Selamat Hurry Raya Aidilfitri 2022!

Friday, 6 May 2022


Terkejut masa dengar pengumuman raya bila Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 jatuh pada 2 Mei 2022 bersamaan dengan hari Isnin! Kalau tengok pada kalendar, 1 Syawal jatuh hari Selasa, 3 Mei 2022 tapi disebabkan dah nampak anak bulan muncul, maka ahli falakh putuskan beraya awal sehari. Menjerit semua orang masa dengar pengumuman raya sebab cadangnya nak shopping raya hari Isnin tapi semua kena kemas rumah, iron baju raya, memasak bagai. Malam tu Mr. DIY Sabak Bernam ramai orang sampai manager extend masa berniaga diorang sebab kesian tengok ramai beratur panjang. Pasar Sabak pun buka malam tu untuk orang datang beli bahan memasak. 

Masak tu tak banyak sangat sebab mak dah siapkan dari Jumaat sebelumnya. Dia kata nanti tak payah bersesak dengan orang lain dekat pasar. Jumaat tu pun dah kecoh dekat socmed Hari Raya akan jatuh hari Isnin sebab tu ramai yang dah memborong awal dan masak awal. Kitorang pun memang jenis tak masak beria sebab ramai jiran yang panggil ke rumah. 

Nasib baik I balik Sabak Bernam hari Ahad walaupun awalnya cadang nak balik hari Isnin tengahari. 5 jam jugak lah perjalanan dari Subang Bestari ke Sabak Bernam sebab jam teruk. 

Macam biasa bila Hari Raya lepas mandi sunat Raya terus ke surau nak solat raya tapi pagi tu dok ralit apa benda entah lepastu ingat solat Raya start pukul 9 pagi padahal tok imam dah start pukul 8.30 pagi. Berlari lah kitorang 4 beradik dengan telekung ke surau. Nasib lah surau depan rumah je. Sebelum nak solat tu tergelak jap sebab kain telekung Farah tercicir dekat jalan. 

Masa solat sunat Raya tu boleh nampak lah tak ramai pun dekat Taman Pertama ni sebab dah ramai balik ke kampung. Kitorang tak balik Kedah ataupun Perak sebab ngeri tengok highway penuh dengan kereta. Lagipun kereta tak boleh jalan jauh so beraya je lah dekat Sabak Bernam. Habis solat sunat Raya terus bergambar satu family. Cukup 100 keping gambar, beraya lah dengan family. 



Malam raya tu pulun jugak lah pasang rel langsir siap letak pokok sbagai deko tambahan dekat bahagian tepi tapi bila bergambar nampak tak cantik pulak sebab nampak langsir tu nipis. Lepastu nampak bahagian belakang so kitorang ubah tempat ke pintu sliding door. Tapi ikut mood jugak gambar tu sebab ada masa lighting okay, ada masa dia jadi gelap sikit. 

Tema raya tahun ni beli warna merah jambu satu family. Baju ni kitorang beli dekat Pari Textile je sebab semua saiz ada, tudung pun senang match dengan baju. Padahal dari tahun lepas nak warna mustard tapi bila sampai dekat kedai tibehhhh tukar warna pink pulak. Warna mustard pergi anjak ke tahun depan katanya tapi entah lah plan tu menjadi ke tidak. 



Tak banyak rumah pun beraya hari tu sebab tak ramai yang ada dekat rumah. Kalau ada pun sibuk melayan saudara-mara. Dalam tak banyak tu pun sampai ke malam jugak beraya. Baju raya untuk Hari Raya Kedua tu nasib baik ada masa kitorang pergi menyinggah shopping dekat Eco Sungai Besar. Itupun tak beli tudung. Bila korek almari jumpa lah tudung yang match tapi menggelembung teruk pulak.


Bila ambil gambar terpaksa lah posing pandang tepi sebab tak nak nampak tudung rosak. Ni entah bergambar depan rumah siapa. Saja pinjam jadi backdrop sebab rumah dia cantik. Bunga dekat pagar rumah dia pun macam ngam je dengan bunga dekat baju kan :')

Petang Hari Raya Kedua tu adik ajak balik Perak sebab highway macam dah surut kereta rupanya tebakan dia salah. Dua jam lepas dia keluar rumah, dia patah balik ke Sabak sebab Waze bagitahu jalan jam merah menyala sampai lah ke Taiping. Haaaa penangan orang beraya sakan tahun ni lepas pandemik habis. Stay dekat Sabak Bernam sampai Raya Ketiga je lepastu balik ke Subang dah. 

Untuk yang ucapkan Selamat Hari Raya tu terima kasih banyak. Nanti ada masa I berbalas kunjungan blog ye. Nak beraya ke rumah memasing pun duduk jauh haha. Kepada yang masih beraya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam Kosong-Kosong ye :)

4 comments

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Farhana :)

    ReplyDelete
  2. wahhh terasa meriah raya farhana! selamat hari raya!

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya aidilfitri.. =)

    ReplyDelete
  4. Salam Lebaran buat Farhana dan keluarga..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.