Sebelum ni kalau balik ke Sabak Bernam memang jadi aktiviti wajib singgah ke Eco Sabak Bernam sebab boleh borong barang murah dekat situ. Paling best kalau boleh borong pasu, tanah ataupun mug seramik sebab saiz dia besar. Sejak Eco shop buka cawangan dia dekat Citta Mall, dekat sebelah Oasis Square Ara Damansara tu memang dah jarang lah ke Eco Sabak sebab dekat je depan mata.
Masa balik Sabak nak beli baju raya ternampak lah Eco Shop baru buka cawangan baru dekat Sungai Besar. Kemain besar Eco Shop ambil lot kedai dekat situ. Sudahlah besar, dua tingkat pulak tu. Memang puas hati lah kalau shopping barang dekat sini. Parking pun senang sebab luas dan banyak sebab dekat lot belakang tu belum ada kedai masuk lagi.
Bahagia betul kalau tengok section ni, tak kisah lah dekat mana-mana cawangan Eco pun.
Baru tahu Eco Shop pun ada jual para tapi para dia pendek lah. Nipis pulak tu. Sesuai untuk letak pasu bunga tiruan ataupun scented candle.
Tergelak kecil tengok motivational board dalam bahasa Melayu. Kudos Eco Shop!
Things that I don't think I need but I actually need it.....
Murah ye harga kotak makanan kertas ni tapi kenapa peniaga selalu jual makanan mahal benar ek?
Datang menyinggah ke Eco Shop Sungai Besar ni sebab nak tengok storage dia tapi tak banyak pilihan pulak. Mungkin sebab dah ramai yang borong sakan untuk Raya atau mungkin memang habis stok. Nasib baik lah storage kecil yang dicari berjaya jumpa walaupun tinggal sisa saja. Ada yang dah retak bagai tapi okay lah sebab nak beli sikit je, nak letak dekat office.
Bahagian makanan tak pernah mengecewakan
First time nampak ada sos lemon tapi tu lah, I tak berapa gemar menu yang berkuah lemon ni. Kembang tekak bila makan.
Antara kelebihan Eco Shop Sungai Besar ni ialah Eco Frozen! Dah lama cari siew mai frozen keluaran Eco ni. Jangan tanya apa rasa dia sebab masa ni beli j tapi tak sempat nak makan. Tapi siew mai dengan dumpling ni tak jauh mana pun lah beza dia. Pusing-pusing cenggitu jugak lah rasa dia ye dak?
Hasil tour Eco Shop Sungai Besar ni dapat lah dua plastik besar memborong sakan dekat sini. Banyak barang dah habis sebab orang dah borong untuk Raya even section bunga tiruan pun serupa disepahkan zomba. Habis berterabur sana-sini. Dah la bulan puasa, kesian dekat staff Eco Shop kena bersihkan. Haihhh sivik masih lemah ye.
kedai eco di mana-mana. memang puas shopping kat sini..haha
ReplyDeletedengarnya nak naik lagi harga barang eco. betul ke?