Starbucks | Summer Pleasure Macadamia White Chocolate Iced Latte

Sunday, 8 May 2022

Summer Pleasure dari Starbucks ni dah keluar sebelum Raya lagi tapi tak rasa nak try pun sebab macam tak ada yang menarik. Lebih kepada takut sebenarnya nak cuba. Kang kalau tak sedap, siapa nak habiskan? Minuman dalam edisi Summer Pleasure ada 4 jenis - Seaside Macadamia White Chocolate, Macadamia White Chocolate Iced Latte, Mango On the Beach Frappucino dan Strawberry Mango Jelly Starbucks M: LK Cream Oolong. 


Memandangkan semalam perut macam tak berapa sihat, jadi tak lah beria sangat nak makan heavy untuk lunch. I just ordered my Cafe Latte and one shot hazelnut syrup. Untuk makanan pula ambil donut dengan caramel sebab craving for donut. Nak pergi J&Co sebenarnya tapi malas pulak nak patah balik sebab dah penat beratur dekat IKEA. 

Adik I pulak nak try Macadamia White Chocolate Iced Latte sebab lately she's into macadamia nut. Memandangkan dah mencecah RM47, barista Starbucks tu tanya nak tambah apa-apa lagi tak sebab I boleh dapat face mask Starbucks for every RM50 purchase and above. Makanya I tambah lah jumbo croissant with double cheese. 

Lunch is readyyyyyy~!



I macam menyesal ambil croissant dengan double cheese sebab rasa cheese tu overtake rasa fluffy croissant. Lepas ni kalau nak makan croissant order yang kosong je. Makan dengan jam strawberry dan iced latte gahhhhh perfect! 

Donut tu hmmm dia okay je rasa gebu tapi gula dia macam mengganggu sebab besar sangat. Rasanya kalau guna icing sugar taste better kot. 


Lupa nak ambil close-up shot untuk Summer Pleasure Macadamia White Chocolate Iced Latte semalam. Miannnnn! Untuk drinks tu, adik I tambah caramel shot upside down sebab tu dekat cup tu nampak meriah sikit lah. Dekat whipped cream tu ada sprinkle topping untuk deco lepastu Starbucks letak coklat putih bentuk payung untuk lengkapkan tema musim panas. 

Masa minum latte macadamia ni rasa dia lebih kurang je dengan Iced Toffee Nut Crunch Latte tapi yang tu guna kacang toffee dan yang ni guna kacang macadamia. Pusing sana sini, rasa dia semuanya lebih kurang sama je dengan cafe latte plus hazelnut syrup lol. Dia adjust sikit dekat kacang dengan cookies crumb dekat dalam drinks tu. Not bad lah kalau nak rasa fancy sikit. 

2 comments

  1. phewww.. seronok juga dpt PWP ni kalo begini. mat ri raya pana.

    ReplyDelete
  2. Teruja tengok seaside dengan mango tu.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.