TV Show Review | Treasure Map Season 2 Episode 30 - 31: YG Tour, X-Man 🏃

Monday, 9 May 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episode& 1 special episode (28.35 minutes for episode 30)
Release Date : 22 January 2021 – 30 July 2021
Video : 


Gara-gara Season 1 dapat sambutan hangat dan banyak membantu debut stage Treasure, YG Entertainment teruskan Treasure Map dengan musim kedua bersama logo dan lagu tema baru. Episod pertama untuk musim kedua pun dah kecoh sebab Treasure excited shooting Treasure Map. Walaupun dah debut tapi greetings Treasure masih lagi bersepah. Asahi masih lagi dengan perangai pelik dan kelakar dia. 

Lagi satu hal Treasure excited dapat shooting dekat bangunan baru lepas debut dengan lagu Boy pada Ogos 2021. Masa Treasure Map Season 1 (2020), kebanyakan lokasi shooting dekat bangunan YG yang lama sebab diorang trainee lagi. Bila dapat masuk ke bangunan YG yang baru, diorang dapat ID sebagai access card. 


Actually dalam lagu MMM pun ada part Treasure shoot dekat bangunan baru. Stail habis lah MV tu. Even dah banyak kali tengok bangunan YG yang baru dalam music videos, vlog Chanwoosari ataupun Songchelin Guide tapi tetap kagum dengan senibina dan interior dia. Eksklusif dan kreatif sangat. Dalam episod 30 dan 31 ni lagi puas lah dapat tengok sebab Treasure tunjuk semua tempat even Tingkat 3 - pejabat staf YG dan Tingkat 7 - pejabat top management. 



Staff trick Treasure dengan aktiviti YG Tour untuk episod pertama tiba-tiba bila diorang sampai dekat dance studio, staff bagitahu kena main Chasing Game. Dalam game ni Treasure dibahagikan kepada dua kumpulan, Kumpulan Biru (Jihoon, Yedam, Doyoung, Mashiho, Asahi, Junghwan) dan Kumpulan Hitam (Hyunsuk, Yoshi, Junkyu, Jaehyuk, Jeongwoo, Haruto). 

Hyunsuk stress Jihoon dengan Mashiho satu kumpulan sebab diorang yang terpaling kuat dalam Treasure tapi Jaehyuk bagitahu game ni bukan semata guna kekuatan tapi strategi. Muka confident sangat bagi advice dekat hyung dia padahal dia terpaling kuat jerit minta tolong bila kena rompak. 

Jaehyuk : They rob the young and rich!
Hyunsuk : Are you rich? 
Jaehyuk : I'm just a college student


Setiap kumpulan diarahkan untuk cari 100 syiling emas dan peti harta karun yang menyimpan wang tunai sebanyak $1,000 yang disembunyikan di setiap kawasan dalam bangunan YG. Ganjaran untuk sesiapa yang dapat harta tersebut, akan simpan sebanyak mana yang mereka jumpa. Chasing Game juga mempunyai X-Men di mana staff YG akan pilih dua orang dari setiap kumpulan sebagai X-Men. Sesiapa yang dipilih sebagai X-Men boleh bunuh sesiapa dari mana-mana kumpulan pun dan sekiranya X-Men menang, ada ganjaran yang akan diberikan oleh staff.  


"I'm not X-Man,I'm just a....Man" – Kim Doyoung

Nampak macam mudah untuk cari 100 syiling emas tapi Kumpulan Hitam tak jumpa sangat syiling emas yang dimaksudkan. Walaupun Kumpulan Biru jumpa banyak syiling tapi risiko syiling emas dicuri pun tinggi juga. Kelakar tengok Haruto tegur ‘Oi’ dekat Asahi. Menggelupur terus jerit minta tolong dengan Jihoon. 

"If you can't be the best, be the worst" – Kim Junkyu

Dua episod ni tak boleh tengok sekali sebab banyak sangat yang berlaku dalam satu masa terutamanya kalau Treasure berkumpul. Macam biasa, disebabkan ahli Treasure ramai yang hyper maka staff YG dah sediakan tripod dengan self-camera untuk Treasure rakam video sepanjang aktiviti. Dah macam musim sebelumnya, haruslah ada kamera yang terkorban. Yedam boleh buat kamera macam bulu ayam sebab nak cari syiling emas. 


Masa semua tengah rancak main game cari syiling emas tiba-tiba Jeongwoo masuk dengan face mask bertanda X sebab dah mati kena bunuh dengan X-Man. Semua terkejut sebab masing-masing dah lupa dengan kewujudan X-Man. Bila tengok keadaan Jeongwoo semua jadi cuak. Kesian sangat tengok Jeongwoo yang hyper kena jadi bisu sepanjang game berlangsung padahal dia yang suggest game ni dekat staff. Banyak kali dia merayu nak main balik tapi rules are rules. Tapi tak boleh main pun dia bijak cari screentime dalam Episod 31. 

Sebelum ni dalam Treasure Map Season 1 : Episod 24, Asahi tak takut langsung dengan hantu ataupun zombi tapi sepanjang Chasing Game ni berlangsung boleh nampak pucatnya muka Asahi sebab takut kena rompak dan kena bunuh dengan X-Men. 

'I don't want to do this again. I mean it' - Asahi


Nak tengok siapa X-Man dan macam mana Jeongwoo boleh dibunuh dengan X-Man, boleh tengok dekat video Treasure Map secara percuma di Youtube. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.