Movie Review | My Name Is KHAN (2010)

Sunday, 8 May 2022


Director : Karan Johar
Writer : Shibani Bathija (Story and Screenplay), Shibani Bathija & Niranjan Iyengar (Dialogues)
Cast : Shah Rukh Khan, Kajol, Jimmy Shergill, Arjun Aujla, Zarina Wahab
Production Companies : 20th Century Fox, Fox Searchlight Pictures, Fox Star Studios, Dharma Productions, Red Chillies Entertainment
Distributor : United States - Fox Searchlight Pictures, India - Fox Star Studios, Hong Kong - Fortune Star, International - 20th Century Fox, Netflix, Awesome TV
Genre : Drama
Running Time : 165 minutes
Release Date : 10 February 2010 (Dubai), 12 February 2010 (Worldwide)
Trailer :


Dah lama tak layan movie My Name Is Khan, kebetulan Awesome TV tayang sempena Raya. Proceed tengok je lah dengan family sebab internet tak ada gara-gara nak ribut. My Name Is Khan mengisahkan tentang Rizwan Khan (Shah Rukh Khan) yang menghidap Asperger’s Syndrome. Dia tak suka bunyi bising, takut dengan orang asing dan benci dengan warna kuning. 

Setelah kematian ibunya, Razia (Zarina Wahab), Zakir (Jimmy Shergill) ambil Rizwan ke San Francisco dan tinggal dengan dia di sana. Rizwan diberi tugas untuk jual produk kecantikan Mehnaz Herbal Beauty milik Zakir di kesemua kedai, butik atau salon. Takdir menemukan Rizwan dengan Mandira Rathore (Kajol) yang bekerja sebagai hairdresser. 


Hidup mereka yang bahagia jadi goyah selepas insiden 9/11 terrorist attack di World Trade Center. Anak mereka, Sam (Arjun Aujla) hilang kawan di sekolah dan dibelasah sehingga meninggal dunia. Mandira tak dapat terima kenyataan tersebut letakkan sepenuhnya kesalahan pada Rizwan yang beragama Islam. Dalam keadaan marah, Mandira suruh Rizwan berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat dan bagitahu yang dia bukan pengganas. 

‘Sam was six years old when I married his mother. Sameer was a good son. He did not mind sharing his mom’s love with me. But I couldn’t be such good dad to him. Other dads sense their children’s unsaid needs and fulfill them. But I can’t sense unexpressed feelings. So I couldn’t fulfill them. Sam never complained. He never complained.’- Rizwan Khan


Disebabkan permintaan Mandira tu lah munculnya tagline ‘My Name Is Khan and I’m Not A Terrorist’. Tagline ni jadi popular disebabkan movie fiksyen arahan Karan Johar. Walaupun jalan cerita My Name Is Khan lebih terarah pada romance genre tapi barisan penulis buat yang terbaik dengan masukkan elemen drama yang berlatarkan serangan pengganas. Semua imigran yang terkesan dengan insiden tu boleh terkesan dengan beberapa babak yang ditayangkan dalam My Name Is Khan. Kebanyakan dialog juga menambahkan impak pada penceritaan. 


Music album hasil gubahan komposer trio Shankar–Ehsaan–Loy sekali lagi bekerja dengan Karan Johar lepas movie Kal Ho Naa Ho (2003) dan Kabhi alvida Naa Kehna (2006). Walaupun music album yang dikarang liriknya oleh Niranjan Iyengar ni dapat sambutan hangat tapi I suka lagu Sajda dengan Tere Naina sebab lagu romantik. Of course chemistry SRK dengan Kajol yang tinggalkan impak mendalam. Comel sangat renungan mata Rizwan dekat Mandira. 

‘The theory of entrainment in Physics state that specific sounds increase the rate of your heartbeat. For me, Mandira, that specific sound has always been the sound of your laughter.’ – Rizwan Khan



Lakonan SRK sebagai penghidap Asperger’s Syndrome pun meyakinkan sebab untuk watak ni SRK luangkan masa belajar dengan golongan tersebut. Watak Rizwan dan kisah cinta dia bersama Mandira diadaptasikan dari novel yang mengisahkan tentang watak di dunia sebenar. Jangan tanya berapa kali menangis bila tengok movie ni sebab SRK bergenang air mata pun kita jadi bergenang sekali.

Movie My Name Is Khan antara popular success hasil karya Karan Johar dan movie ni juga jadi medium kepada orang Barat supaya tak pandang Muslim dengan pandangan streotaip Muslim adalah pengganas. Mana-mana agama pun ada ekstremis dan movie My Name Is Khan tekankan mesej sosial bahawa dalam dunia ni ada dua jenis manusia sahaja, yang baik ataupun yang jahat. Tak kira lah kaum apa, bangsa apa mahupun agama apa.


‘In chapter five, verse 32 of the Quran, Allah has decreed that the death of one innocent is equal to the death of all humanity’ – Rizwan Khan

Naskhah yang bertemakan cinta dan kasih sayang ni dah pun mencecah 12 tahun tapi mesej dia, penceritaan dan juga feel tu tetap tak berubah dan akan kekal relevan di masa akan datang juga. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10

3 comments

  1. Very special movie , loved Sharuk Khan movie's... Thanks for your sharing:)

    ReplyDelete
  2. cite ni syidah ingat tau shah rukh khan dituduh as terrorist..sian betul dah la ada sindrom aspeger kikiki

    https://rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com/2022/04/e-card-hari-raya-by-rasyidahsheresimple.html

    hai! jom join ga raya syidah last 14/5/2022 ini hehe

    ReplyDelete
  3. Masa tengok cerita ini dulu memang nangislah.. sedih owh..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.