Drama Review | Forecasting Love and Weather (2022)

Saturday, 21 May 2022


Director : Cha Young-hoon
Writer : Seon Yeong
Cast : Park Min-young, Song Kang, Yoon Park, Yura, Kwon Hae-Hyo, Lee Sung-Wook, Moon Tae-Yoo, Yoon Sa-Bong, Chae Seo-Eun, Kim Jong-Tae, Lee Tae-Gum
Production Company : NPIO Entertainment, JTBC Studios
Distributor : JTBC, Netflix
Genre : Romantic / Drama
Running Episodes : 16 episodes (70 minutes per episode)
Release Date : 12 February 2022 – 3 April 2022
Trailer :

 

Drama yang berlatarkan kehidupan pekerja di Korea Meteorological Administration menyingkap kisah percintaan antara Director Jin Ha-kyung (Park Min-young) dan Forecaster Lee Si-woo (Song Kang). Perjalanan cinta mereka berdua agak berliku gara-gara mempunyai banyak perbezaan dari segi usia, latar belakang keluarga dan juga pendirian masing-masing. 

Sementara Ha-kyung bersedia untuk berkahwin, Si-woo pula enggan bebankan pasangan dia dengan masalah keluarga dan menolak mentah-mentah idea perkahwinan. Dalam masa yang sama, bekas kekasih Ha-kyung, Han Ki-joon (Yoon Park) yang bekerja di pejabat KMA juga berkahwin dengan bekas kekasih Si-woo, Wartawan Chae (Yura). Kesemua watak utama insecure dengan relationship masing-masing bila terlalu cepat jalinkan hubungan. 


Faktor utama layan drama Forecasting Love and Weather arahan Cha Young-hoon sebab Song Kang tapi invested pula bila tengok episod pertama sebab kagum dengan cara kerja semua pegawai di jabatan meteorologi. Banyak benda yang perlu diambil kira untuk keluarkan sesuatu ramalan. Walaupun tak ada ramalan yang tepat kerana cuaca adalah sesuatu yang sukar dijangka namun ramalan tersebut haruslah membantu pihak lain dalam mengurangkan risiko kecederaan atau kemusnahan. Dekat Episod 1 pun dah boleh tengok ramalan Ha-kyung mengakibatkan kerosakan harta benda bila hujan batu muncul. 

Penulis Seon Yeong juga kreatif bila dia bentuk plot percintaan dan situasi kehidupan dengan terminologi dan pengetahuan am tentang cuaca. Ditambah juga dengan info asas tentang jabatan kaji cuaca dan tentang cuaca itu sendiri. Perbezaan antara cuaca dan iklim, alatan yang digunakan untuk menganalisis data, proses hebahan kepada pihak media dan jabatan-jabatan penting dan banyak lagi. Setiap episod mesti ada benda yang boleh kita belajar sekali selain dari belajar tentang relationship. 


Pengarah pun bijak ikat penonton sampai ke penghujung cerita bila teknik penceritaan terikat dengan tema setiap episod macam Episod 4 : Visibility, pengarah bermain dengan teknik kamera untuk terangkan tentang ilusi optik atau kadar kebolehan untuk melihat. Dekat Episod 13 pula pengarah guna teknik peralihan latar masa untuk tonjolkan pelan strategi yang digunakan untuk kaji cuaca. Beberapa footage asli dari beberapa insiden berkaitan dengan cuaca di Korea Selatan turut digunakan untuk menambahkan impak pada jalan cerita. 


Kekuatan drama Forecasting Love and Weather terletak pada penceritaan yang unik dan segar bila memaparkan hero yang tak didendang. Namun chemistry Song Kang dengan Park Min-young agak lemah, ada masanya nampak canggung bila bersama dalam satu skrin. Min-young nampak susah nak emote perasaan dia walaupun dalam situasi genting. Bukan sebab watak tu tak dikembangkan dengan baik tapi botox dan fillers dia yang mengganggu. Tidur pun pakai makeup, bangun tidur pun rambut dah rebonding cantik. 


Sama juga dengan watak ayah Si-woo yang bertukar karakter di penghujung drama untuk kuatkan naratif cinta mengatasi segalanya. Mungkin team production nak play safe dengan perubahan tu tapi lebih meninggalkan impak kalau biarkan saja watak antagonis kekal sebagai antagonis sebab realitinya memang begitu. Bukan benda kecil bab abusive parents ni, tak kisahlah fizikal ataupun mental kalau sampai tinggalkan trauma mendalam pada anak-anak, elok biarkan je lah tak perlu nak romaticize ke tahap tu. 


Mungkin ada yang bosan tengok drama terbitan JTBC Studios dengan tayangan sebanyak 16 episod tapi secara peribadinya I have fun watching Song Kang. Okay joke aside, I suka sebab kagum dengan jabatan meteorologi. Mungkin Malaysia cuma ada dua musim tapi tetap mencabar bila ada jerebu, banjir dan hujan batu yang mengganggu banyak sektor. Rasa macam nak pergi field trip pulak dekat Jabatan Meteorologi sebab nak tengok cara diorang bekerja. Salute! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9.3/10

1 comment

  1. bagi sis tak bosan. Terpaku jugak tgk dorang cerita macamana orang kaji cuaca buat kerja. paling geram dgn si woo tu.. heee

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.