Lepas 2 tahun tak dapat beraya dekat HQ sebab pandemik, tahun ni Alhamdulillah ada rezeki beraya sama-sama dekat Ram Reza & Muhammad Setapak. Awal lagi dah dapat tarikh untuk buat majlis jamuan raya ni.
Setiap department pun dah discuss nak bawa makanan tambahan apa sebab HQ dah sediakan dua menu utama untuk semua. Sampai je dekat HQ tengahari tadi terus tolong diorang hidang makanan dekat meja buffet. Thanks to Ms Aida sebab pinjamkan set pinggan mangkuk dia yang cantik lepastu bawa bunga hiasan untuk letak dekat meja. Bila ambil video untuk IGstory nampak cantik sangat dengan background music Raya Raya Raya - DOLLA.
Kalau ikutkan tentatif program, majlis bermula jam 12 tengahari sampai jam 3 petang sebab buat hari Jumaat jadi kena bagi laluan untuk solat Jumaat. Jam 3 petang sampai jam 6 petang tu buat mesyuarat Ram Reza & Muhammad sebab kali terakhir buat mesyuarat masa bulan Oktober 2021.
Patutnya tak boleh biarkan lama sangat sebab law firm ni sentiasa bertukar orang terutamanya chambering student jadi tak nak lah ahli baru ketinggalan dan tak kenal warga RRM dari cawangan lain. Nak buat event pun dah susah sekarang, memang interaction tu di tahap minima je.
Sama jugak lah masa jamuan raya ni pun ramai muka baru sama ada staff ataupun chambering student. Masa ni lah nak beramah mesra pun, tanya latar belakang serba sikit. Memandangkan ramai yang baru, mesyuarat mula awal untuk sesi perkenalan semua warga RRM. Nama dengan jawatan je supaya tak ambil masa lama sebab masing-masing dah bau makanan sedap dekat sebelah.
Menu utama untuk jamuan raya dekat HQ tahun ni pakai tema orang Pantai Timur sebab ada Nasi Dagang dengan Nasi Kerabu. Happy dapat makan Nasi Kerabu ni sebab ada solok lada. Ayam bakar pun sedap! Kira puas hati sangat lah sebab ada complete set untuk Nasi Kerabu. Nasi Dagang pula seller bagi ikan tongkol besar. Gulai dia pun sedap.
Selain Nasi Kerabu dengan Nasi Dagang, ada juga lemang, nasi impit kuah kacang, satay ayam dengan daging, takoyaki, tauhu begedil, peach strudel, tapai ubi, risoles, cheese tart, brownies dengan buah. Haaaa banyak sangat pun susah jugak sampai tak tahu nak pilih mana satu untuk makan.
Lepas makan semua pakat bergambar dekat ruang depan sebab lighting cantik. Memandangkan tripod tertinggal dekat office, terpaksa lah guna khidmat orang lelaki tapi Kak Ieda dah pesan siap-siap - 'Make sure kitorang semua nampak kurus ye!'
Masak lah En. Fendy nak pastikan semua puas hati sebab ada 14 orang letak harapan nak nampak kurus dalam gambar walaupun lemak raya bersepah. Glad it turns out prettyyyyyyy!
|
Team Admin - Atie, Nurul, Ain, Rina, Kak Ida, Melody |
And of course gambar rasmi Jamuan Raya Ram Reza & Muhammad tahun 2022....
|
Rumah Terbuka Ram Reza & Muhammad Kuala Terengganu |
|
Jamuan Raya Ram Reza & Muhammad Penang |
Terima kasih Ram Reza & Muhammad HQ buat jamuan raya untuk tahun ni. Happy dapat makan sedap, dapat kenal warga RRM yang baru dan happy jugak dapat beraya sama-sama tahun ni walaupun tak dapat pergi Rumah Terbuka RRM Penang dengan Kuala Terengganu. Tapi bak kata orang jauh di mata, dekat di hati. Semoga ada rezeki dapat berkumpul ramai-ramai macam sebelum pandemik dulu :)
Aiguu~ tetiba rindu zaman bekerja. Ehh. Haha
ReplyDelete👏🏻
ReplyDeletetu dia seronok mama tgk meriah dan makanan pun byk
ReplyDeleteMeriah betul jamuan rayanya.. Semoga dapat berkumpul balik ramai-ramai..
ReplyDelete