Syif Malam Raya mengisahkan tentang Zaid (Atu Zero) dan Hisham (Sharif Zero) yang perlu menghantar mayat ke Ipoh pada malam raya atas arahan Bang Khai (Saiful Apek). Kebetulan jiran mereka, Mera (Reen Rahim) yang kehilangan tiket bas dipelawa untuk tumpang sekali van jenazah tersebut untuk pulang ke kampung di Sungai Petani bersama adiknya, Yeoh yang down syndrome.
Dalam perjalanan ke Ipoh, ada beberapa gangguan yang ditempuhi oleh mereka berempat sehinggalah mereka terpaksa berhenti di Kampung Batu Berapit kerana van jenazah rosak di tengah jalan. Sementara mencari air, Zaid terjumpa pocong dan kerana ketakutan yang amat sangat mereka terlanggar sesuatu. Kerana kemalangan tersebut, keranda yang dibawa terbang dan jenazah juga hilang.
Terpaksa lah mereka minta pertolongan dengan orang kampung yang diketuai oleh Tok Said (Azlee Jaafar) yang ketika itu juga tengah kecoh dengan kehadiran pocong. Majid (Danial Zaini) bagitahu yang dia ternampak Pak Mid Bomoh (Ropie) membela pocong tersebut tapi disebabkan tiada bukti, tak ada yang percaya bulat-bulat dengan cerita dia.
Movie Syif Malam Raya yang diadaptasikan dari filem pendek “Mayat Where Are You” arahan amiruddin Azizi ni diolah dengan himpunan idea dari barisan penulis termasuklah pengarah Abdul Razak Mohaideen. Namun jalan penceritaan tak lah kuat mana bila elemen komedi mahupun seram tak ditonjolkan sepenuhnya.
Pengarah bawa trio Youtuber terkenal - Yoe Parey, Syahmi Sazli, Asif Suhaimi tapi gagal pamerkan bakat mereka dalam dunia komedi. Kebanyakan lawak mereka hanya bertaraf hiburan minima yang dipertontonkan di Youtube channel mereka sahaja. Bukan saja mereka bertiga malah kumpulan Zero juga ada kalanya kelihatan hambar. Lebih kepada syok sendiri. Mungkin peminat untuk kedua-dua kumpulan selebriti ni adalah target audience movie Syif Malam Raya.
Kalau diikutkan Kampung Batu Berapit antara kawasan berhantu di negeri Perak dan mungkin sebab tu juga watak Zaid dan Hisyam tekankan nama kawasan tersebut dalam movie. Namun malangnya tak lah seram mana kawasan tersebut walaupun team production sebolehnya menghidupkan suasana seram tersebut. Babak seram mungkin pada nenek kebayan dan gangguan pocong di bilik Siti (Lia Natalia).
Selain plot yang kurang menyengat, terlalu ramai pelakon juga antara kelemahan Syif Malam Raya bila terlampau banyak sub-plot yang draggy dengan lawak hambar. Tak dikenalkan dengan baik kesemua watak dalam tempoh masa yang terhad juga buatkan terasa lemas dan rimas hingga ke hujung cerita.
Sinematografi yang terarah pada tona warna kelam mungkin sesuai lah dengan genre movie ni. Props pula kurang sesuai macam hospital tempat Mera bekerja nampak seperti set yang dicipta untuk beberapa babak. Sama juga dengan rumah Tok Said yang tampak kosong dan kelihatan seperti homestay. Rumah Pak Mid Bomoh pun kosong benar tanpa bilik peribadi atau bilik air mahupun props sebagai orang kampung.
Nasib baik lah dekat hujung cerita ada dua plot twist menarik walaupun geram dan kesian dekat Mera dengan adiknya Yeoh sebab terlibat sekali dalam masalah jenazah hilang ni. Kalau jadi Mera dah reject Zaid dengan Hisham ni sebagai kawan. Dah la mulut biadap asyik mengata kekurangan adik dia. By the way Reen Rahim nampak cantik sangat sebagai Mera dalam movie ni dan lakonan dia menyerlah walaupun cuma menggunakan riak muka dan bahasa tubuh dia.
Syif Malam Raya mungkin sarat dengan mesej sosial tapi banyak kelemahan yang perlu diperbaiki untuk menjadikan ianya sebuah naskhah yang menarik.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0 = 4.8/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
rasanya filem ni target fan trio Syahmi Sazli. Bagi saya Ok je. mula-mula tengok ingatkan Reen Rahim yang jadi hantu
ReplyDelete