Lunch di Dapur DD, Oasis Square Ara Damansara

Monday, 23 May 2022

 

Sejak Restoran Gamelan dengan Kedai Kopi Oasis keluar dari Oasis ni dah tak ada dah restoran nasi campur. Ada la mamak dekat depan tu tapi takkan lah hari-hari nak makan nasi dengan kari? Ada masa order je dari Gamelan tapi mahal sikit lah sebab ada delivery charge jugak. 

Minggu lepas ternampak restoran baru buka dekat tapak Coffee ETC. Happy bila tengok board Restoran Dapur DD ni ada sediakan nasi campur dengan ikan bakar. Fuhhh dah lama tak makan ikan bakar sebab kena menapak ke apartment. Nak ke situ bab parking susah satu hal, restoran dia kecik satu hal jugak. 


Restoran Dapur DD buka dari 8 pagi sampai jam 6.30 petang so kalau tak sempat breakfast dekat rumah boleh tapau dekat sini sebab ada bihun goreng, kueytiaw goreng, nasi goreng dengan nasi impit. Nasi lemak pun ada yeayyy. 

Untuk makanan tengahari memang banyak sangat lauk yang disediakan. Patin masak lemak tempoyak, ayam berlada, cencaru masak sambal, kari ayam, ayam masak lemak, kembung masak asam pedas, lala masak pedas, tempe goreng sambal, ayam masak kicap etc



Bahagian sayur pun banyak pilihan sebab kalau tak makan sayur goreng, ada section untuk pelbagai jenis kerabu. Ada kerabu mangga, kerabu kacang panjang, kerabu kacang botol dengan kerabu ulam. Sayur rebus dengan ulam-ulaman pun ada jugak. Memandangkan ada ikan bakar maka ada lah aneka sambal jugak. Happy wei tengok ada sambal tempoyak!


Dekat sebelah section sayur tu ada bahagian goreng-goreng macam ikan kering, ayam goreng, popcorn ikan, nugget dan seangkatan dengannya. Telur masin dengan telur dadar pun dekat sini jugak. Yang bestnya, ,dekat Dapur D ada pisang goreng dengan cucur sayur tapi kena beli cepat sebab minggu lepas ada pakcik tu borong pisang goreng sampai habis dua pinggan T.T


Masa order air dekat Dapur DD nampak teh dia bancuh pekat dalam jag besar tapi bila order masuk dalam gelas jadi ceroi. Menyesal jugak lah order sebab tak rasa sangat pun teh dia. Melayang 4 hengget. Air epal asam boi pun tak rasa epal sangat sebab dia lebihkan asam boi dan air. 

Dekat kaunter ikan bakar tu ada nampak jugak Dapur DD letak Mi Kari dengan Laksa tapi tak sure dia start jual dari pukul berapa. But the fact diorang jual dua menu ni pun dah cukup membahagiakan sebab ada banyak pilihan. Berapa harga semangkuk tu tak pasti, sedap ke tidak pun tak pasti sebab tak cuba lagi. 

Masa kitorang makan haritu memasing puji sedap untuk menu berlauk. Ikan bakar pun sedap sebab tak kering. Cicah dengan air asam fuhhh happy! Buat masa sekarang Dapur DD tak buat goreng-goreng ala carte sebab tak cukup staff. Diorang tengah mencari lagi pekerja. Even nak bayar pun kena guna wang tunai je sebab belum register lagi untuk cashless payment. 


Tengok dekat cashier counter, Restoran Dapur DD ni terima tempahan untuk majlis hari jadi, meeting, jamuan makan dengan majlis bertunang tapi tak tahu macam mana dia kira per pax. Tapi mudah lah lepas ni kalau meeting ataupun ada klien VIP nak datang boleh order dekat sini. Yeayyy!

5 comments

  1. nampak sedap lauk-lauk tu. selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap dan banyak pilihan makanan.

    ReplyDelete
  3. sedap2 nampaknya tu. mcm2 ada

    ReplyDelete
  4. Not recommended. Bad Service! Expensive food!

    ReplyDelete
  5. makanan sedap, tp yang jaga kaunter tu (maybe owner dia kot), cara cakap tu sopan sikit la dgn customer..at least senyum la sikit, customer bagi rezeki kat awak kot...bknnye kami mintak sedekah kat situ

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.