sana-sini. Nak kata memang gatal tak pernah pulak nampak tempat dia garu tu merah berbekas. Mandi 5 kali sehari pun tak cukup nak buang bakteria dekat badan tu. 


Game The Golden Bell Challenge ni bukan setakat susah nak teka jawapan berdasarkan rakaman video malah susah nak jangka juga siapa yang berjaya jawab dengan tepat sampai ke pusingan akhir. Ada yang dah keluar masuk banyak kali tapi yang sorang ni relaks je sampai ke penghujung game. 

Dalam rakaman tu boleh nampak perangai setiap ahli Treasure di sebalik kamera. Surprisingly, sama je tak jauh beza pun haha. Staff pun bagitahu benda yang sama juga. By the way thanks to the stylist team yang bagi wardrobe cool kids on the block. Comel je semua member pakai topi pusing belakang. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.